Baik atau Tidak?

Hijrah selalunya memang penuh cabaran. Kejap. Bukan hijrah kepada keadaan yang lebih buruk. Hijrah kepada sesuatu yang lebih baik. betullah orang selalu kata. Bila nak buat baik, mesti susah. Mesti macam-macam jadi. TAPI pernah tak kita fikir dalam-dalam. Fikir masak-masak. tak kisahlah bakar ke, goreng ke, rebus ke atau kesemuanya sekali? Perubahan ke arah kebaikan sentiasa dipersoal. sentiasa menjadi satu perkara yang asing dalam komuniti. bila perubahan kepada keadaan yang lebih teruk, tiada siapa yang mahu persoalkan. perkara yang terang-terang baik dan bagus itulah banyak soalan yang keluar. bila perubahan yang sebaliknya, tak ada pon sibuk-sibuk kecoh sana-sini. dunia oh dunia.

orang yang sebelum ni memang pakai tudung pon singkat, lengan baju pon mahu pendek sentiasa. stoking dan hijab tangan sudah tentu tak lekat! tiba-tiba tergerak di hati mahu berubah. sedikit demi sedikit memulakan langkah. lengan baju mula panjang. baju yang selalu atas punggung mula labuh menutupinya. tudung yang singkat mula dipin rapi dengan kerogsang yang pelbagai. stoking dan hijab tangan mula menjadi syarat wajib dalam etika berpakaian yang dia sendiri tetapkan. kemudian dia keluar bertemu teman lama yang pernah melihat zaman di waktu dia jahil dalam adab berpakaian, dia dipandang dengan pandangan kurang senang. kawan yang paling rapat dengannya satu waktu dulu tiba-tiba terasa mula menjauh. dia mula berasa kurang senang. adakah penampilan terbarunya ini membuat orang mula menjauh? *muncu keraguan atas hijrahnya ini

insan yang sebelum ini biasa-biasa sahaja. pakaiannya tidaklah up-to-date sangat tetapi masih boleh bergaya dan berfesyen mengikut fesyen terkini. bijak sungguh dia bersolek, bergaya dan menyerlahkan pesona dirinya.   semakin lama, dia menjadi semakin trendy. fesyen shawl yang pelbagai itu menjadi pilihannya. baju baby-T singkat yang menyerlahkan sebahagian badannya sewaktu membongkok itulah yang menjadi kegemarannya. seluar jeans ketat lebih menarik perhatiannya untuk digayakan. sekali pandang, dia memang CELIK FESYEN. namun sayang. pakaiannya kian mengecil. pergaulannya semakin bebas. bila bertemu dengan teman-teman lama, dia dipuji. 'wah kau sekarang makin cantik!', 'eh, mana nak cari baju-baju/shawl yang ko selalu pakai ni?' 

agak kontra situasi ini. bila berubah kepada kebaikan, semua pandang asing dan tidak mendapat sambutan sebahagian besar kawan. bila berubah kepada keadaan sebaliknya, semua seolah mengalu-alukan perubahan dia. mungkin situasi ini berlaku kerana mereka segan dengan perubahan teman yang semakin mahu memperbaiki diri kepada kebaikan. namun sedar atau tidak mereka ada masanya membunuh sebahagian semangat teman ini. 

semoga mereka yang telah disapa hatinya dengan kesedaran untuk berubah memperbaiki diri menyahutnya dan terus istiqamah dalam usaha tersebut. setidaknya, Allah masih memanggil hati yang telah lama leka ini agar tidak terus melakukan apa yang sepatutnya tidak dilakukan.

p/s: lama tidak mencoret kata, habis berterabur ayat dan jalan penceritaan. aduhh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...