Bantuan Zakat

apakah yang dimaksudkan dengan zakat? 
apa tujuan dan fungsi zakat kepada umat Islam? 
apa pula yang anda fikir mengenai 'ZAKAT SEPATUTNYA UNTUK'?

saya terfikir mengenai kisah yang berlaku pada saya baru-baru ini. saya ke pusat zakat untuk permohonan bantuan zakat. itu pun setelah disyorkan pegawai di Lembaga Zakat Selangor. selang beberapa minggu, saya diminta mencari sesiapa yang pendapatan keluarganya dalam anggaran RM500 - RM1000 sebulan untuk dirujuk kepada Unit Zakat Universiti. Alhamdulillah adalah dalam dua tiga orang saya jumpa. saya ceritakan kepada mereka apa yang mereka perlu lakukan untuk proses bantuan zakat. saya cuma tunjukkan prosedur sahaja.

Alkisah bermula bila saya tiba-tiba disoal mengenai ketelusan institusi zakat dalam memberikan bantuan kepada pihak tertentu. saya ke bilik salah seorang rakan untuk mengingatkan beliau mengenai dokumen yang diperlukan bagi permohonan zakat ini, tiba-tiba teman sebiliknya bertanya kepada saya mengapa dia tidak layak mendapat bantuan. setelah saya cuba bertanya dan menyoal mengenai keadaan kewangan dan keterdesakan hidupnya di sini, semuanya berada dalam keadaan yang baik. katanya, yuran pengajian ditanggung sendiri tanpa biasiswa mahupun pinjaman mana-mana pihak. disebabkan itu dia tidak mendapat bantuan zakat dari Unit Zakat Universiti.

terkedu jugak bila dia seolah memarahi dan melepaskan geram mengenai aliran wang zakat. "kenapa tak nak bagi dekat kita pulak. zakat tu hak semua orang". dengan nada seolah mahu marahkan saya. kak, saya bukan pegawai zakat. selok-belok pembahagian zakat juga saya tidak mahir. saya cuba tenteramkan dia. cuba jelaskan zakat ini perlu diberi pada yang benar-benar berhak. orang yang bertanggungjawab juga perlu memastikan dengan cukup teliti ke mana pergi wang zakat. 8 golongan itu yang perlu diutamakan. 

saya berfikir apa sebenarnya pandangan akak pada BANTUAN ZAKAT? bantuan zakat bukan seperti tabung kebajikan atau bantuan yayasan negeri kak. prosedurnya perlu kita faham. tak perlu akak marah hingga terjegil biji mata mempertikaikan ketelusannya. insyaAllah institusi zakat kita adil dalam membahagikan bantuan kepada semua umat Islam. kalau akak perlukan bantuan kewangan tanpa banyak prosedur yang perlu dilalui, yayasan negeri mungkin boleh membantu. mahu lebih mudah tapi berisiko besar, akak boleh cuba berjumpa Ah Long. hehe

zakat bukan untuk kita bertelagah atau mempertikai semua yang tidak kena. kenapa tidak kita cuba mencari penyelesaian? andai kata kita tidak mendapat bantuan sedangkan kita memang memerlukannya, mengapa tidak kita cuba berunding dan menjelaskan duduk perkara sebenar? banyakkan bersabar kalau apa yang kita inginkan, yang kita rancang, tidak seperti yang kita inginkan. sebaiknya teruskan ikhtiar dan bermuhasabah mengenai apa yang berlaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...