Ramadhan Sentiasa Syiok!

Salam 'alaykum! ^_^

Ramadhan berlalu meninggalkan kita dengan rasa syahdu, rasa hiba. Entah dapat atau tidak kita berjumpa Ramadhan yang akan datang. Ya. Kedatangan Ramadhan memang benar-benar membawa keberkatan dan kebahagiaan. Saat Ramadhan bertandang, semua menyambut dengan penuh kegembiraan. Bahagia mengejar pahala beribadah dalam bulan penuh barakah ini. Sekecil-kecil amalan itu pun diberi pahala berganda. Yang paling seronok, Allah nak buat surprise dengan kita. Pahala puasa di siang hari kita itu hanya Allah yang tahu.

Bagi aku, Ramadhan memang membawa kemeriahan. Mungkin tidak meriah sehebat meriahnya bunyi mercun yang berdentam-dentum saat tarawih hinggalah 10 hari pertama Syawal tetapi meriahnya berbeza! Pemerhatian aku untuk beberapa tahun Ramadhan yang dilalui di rumah, di sekolah, di matrikulasi juga di universiti adalah sama. Ramadhan benar-benar memperlihatkan nilai kerjasama, tolong-menolong. Muhibbah! Bulan inilah semua saling mengingatkan untuk berbuat kebaikan dan kebajikan. Sama-sama saling menggerakkan untuk sahur, tarawih, solat berjemaah, kejar pahala Ramadhan. Bulan ini juga masing-masing memasak untuk juadah moreh di kawasan kejiranan. Bulan ini juga kebanyakan umat manusia akan sahur dan berbuka secara berjemaah terutama bersama keluarga. Makan berjemaah itu seolah satu kerinduan yang menyeksakan bila tak dapat direalisasi. Mana tidaknya. Sampai ada insan yang kecewa bila tak dapat bersahur atau berbuka paling tidak sekali bersama keluarga.

Seronoknya Ramadhan. Pesta Ibadah di sana-sini. Setiap hari pasti ada majlis ilmu. Sebelum Ramadhan lagi semua pasang niat nak khatam paling tidak pun sekali. Setiap pagi juga populasi manusia yang keluar kerja-sekolah-buat kerja rumah bertambah. Wahhh! Ceria sungguh setiap pagi Ramadhan. 

Makanan? Ehem. Tarikan utama saat Ramadhan bertandang selain dari kemeriahan ibadah di merata tempat adalah di PARAM. Setiap kawasan pasti ada. Lagi meriah di kawasan berdekatan institusi pendidikan, pejabat kerajaan dan kilang-kilang. Tapi bagi aku, makanan yang di masak sendiri jugalah yang paling umphh! Sana sini sibuk buat majlis berbuka puasa. Tak payah tengok badan-badan kerajaan atau bukan yang me

nganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim atau golongan yang istimewa, ramai juga yang ambil kesempatan membuat 'reunion' bersama teman sekolah, sekelas, sebilik, sepasukan waktu berbuka. Memang Ramadhan boleh membantu mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.

Aku perasan jugak, waktu Ramadhan bertandang, banyak berita mengenai kantoi berjudi, kantoi tak puasa. Sampai ada orang kata "waktu Ramadhan, tiba-tiba pihak berkuasa agama nampak bekerja. Kalau tak, tak nampak sangat gerak kerja dorang". At one point aku terfikir macam tu jugak tapi bagi aku, mungkin media lebih banyak sampaikan maklumat macam ni di bulan ini. Padahal ada je waktu biasa pihak berkuasa agama ni buat kerja. Cuma tak digembar-gemburkan pada orang ramai mungkin.


*Pemburuan Malam Al-Qadr*
Salam Ramadhan Kareem
Salam 'becoming' Syawal
Moga Allah menerima amal anda, amal saya dan amal kita semua. Aameen ya Rabb.
Mohon maaf atas segala kesilapan. Perbuatan, kata-kata, lintasan hati mahupun penampilan.

Semua perkara adalah bersebab.
So, before you assume, there's a thing called ASK.
^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...