Kongsi.







Ceramah dari Ustaz Ebit Liew.
Malam itu memang aku rasa tersentak.
Tersentak kerana isi yang diberi mengetuk jiwa aku yang seperti sudah lama mengeras.

Aku baru sedar.
Betapa selama ini aku telah mengabaikan makanan untuk rohaniku.
Aku biarkan rohani aku menderita tanpa keperluan asasnya.

Benarlah.
Dalam hidup ini, perlu peringatan itu datang selalu.
Perlu ada insan yang mengingatkan diri pada Tuhan.
Perlu ada usaha kita untuk mengenali Tuhan.
Dan aku?

Pesanan ustaz.
Kalau kita sayang Nabi, kita hidupkan sunnah Baginda s.a.w.
Kalau kita sayang ibu bapa kita, kita usaha memberi khidmat sebaiknya pada mereka selagi hayat mereka masih ada.
Kalau kita sayangkan diri kita, berhentilah dari melakukan perkara yang mendekatkan kita dengan neraka dan menjauhkan kita dari syurga.
Kalau kita sayangkan saudara kita, mudahkanlah urusan mereka. Utamakan mereka mendahului keutamaan kita.

Allah...
Beratnya diri ini mendahulukan orang.
Selalu mahu utamakan diri sendiri.
Kadang-kadang tak mahu kongsi makanan.
Kadang-kadang tak mahu kongsi pengetahuan.
Kadang-kadang tak mahu hulurkan bantuan.

Dan DAKWAH kepada yang belum Islam.
TUGAS UTAMA kita.
Nabi berdakwah hingga terluka semata-mata demi kita mendapatkan Islam.
Kita?
5 bilion penduduk Bumi ini masih belum Islam dan merea semua orang yang baik-baik.

Ustaz pesan lagi.
Lihatlah kebaikan dalam diri  setiap manusia.
Dia buat jahat, kita kata 'dia baik, cuma waktu ini dia hilang kawalan. maafkanlah dia ya Allah'

Ustaz pesan lagi.
5 bilion manusia yang belum mengenal Allah adalah orang yang baik-baik.
Sentiasalah doakan mereka 'ya Allah, dia ini orang yang baik. Kau kenalkanlah dia denganMu'
5 bilion ini termasuklah pensyarah kita, cikgu kita, pakar motivasi kita dan banyak lagi.

Entri kali ini aku tulis secara rawak.
Tiada isi utama seperti selalu.
Cuma aku mahu kongsi kepada semua.
Ilmu yang aku dapat.
Ilmu yang ustaz amanahkan untuk disebarkan.
Moga setiap kebaikan, akan berbalik kepada semua manusia.

Mengira Detik

Salam'alayk.

Hari ni, aku pergi food tasting dekat hotel untuk makan malam rasmi kolej. Malam, aku ada meeting dan rehearsal untuk makan malam rasmi ni. Esok (sabtu) pagipagi lagi aku kena bangun dan tak boleh tidur sebab aku WAJIB balik rumah. Ada kenduri arwah dan berkampung. Sebelum balik rumah, aku kena singgah ambik sepupu dulu dekat UiTM Shah Alam sana. Ahad, dalam tengah hari aku kena pergi hotel untuk tengok persiapan sebelum majlis malam tu.

Dan minggu depan, aku kena siapkan slide presentation untuk article review hari Rabu, siapkan slide presentation kertas projek aku untuk Isnin lagi satu dannnn siapkan Bab 1 sampai Bab 3 thesis aku.

Ok. Aku boleh bayangkan kehidupan zombi aku untuk 2 minggu ni. Moga Allah bagi kekuatan, kecerdasan dan kesihatan kepada aku. Aku tak ada mood. Aku perlu rehat. Lebih lama. Lebih berkualiti. Hmmm.

Wedding Preparation #7: Doorgift Untuk Kanak-kanak Ribena!

Salma 'alayk!

Perkongsian #7.
Kali ni kita bebel pasal doorgift. Biasanya doorgift kita akan sediakan untuk 3 bahagian. Bahagian pertama, untuk semua tetamu yang ramai-ramai tu. Bahagian kedua pula doorgift untuk VIP. Nama memanglah macam jemput Dato' Datin Tan Sri Puan Sri bagai..hahaha Tapi doorgift VIP ni kita merujuk kepada KELUARGA PASANGAN kita ye anak-anak sekalian. Bahagian terakhir adalah doorgift untuk diberikan kepada kanak-kanak ribena yang comel lagi bijak itu!

Antara tiga bahagian ni, bahagian yang susah sikit nak fikir adalah bahagian satu dan dua. Sebab utama adalah, berlaku percanggahan pendapat (hasil perbincangan dengan mak ayah kesayangan) nak letak apa dalam doorgift. Jadi, aku teruskan dengan doorgift untuk kanak-kanak ribena dulu!hehe So, aku mula menunjukkan beberapa keping gambar untuk tatapan bonda terchenta. Tak dapat apape kata putus pon tapi tiba-tiba, mak ayah aku keluar, beli barang untuk doorgift ni. Sebijik macam dalam gambar yang aku tunjuk. hahaha

Setelah dijelingjeling oleh mak sebab aku tak start buat walaupun barang dah lengkap, aku kerah adik aku untuk tolong buat..hahaha maka hasilnya adalah......tadaaaa!


Inilah bahanbahannya..eh tambah satu lagi..hot glue gun untuk lekatkan!hehe
Lidi tu boleh guna lidi buat bunga telur tu. Sebab lebih keras, mampat, padat, gagah perkasa :p cekelat tu, bolehlah pilih another design which is flower. Aku tengok cantik tapi mahal sikitlah. Eyeglass shape ni ok apa. Boleh feeling tema masquerade gitu! haha

Maka selesailah untuk doorgift kanakkanak ribena. hee

Wedding Preparation #6 : Wedding Stamp

Salam'alaykum everyone!

Perkongsian #6
Wedding stamp. Atau nama kampung yang aku bagi pada benda alah ni 'copcop' hahahaha! Mula-mula aku jumpa benda ni memang dah rasa cantiknya kalau guna untuk kahwen nanti. hehehe Sebab aku jumpa dengan satu instashop ni yang provide service stamp pad untuk kedai-kedai yang order untuk logo depa. Cantekkkk sangat sebab guna wood yg segi empat besor! Masa tu aku 'jakun' sikitlah tengok sebab first time in my life gitu!

So, I was stalking his IG on and on and on and on sampailah hati aku tergerak nak tengok harga. Ya Rabbi kemain mahai lagi hang cas *nanges* punah harapan yang baru takat timbunan pasir tepi jalan. Aku pon mula menyedapkan hati dengan mengatakan "it's okay. nanti kalau beli pon, pakai sekali je buat apa kan?" Aku pon teruskan hidup macam biasa.

Suddenly, one fine day, my mom told me "kak, cantik jugak kalau letak 'copcop' dekat brown paper bag tu kan. Tak payahlah nak tampal hiasan banyak-banyak" I was like, 'mak update sehhh mendemende cenggini..hahahaha' Then, I started to google everything pasal 'wedding stamp pad' and I've found one that is reasonable, cheap yet cool. Aku go through all the designs on the FB and also the websites itself. Anddddd I choose this! hehehe



So, kalau korang rasa nak cari wedding stamp yang murah and puas hati, korang boleh try tengok dekat website ikahwin or design yang ada pada FB depa ok. Servis alhamdulillah, puas hati. Senang nak berurusan.

Ok, till the end entry! Salam'alaykum :D

Wedding Preparation #5 : HIV Test

Salam'alaykum! :D

Perkongsian #5. Aku anak Selangor. Lahir di Selangor. Membesar dan membulat di Selangor. Tapi aku tak tau kenapa disebabkan kekeliruan aku pasal prosedur HIV test dekat Selangor ni, aku tekad buat dekat wilayah persekutuan.

Alkisahnya begini ye anakanak. Pada suatu hari, aku terlalu baik men'google' informasi pasal prosedur kawenkawen ni. Memula, aku ingatkan kene dapatkan surat kebenaran nikah dulu baru boleh buat HIV test. So, bila dah dapat informasi baru kusedar. Buat je HIV test awak tu ha dulu. Tak ada yang salah pon ye anakanak. Jadi aku terus google prosedur untuk HIV test. Namun, sayang seribu kali sayang, telah kujumpa pelbagai informasi yang menambah pening kepala. Maka aku terus bukak website JAIS untuk dapatkan maklumat. Unfortunately, bila aku download pdf file untuk dapatkan maklumat penuh, I found this. 


*nanges* sebab kena bayar sampai RM10.
Actually, aku ada terjumpa beberapa ex-b2b yang kata Selangor tak ada form untuk HIV test. ada jugak yang kata, tak semua klinik kesihatan offer untuk buat HIV test (some of them hanya open siang and ada juga yang open 8-5 macam biasa)



Disebabkan aku adalah manusia yang sangat susah nak deal dengan orang by phone call, aku try google pulak pasal prosedur HIV test untuk rakyat wilayah di website JAWI. I found it is easier (sebab tak pening kepala aku). So, aku dapatkan senarai klinik HIV dari website JAWI dan terus call untuk tanya prosedur (actually untuk confirm kan sebab aku dah google prosedur awalawal). Dipendekkan cerita, aku buat HIV test dekat Klinik Kesihatan Putrajaya Precint 9. Memang senang, cepat, dan tak leceh mana. Tak sampai sejam pon. Aku pegi petang. Lepas lunch hour. ehehehe Yang penting, tak ambik darah banyak pon! Sebijik macam prosedur awal derma darah tu. Dia ambik dalam setitis je darah berharga aku tu. :p

sharp pukul 2 aku ambik nombor..hehe
Inilah borangnyaaa

ambik darah. 



So, siapa yang nak pegi buat kat KK Putrajaya P9 ni, boleh walk-in je. Form semua dia bagi masa dekat sana. Makesure bawa MyKad kita yang paling berharga itu ye anakanak.

Wedding Preparation #4 : Kad Kahwin (Kertas dan Cetak)

Salam'alaykum semua!

Perkongsian #4.
Sebelum ni aku dah kongsi pasal design dan cara buat map kan? Maka, kali ni aku kongsi pasal nak print. Plan aku, nak print atas kertas kraf. Senang cakap, kertas cover buku latihan masa kita sekolah rendah dedulu tu :p Ya tepat sekali. Yang kale cekelat tu..hehehe

So, aku mulakan dengan menggugel segalagalanya dan bertanya ke sana ke mari. Hasilnya, aku bertemu dengan Somthai Paper Industry atau lebih dikenali dengan nama 'the fancy paper'. Siyes wehhh memang murah sebab ni kira macam beli dari kilang terus! Aku beli dekat branch dia area Seri Kembangan walaupun HQ die dekatttt sangat dengan.rumah aku (Klang) sebab waktu tu aku ada dekat UPM.
Cawangan Seri Kembangan. Horror sikit tempat dia sebab area kilang.

Kedai dia betulbetul dekat corner.

Dipendekkan cerita, aku beli craft paper saiz A4 seberat 175gsm sebanyak 700pcs sebab aku target kad aku nanti dalam 1200pcs. Banyakkan? Ciklias suruh. Aku ikutkan aje..hehe So nanti kertas A4 tu aku potong dua. Dapatlah 1400pcs. Extra dalam 200pcs bole lah cover kalau ada silap print kan. Total harga untuk kertas ni RM98 sahaja.



Then, aku pass kertas tadi pada kawan aku yang memang buat bisnes kad kawen bajet ni (tapi dia kata untuk kad aku ni abang sepupu dia buatkan) untuk dia print dan potongkan. Sampul surat pon dia yang tolong providekan sekali memandangkan aku xjumpa saiz masa cari dekat Somthai tu. Harga untuk 1200pcs sampul (aku xtau dia beli dekat mana) adalah RM64. Print kad dan potong sekali siap dalam masa tak sampai seminggu. Kalau nak service dia, boleh tengok dekat FB kawan aku ni. PM je lah senang.


Ok. Tamat perkongsian kali ni. Next pulak eh. Jangan lupa selawat pada junjungan kita! 



Wedding Preparation #2 : Kad Kahwin (Map)

Salam'alaykum.

Perkongsian #2 sebelum bertukar status. hehe Pasal kad kahwin. Sebenarnya aku plan nak tempah dekat kawan-kawan yang reti buat kad ni. Elok dapat quotation dari dia, terbaca status FB dia yang tengah mabuk-mabuk (baru pregnant 2 bulan..hehe) dan mula pening bila hadap laptop. Ok aku down kejap. Nak dijadikan cerita, ada orang ajak masuk 1 group dekat FB -Pengantin"DIY"-. Aku join group tu dan rasa semangat ya Rabbi nak buat kad sendiri sebab semua group member pakat share pengalaman dan progress persiapan kahwin dorang. Semua ada niat sama dengan aku. Nak minimakan kos dengan cara DIYkan semuanya. hehehe Maka aku pon mula mendesign mana yang patut.

Memandangkan aku tak reti guna segala macam software yang canggih, aku guna kombinasi microsoft word, publisher. Part paling mencabar bagi aku adalah buat map. Cadangan awal, aku nak scan je map dari kad kahwin yang ada dekat kad jemputan banyak-banyak dalam rumah ni, tapi tak jadi. So, aku mulakan dengan mencari info 'DIY map kad kahwin'. Dalam banyak-banyak tu, aku jumpa step yang paling mudah dengan menggunakan software Edraw Max.

Langkah 1: masukkan alamat rumah di Google Maps. 

Langkah 2 : bila dah dapat, zoom out untuk dapatkan gambaran yang lebih luas. 

Langkah 3: crop untuk pilih bahagian mana yang kau orang nak letak dalam map.

Langkah 4 : bukak Edraw Max dan paste kan gambar map yang kau orang dah crop tadi Aku install yang trial version je semata-mata untuk buat map ni. hehehe



Langkah 5 : kemudian lukis map atas gambar tu. Guna semua simbol yang ada untuk cantikkan lagi map kau orang tu.



Langkah 6 : bila dah puas hati, kau orang boleh padamkan gambar awal yang kau orang paste kan tadi.




Langkah 7 : crop gambar map yang dah dibuat dan paste kan pada tempat kau orang buat kad kawen. Kalau aku, dekat publisher. hehehe

Ini hasilnya lepas aku edit-edit guna word dan edraw ni.


Ok. Selesai. Aku install semata-mata untuk buat kad. Tapi bila dah habis tempoh trial, still boleh bukak cuma tak boleh save. Maka di saat itulah butang printscreen digunakan..Hee Semoga bermanfaat!

Wedding Preparation #3 : Kad Kahwin (Design)

Salam'alaykum.

Perkongsian #3. Masih tentang kad kahwin tapi pasal design kad pulak. Memandangkan aku memang tak reti guna AI, PS dan semua yang seangkatan dengannya, aku gunakan khidmat word dan publisher - macam biasalah untuk newbie macam aku.

Dimulakan dengan lakaran kad yang kita inginkan. Aku nak kad aku saiz kecik je (A4 bahagi 4) kes nak buat kad padat dan mampat :p Kemudian aku buat design semua hitam putih sebab aku nak print atas 'craft paper'. Alaa kertas coklat cover buku latihan kita masa sekolah dulu-dulu tu. hehehe

Setelah aku copy paste kan segalanya dalam publisher, aku crop untuk jadikan image sebelum aku paste terus dekat word. SEBAB! textbox tu automatik akan jadi terbalik kalau aku copy-paste macam tu je. Sedih Y_Y So, ini adalah hasil design aku.




Sebenarnya aku buat design yang dekat bawah ni dulu. Tapi lepas dapatkan pendapat dari tunang dan family, makanya kad kahwin aku secara officialnya adalah seperti di atas. hehe dekat bawah ni adalah lagi dua design yang aku buat (untuk muka depan je lah). Yang kartun tu, tunang aku kata tak sesuai pulak kalau bagi dekat orang tua sebab catchy (refer pada word kartun tu sendiri) tapi sesuai untuk orang muda. Aku suka yang kartun tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak dia cakap tu.hehe lagi satu tu pulak aku tak suka sebab biasa sangat.hehehe




Demikianlah untuk entry pada kali ini. Jumpa lagi di entry akan datang. peace!

Pengapitlah Kita!

Salam'alayk!

Cuti mid sem sekarang dan aku ada tugas besar! Apalagi, referlah pada tajuk entry. Hehehe

Ya, akulah pengapitnya. Jadi pengapit untuk kawan-dari-dalam-perut aku. Well, boleh kata pembantu peribadi jugak. Mula dari nikah, sanding sampailah majlis bertandang, aku rasa puas bila dapat jadi antara orang kuat majlis..hee

Ending entry ni, senang je. Jadilah pengapit yang bertanggungjawab kepada pengantin. Sebab nama kau pon bridesMAID kan..hahaha redha je lah nak :p

Selamat pengantin baru sayang. Moga bahagia membina istana di syurga..hee

*no picture sebab aku malas nk upload :p

Wedding Preparation #1 : Kursus Kahwin

Salam'alaykum! :)

Nak dijadikan cerita, masa bulan puasa (sebenarnya lagi awal dari tu) aku memang dah mencari-cari mana lubuk aku nak buat kursus kahwin ni. Niat di hati nak ambik dekat UPM je la sebab harga murah sikit..hehe Lagipun, memandangkan masa aku final year degree dulu kemain berderet-deret kursus kahwin. Sekali satu pon tak dak. Kompiyus jugak aku. Dia orang ni tak hebahkan ke atau aku ni yang tak mencari atau memang maklumat aktiviti kampus susah nak sampai ke student postgrad. *sedih*

Lepas raya, Mr.N aku pulun *eceh mula kecek utara da aku* mencari kat mana nak buat kursus kahwin. Nak buat kat JAIS, kena submit borang bagai, so dia rasa agak susah nak ke sana sini (pasal dia duduk Gombak sana). Pendekkan cerita, dia ajak buat kat Masjid Negara. Aku pon yippie! Boleh berkursus sambil dolan-dolan *kecek jawa pulak :p* Biasalah, 24 tahun hidup, aku belum pernah jejak Masjid Negara ni. Aku setuju dan Mr.N pon terus booked slot yang aku available (memang kena ikut jadual aku sebab aku lebih busy dari dia :3) 

Untuk makluman, kursus kahwin di Masjid Negara ni ada SETIAP MINGGU. So, tak perlu tergesa-gesa. Yuran hanya RM80 (standard kan?) Kursus ni anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI). Nak booked tempat senang je. Boleh terus whatsapp. Nak booked online pon boleh. Senang cite, boleh view kat website ni

KOMEN:
#1 Pengisian sama dengan semua kursus kahwin (based on apa yang fasi tu inform) - 6 sesi
#2 Tempat selesa (kerusi banquet) cuma ada yang ada meja, ada yang meja dah patah. Siapa punya keje tah
#3 Toilet SELESA dan BERSIH
#4 Makanan buffet. So, boleh makan puas-puas.hehehehe
#5 Parking FREE
#6 Tak perlu rush nak cari surau. Solatlah dengan penuh selesa dekat MASJID.
#7 Fasilitator terdiri daripada orang yang berkelayakan. Masa aku pergi, imam Masjid Negara, imam Masjid Besi, jurunikah dan ada seorang puan ni owner beauty center. Masing-masing bagi talk ikut bidang masing-masing

Aku rasa setakat ni, tu je lah yang boleh dikomen pasal kursus ni. Aku enjoy dengan semua. Mengantuk sikit adalah tapi tak macam mengantuk macam dalam kuliah..hahaha Yang paling best, aku dapat dengar macam-macam kisah asam garam rumah tangga. Yelah, fasi pon memang dalam bidang ni kan. So, dia orang cerita kes-kes yang jadi dalam institusi kekeluargaan sekarang. At one side, bila aku fikir-fikirkan balik, seram pon ada nak kahwin ni. Tapi doalah supaya setiap ketentuan Allah tu ada jalan penyelesaian yang mudah. Bak kata seorang fasi, 

"Masalah tu adalah makanan dalam kehidupan, sebab kita lahir je kat dunia ni sebenarnya dah jadi satu masalah pada parent kita. Tapi penerimaan parent kita telah merubah MASALAH menjadi satu ANUGERAH"

Wait for the next entry!

Perkongsian Persediaan

Salam'alaykum! Semoga semuanya dalam keadaan yang super-hebat insyaAllah!

Ok. Eksaited semacam pulak sekarang ni nak buat entri ni. hihihihihi

Melihat kepada keadaan diri.
Ditambah pula dengan rasa yang membuak di hati.
Nantikan entri-entri yang akan datang.
Semua dah in making.
TAPI belum boleh publish lagi.
Khusus buat mereka yang mahu cuba DIY kan apa yang boleh.
Demi mengurangkan kos.
Namun tidak mengurangkan kemeriahan.
Semoga diizinkan Ilahi.

Kisah Tari Menari

Pengakuan.

Tiba-tiba hari ni terdengar lagu irama asli by Dato' Siti. Secara automatiknya teringat balik masa zaman-zaman menari dedulu. Ok sila tutup mulut yang ternganga tak percaya dan sila berhenti gelak =_="

Boleh dikata masa sekolah dulu, menari ni jadi salah satu passion selain menghempaspulaskan diri main sukan yang aku pakai main tapi tak tahu rules. Tujuannya lebih pada nak keluarkan peluh dan lepas geram lepas belajor seharian. Sekolah asrama biasalah cik kak cik abang. Pagi celik mata sampai nak tutup mata balik pon asyik nampak equation add math (baca: hadap buku). Maka nak dijadikan cerita, aku teruskan 'passion' aku tu masa matrik. Ok jujur aku tak ada rasa nak gedik nak buat persembahan bagai sebab tu aku tak sesebok nak bagi nama untuk wakil matrik aku for KAKOM (cari la sendiri sape yang tak tau apa bende ni) dan tak sesebok jugak bagi nama untuk wakil 'rumah sukan' (tak silap aku dorang panggil negeri) untuk karnival mini KAKOM. Sebaliknya aku mendaftarkan diri aku masuk kelas tarian untuk kelas koko aku masa sem 2. Alasan asalnya sebab tak nak melenjan kat padang (outdoor petang, aku tak nak sunburn :p)

Nak dijadikan cerita, masa sem 2 tulah ada malam kemuncak karnival mini KAKOM. Tiba-tiba jugaklah kelas aku kena perform untuk pembukaan. Aku eksaited memula tapi lelama aku jadi sangat tak selesa *nanges* Beberapa hari sebelum malam kejadian, dimaklumkan supaya perform without wearing tudung. Aku pon kaudahpehal? kauponislamjugakkan? Aku marah dan aku geram sampai level aku tak nak perform kalau kene buat macam tu. Dipendekkan cerita, akhirnya kamikami ni dibenarkan perform pakai tudung. Nak cerita sikit. Mekap lepas zuhur, perform lepas isyak. Kau rasa? Pastu mekap kat open area. Aku memang dah sesiap pakai inner turtle neck level boleh tarik smpai jadi purdah gitu dari bilik lagi, siap ikat dengan anak tudung bagai just untuk cover 'aib' aku tu (baca: aurat). Thanks pada rumet aku yang sesangat understanding pegi belikan bila aku bagitau masalah aku (aku takde inner2 bagai ni :3) Sekali masa mekap tu, aku dok covercoverlah. Dah dia sesuka hati mekap laki pompuan dedepan, cecampur, open area pulak kan. Pastu dia cakap 'ala dia ni ustazah pulak'. Aku pon kaudahpehal? kauponislamjugakkan? Aku buat muka yang tak nampak sebab dia tengah tenyehtenyeh muka halusmulus aku dengan mekap tetebal. Aku menari atas stage dengan perasaan kosong tak masa aku perform masa sekolah dulu. Aku rasa malu pon ada jugak walaupun hakikatnya masa tu aku ni memang jenis pakai redah dan suka expose kan diri.

Selesai semua, aku tekad memang tak akan join manamana program menarinari. Sebab tu aku tak nak join MTB masa memula masuk UPM. Nak jadi krew belakang tabir pon tak nak sebab the passion is still there tapi aku tak nak pisang berbuah 2, 3, 4 dan kesekian kalinya. Di situlah berakhirnya kisah tarimenari aku. Bila diri makin matang, aku ada pandangan aku sendiri pasal perempuan dan tarian. Jujur cakap, tarian dan perempuan sangat tak sesuai. Perempuan ni dahlah memang sedia ada menarik perhatian. Bila menari, badan dok meliuk sana meliuk sini (betoi ka bahasa aku ni) bertambahtambah menarik perhatianlah. Tak kisahlah kau cuba buat keras cemana pon, mesti akan menarik perhatianlah. Tambah dengan mekapnya (masuk kategori tabaruj tak eh?), baju yang kengkadang ok kengkadang tak, pergaulan. Masa kat sekolah aku tak kisah sangat sebab sekolah perempuan. Event asrama pon tak de penglibatan entiti lelaki. Masuk matrik, aku still rasa macam tu sampailah jadi insiden di atas. So, aku say goodbye jelah. Tapi dengar lagu zapin, aku cannot go! mesti aku nak layan. Tapi tak menari hokeh? Sekian :)

Tibatiba jugak aku rasa ini bentuk eksploitasi pada wanita :p 

Come Back

Assalamualaikum w.b.t

Sebenarnya ada satu ketika, aku betul-betul berniat untuk berhenti ber'blog'. Kalau ditanya kenapa, aku tak ada jawapan yang betul-betul konkrit. Cuma aku rasa aku perlu masa yang sangat banyak untuk 'tune' balik diri dengan banyak perkara. Target aku dalam setahun.

Bila tengok archieve, ok it has been a long time. Entry terakhir pada Oktober 2013. Sekarang, Julai 2014. Nak dekat setahun rupanya. So, dengan nama Allah, insyaAllah blog ni akan jadi satu medium baru untuk aku ekspresikan semua input yang aku dapat. Kenapa? Kalau asyik dapat input tapi tak letak output, boleh 'cramp' jugak otak ni..hehe

Untuk mukadimah, alhamdulillah dalam tempoh setahun (baca: hampir setahun) ni aku dah tamatkan pengajian empat tahun yang penuh dengan cabaran dari segala aspek. Sebelum konvokesyen, aku selesai sambung pengajian dalam bidang yang aku memang 'aim' sekian lama. Cuma lari sikit sebab masuk aspek pendidikan jugak. Tak apa, ilmu Allah tu luas. Kita boleh belajar sendiri sebenarnya. Tapi aku sambung jugak sebab aku nak kan komitmen yang lebih dalam menggali ilmu ni. Ilmu yang sangat 'precious' bagi aku.

Dalam tempoh nak dekat setahun ni jugak, aku dah berjaya lalui dua semester yang agak sukar bagi aku. Kenapa? Sebab aku agak terkapai-kapai bila sebelum ni aku dari 'science background'. Fizik secara spesifiknya. Sekarang, masuk sains sosial. Pendidikan pulak tu. Tapi Allah Maha Kaya. Dia temukan aku dengan beberapa insan yang sangat 'cool' dan 'caring'. Diorang ni jugaklah yang banyak tolong aku bila aku tak faham, tak jelas, blur sepanjang masa, dan macam-macam lagilah. Oh! Yang paling menarik, aku kawan dengan mak-mak dan bapak-bapak orang. Hehehehe Haip! diorang tak tua sangat ok. Dalam early 30's je. So, we are going to be a good friends insyaAllah.

Blog ni insyaAllah akan diberi nafas baru..hihi kalau aku rajin menaip macam sekarang, aku kongsikanlah ilmu-ilmu yang aku dapat dalam kelas dekat sini ok?hee 

Haaa! Apapun, Salam Ramadhan Kareem 1435H! 
Setahun tunggu, Allah izin jugak jumpa. Alhamdulillah ^_^

Doakan aku boleh tamatkan study cecepat dan berkhidmat untuk ummat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...