persahabatan

Assalamualaikum,

ada sikit perkongsian nak share dengan kalian soal persahabatan. Dalam menjalinkan hubungan persahabatan, memang sukar utk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang-kala apa yang dilakukan ada sahaja
yang tidak kena dan kemudian timbul cakap-cakap belakang ya
ng menyatakan rasa tidak puas hati. Namun, kita harus sedar, sebagai insan biasa kita tidak sempurna. Oleh itu, sikap saling hormat-menghormati, berterus-terang dan saling percaya penting dalam menjaga hati seseorang sahabat. Semak beberapa tips di bawah bagaimana cara untuk kita menjaga persahabatan agar terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah.

1) Jangan Lempar Penghinaan

- jangan sesekali merendahkan, mengejek dan menghina sahabat dalam bentuk apapun, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial, dan sebagainya. Elakkan berbuat demikian kerana tidak ada masalah yang selesai dengan penghinaan dan mencela bahkan yang ada nanti hanyalah perasaan sakit hati serta rasa dendam antara satu sama lain.

2) Jangan Campur Urusan Peribadi

- jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampuri urusan peribadi sahabat yang tak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum, setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang-kala
tidak boleh diceritakan walaupun dengan sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat sensitif dan jika tersalah cakap ia boleh menimbulkan kemarahan sahabat.

3) Jangan Buat Perbandingan

-jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau merasa terhina.

4) Jangan Menyampuk Bila Bercakap

- sungguh tidak sopan apabila kita sedang bercakap kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbualan dgn cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.

5) Jangan Ungkit Kisah Lalu

- ingatlah bahawa setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kepada orang lain, begitu juga dengan diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah cuba untuk mengungkit dan menceritakannya kepada orang lain. Takut ia akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya kerana telah membongkarkan kekurangan yang dimilikinya.

6) Kawal Kemarahan Dengan Baik

- apabila kamu marah, maka berhati-hatilah kerana kemarahan yang tidak terkawal boleh mempengaruhi tingkah-laku dan percakapan. Jika kemarahan tidak dikawal dengan baik, takut akan melukai hati sahabat
seterusnya menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal amarah dengan sebaik mungkin dan jika ia tetap terjadi, lontarkanlah kata-kata yang tidak akan menyakiti hati sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa
yang singkat dan pohonlah kemaafan seandainya kata-kata yang diluahkan itu dirasa keterlaluan.

7) Jangan Ketawakan Sahabat

- jangan mentertawakan sahabat kerana kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan daripada segi penampilan, rupa, bentuk badan, dan sebagainya. Ingatlah, ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.

2 comments:

  1. assalammualaikum,tumpang tanya,
    apa tajuk lagu blog nih.sedap mendengar

    ReplyDelete
  2. wa'alaikissalam =)
    lagu di blog ni ada banyak.yang mana satu ye?
    saya bg je list yg ade ok.
    Maha Melihat
    Sebelum Mata Terlena
    Binnabil Huda
    Dunia Baru Islam
    Law Kaana Bainana (piano)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...