#1 Seminar Baitul Muslim

Salam 'alaykum! SEMANGAT! *__*

Alhamdulillah Allah telah izinkan pada 2 hari sebelum semester bermula untuk hadir ke Seminar Baitul Muslim 2.0. Rezeki juga bila daftar dengan harga RM50 untuk satu hari. Jadi apalagi kan. Terus pergi dua hari. Hari pertama slot Sebelum Aku Bernikah dan hari kedua pula slot Bercinta Sampai ke Syurga. Saya suka! Saya suka! ^__^

Ok let me share with you all input from the first day. Sebelum Aku Bernikah. Slot pertama bersama dengan pendakwah kegemaran, Ustaz Pahrol Juoi. Cari Jodoh: Langkah 1, 2, 3. Haaa menarik kan bunyi? hehe Ustaz ada berikan kaedah-kaedah yang boleh diguna pakai dalam mencari jodoh yang terbaik untuk kita.

KAEDAH 1: JADI BAIK! (SOLEH SOLEHAH)

Untuk menjadi baik adalah satu proses berterusan (ongoing process). Oleh sebab itu kita akan sentiasa melakukan kesilapan TETAPI akan mengambil ibrah dari setiap kejadian yang berlaku. Saat kita mula berubah menjadi baik, pada masa yang sama kita akan menarik insan-insan yang baik kepada kita. Inilah yang dinamakan Law of Attraction. Hukum inilah yang membuatkan kita akan menarik juga jodoh yang baik buat diri kita dengan kehendak dan kuasa Allah s.w.t.

KAEDAH 2: IKUT PILIHAN ORANG YANG BAIK

Siapa orang yang baik ini? Paling mudah adalah ibu dan ayah kita. Orang baik ini juga boleh jadi guru-guru, ustaz dan ustazah, murabbi kita, sahabat baik kita ataupun adik-beradik kita. KENAPA mesti ikut pilihan orang yang baik? Sebab yang paling utama adalah, orang yang baik ini PASTI inginkan yang terbaik untuk kita sebagaimana mereka inginkan yang terbaik buat diri mereka. MAKA MUSTAHIL untuk seorang ibu atau bapa mencarikan jodoh yang buruk akhlaknya buat anak mereka. Oleh itu, ikutlah pilihan mereka yang baik ini. In sya Allah.

KAEDAH 3: IKUT CARA YANG BAIK

Cara yang baik ini adalah yang berpandukan dan berlandaskan AQIDAH, SYARIAT dan AKHLAQ bukan berpandukan adat, budaya dan rasa. Ada tiga cara yang boleh digunakan dalam mencari jodoh. PERTAMA adalah dengan menggunakan orang tengah untuk menyelidik insan yang kita mahukan itu. Selidik dalam erti kata untuk mengetahui sifat-sifatnya, hubungan dengan keluarga, aqidah dan akhlaqnya, prinsip hidupnya dan macam-macam lagi supaya kita boleh dapatkan gambaran sifatnya sebelum dijadikan teman sehidup semati. KEDUA, bapa kita selaku wali utama kitalah yang menawarkan kita kepada mana-mana lelaki yang dirasakan baik pada pilihannya. Nak tahu? Saidina Umar pernah menawarkan anaknya kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman tetapi ditolak dengan baik oleh mereka. Akhirnya anak Saidina Umar iaitu Saidatina Hafsah dipinang oleh Rasulullah s.a.w. Tak perlu rasa malu saat ditolak pinangan kerana Allah pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik. Si bapa pula tak perlu malu untuk meminang lelaki soleh buat anak gadisnya kerana wali utama inilah yang lebih tahu kualiti yang dimiliki anak gadis mereka sendiri. KETIGA adalah dengan menawarkan diri sendiri kepada lelaki yang soleh. BAGAIMANA? Gunakan juga cara untuk menyelidik latar belakang calon. Kemudian, jika sudah bulat hati selepas istikharah, teruskanlah suarakan hasrat tersebut TETAPI raikanlah mereka yang lebih tua seperti ibu bapa, bapa dan ibu saudara atau atuk dan nenek. Lebih baik jika mereka inilah yang menyampaikan hasrat untuk meminang atau merisik seperti yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah saat mahu meminang Rasulullah s.a.w.

-google-

p/s: akan bersambung di entry seterusnya. in sya Allah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...