Sebenarnya ada satu ketika, aku betul-betul berniat untuk berhenti ber'blog'. Kalau ditanya kenapa, aku tak ada jawapan yang betul-betul konkrit. Cuma aku rasa aku perlu masa yang sangat banyak untuk 'tune' balik diri dengan banyak perkara. Target aku dalam setahun.
Bila tengok archieve, ok it has been a long time. Entry terakhir pada Oktober 2013. Sekarang, Julai 2014. Nak dekat setahun rupanya. So, dengan nama Allah, insyaAllah blog ni akan jadi satu medium baru untuk aku ekspresikan semua input yang aku dapat. Kenapa? Kalau asyik dapat input tapi tak letak output, boleh 'cramp' jugak otak ni..hehe
Untuk mukadimah, alhamdulillah dalam tempoh setahun (baca: hampir setahun) ni aku dah tamatkan pengajian empat tahun yang penuh dengan cabaran dari segala aspek. Sebelum konvokesyen, aku selesai sambung pengajian dalam bidang yang aku memang 'aim' sekian lama. Cuma lari sikit sebab masuk aspek pendidikan jugak. Tak apa, ilmu Allah tu luas. Kita boleh belajar sendiri sebenarnya. Tapi aku sambung jugak sebab aku nak kan komitmen yang lebih dalam menggali ilmu ni. Ilmu yang sangat 'precious' bagi aku.
Dalam tempoh nak dekat setahun ni jugak, aku dah berjaya lalui dua semester yang agak sukar bagi aku. Kenapa? Sebab aku agak terkapai-kapai bila sebelum ni aku dari 'science background'. Fizik secara spesifiknya. Sekarang, masuk sains sosial. Pendidikan pulak tu. Tapi Allah Maha Kaya. Dia temukan aku dengan beberapa insan yang sangat 'cool' dan 'caring'. Diorang ni jugaklah yang banyak tolong aku bila aku tak faham, tak jelas, blur sepanjang masa, dan macam-macam lagilah. Oh! Yang paling menarik, aku kawan dengan mak-mak dan bapak-bapak orang. Hehehehe Haip! diorang tak tua sangat ok. Dalam early 30's je. So, we are going to be a good friends insyaAllah.
Blog ni insyaAllah akan diberi nafas baru..hihi kalau aku rajin menaip macam sekarang, aku kongsikanlah ilmu-ilmu yang aku dapat dalam kelas dekat sini ok?hee
Haaa! Apapun, Salam Ramadhan Kareem 1435H!
Setahun tunggu, Allah izin jugak jumpa. Alhamdulillah ^_^
Doakan aku boleh tamatkan study cecepat dan berkhidmat untuk ummat!
selamat berblog dan update banyak entry.. :D
ReplyDeletedah follow sini