KEMM MOTIVASI

Semalam (20 Jun), kem motivasi adik tersayang sudah pun tamat. Lega sangat rasa bila semua selesai. Saya pun penat juga walau bukan merupakan salaah seorang AJK Pelaksana. Saya ada di Kem Bumi Jati sejak hari pertama lagi. Seronok juga walaupun ada masa saya rasa tak tahu nak buat apa. HAHA. Mungkin sebab saya memang suka benda-benda seperti ini. Hari pertama tidak ada apa yang menarik untuk saya kongsi dengan kalian. Aktiviti seperti biasa, bermula dengan sesi taklimat, berakhir dengan pembentangan kumpulan. Awal juga program hari pertama tamat. Tujuan? Supaya adik-adik ini boleh bangun untuk qiamullail esok hari. Hari kedua penuh dengan aktiviti dalam dewan. Nama kem ini pun Kem Motivasi PSRA 2010, jadi pengisian program semestinya diselitkan dengan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Waktu inilah saya tak tentu arah nak buat apa. Nak tidur tak seronok. Nak online pula, line tak sehebat di tengah kota. HAHA. Akhirnya, main game yang ada dalam external hard disk sahaja.

Sebelah malam, sesi muhasabah diri para pelajar. Tersentuh juga hati saya yang dah lama tak dapat pengisian sebegini. Menangis? Semua peserta menangis teresak-esak. Bising dewan yang tak besar mana tu dengan esak tangis adik-adik. Ada antara mereka yang menangis kerana takut. Ada yang menangis kerana penyesalan dan keinsafan. Ada juga menangis kerana kawan-kawan lain semua menangis. HAHA Dalam hati saya berharap sangat adik-adik ini kekal dalam perjuangan mereka. Kekal dengan identiti seorang yang bergelar muslim. Juga kuat menghadapi cabaran dunia luar. Saya tahu mungkin sukar sebab saya juga dah melalui zaman itu. Memang meniti zaman remaja banyak sangat godaan terutama dari rakan-rakan.(sedar pon awak tu)

Dari sudut pandangan saya, pengisian kebanyakan slot muhasabah diri sangat klise penyampaiannya. Pengisiannya tak ada yang salah tetapi cara penyampaiannya seolah-olah lebih bermatlamatkan membuat golongan sasaran menangis. Saya tahu memang menangis itu tanda penyesalan, tanda kesedihan dan sebagainya. Namun persoalannya kenapa mesti sepanjang slot, golongan sasaran hanya diberi focus mengenai ibubapa sahaja. Bagaimana dengan lingkungan kehidupan mereka sendiri sebagai contoh pergaulan seharian, komunikasi, akhlak sesama insan dan yang terpenting hablumminALLAH. Sedangkan sebenarnya seawal usia beginilah perlu dilentur semua perkara ini. Mungkin perlu menambah baik cara pengendalian sesi muhasabah. Saya bukan ingin melihat segala kelemahan tetapi sekadar mahu mencari ruang-ruang yang boleh ditambah baik. Saya memang tidak mahir kalau mengendalikan program seperti ini tetapi saya menilai daripada hasil testimoni orang ramai. Apa pun, tahniah kepada semua yang terlibat ! ^^

Esoknya, slot khas untuk ibubapa bersama seorang penceramah jemputan. Tajuk ‘KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE NASI’ menjadi pilihan untuk dikupas bersama. Jujurnya saya kurang berminat dengan cara penyampaian beliau. Golongan mereka yang mendengar ceramah ini adalah dari ibubapa dan para pelajar. Saya meletakkan diri sebagai pelajar yang masih lagi mempunyai ibu dan ayah. Sedikit hampa bila sewenang-wenangnya beliau katakan ibubapa yang tidak hadir pada hari itu merupakan ibubapa yang tidak prihatin pada anak-anak. Bayangkan jika anda seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan diberi kenyataan sedemikian oleh insan yang tinggi ilmunya. Saya sangat yakin akan beri kesan kepada psikologi. Padahal mungkin ibubapa mereka ada masalah pengangkutan, masalah kelurga dan sebagainya. Tidak adil kalau terus mahu menghukum sedemikian. mungkin benar dakwaan beliau tetapi bila ada golongan pendengar yang umur mereka belum cukup matang untuk menilai, kenyataan itu perlu untuk lebih dimurnikan lagi. Perkara ini mengingatkan saya supaya menjaga lisan agar setidak-tidaknya perkara negatif yang saya sampaikan itu tidak memberi kesan yang dalam sebaliknya yang positif itulah menjadi mutiara berharga. AMIN

REJAB

Alhamdulillah dapat jugak bertemu dengan bulan yang mulia dengan ISRAK MIKRAJ ini. Hari ini 7 Rejab 1431H bersamaan 19Jun 2010M. Jadi, saya ada bawa sedikit info untuk perkongsian dengan kalian semua. Walaupun mungkinagak lewat untuk berkongsi, tetapi ilmu itu lebih baik dikongsi bersama daripada disimpan sahaja. Perkongsian kali ini mengenai fadhilat atau kelebihan bulan Rejab.

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi). Fadhilat jika berpuasa di dalam bulan Rejab ialah :

* 1 hari : mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* 2 hari : dilipatgandakan pahalanya.

* 3 hari : dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* 4 hari : diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* 5 hari : aman daripada azab kubur.

* 6 hari : keluar kubur bercahaya muka.

* 7 hari : ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* 8 hari : dibuka baginya lapan pintu syurga.

* 9 hari : keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* 10 hari : Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* 16 hari : akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* 19 hari : dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* 20 hari : diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Namun demikian, saya ada terbaca mengenai kata-kata Imam Nawawi :

"Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –".

Walau apapun, suka saya untuk mengingatkan betapa sesungguhnya puasa itu merupakan satu ibadah dan diberi ganjaran pahala dari Allah s.w.t. Teruskanlah berpuasa. Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.

Assalamu'alaikum. ^^

Harapan padaMu subur kembali

video

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Cuti sem kali ini

haiyoOo terasa bosan bila duduk kat rumah and don’t know what I’m going to do. Aku punya plan masa awal-awal cuti sem dulu is WORKING ! hahah and aku pon dah sampaikan hajat pada mak ayah. Respon? Sentiasa setuju selagi boleh untuk dipersetujui. HEHEHE. Tapi masa awal-awal cuti sem ni jugak la aku dah isi jadual aku dengan macam-macam program yang aku sendiri rangka. Semestinya aku sibuk dengan latihan debat. Yelah 20hb Mei dah start pertandingan. Harapan aku memang sangat tinggi sebenarnya untuk debat kali ni. Setidak-tidaknya ada antara pasukan kami yang dapat ke semi-final and praise to ALLAH sebab rezeki yang diberiNya. 2 pasukan dapat pergi semi and 1 of them is my team ! Alhamdulillah. Tak pernah berangan pon aku dapat masuk semi. Paling tinggi nak angan-angan pon sampai quarter-final je. HAHA.

Habis je debat kat Arau, sempatlah jugak bermanja-manja dengan family dalam 2-3 hari. 27th of May,PETAH ! here I come ! HAHAH tahukah anda apa itu PETAH? PETAH stands for Pesta Intelek dan Hujah yang diadakan bersempena dengan Youth’10 kat PWTC hari tu. Apa yang ada? Ha tulah korang tak ambil kesah pasal benda ni, mostly yang datang saja suka-suka nak seronok, jumpa artis, beli barang yang dipromote and many others lagi. Tapi PETAH comes dengan percubaan mencipta rekod 111 jam debat pelbagai bahasa tanpa henti dan sudah pon terlaksana dengan jayanya rekod tersebut. Alhamdulillah. Rasa sangat puas hati dan bahagia. Kalau korang bukan seorang yang cintakan seni debat mungkin tak dapat rasa apa yang aku and all of the committee rasa. Dapat jugak balik luang masa kat rumah pulak. Weee~ Buah tangan yang aku bawa balik rumah selepas program ni tamat ialah SELSEMA dan BATUK. Hahah. Memanglah kalau dah duduk dalam satu bilik dengan suhu yang sangat sangat sangat rendah selama 24 jam kan. Mak ada jugak cakap kat aku, ‘berdebat je kerja. Susah nak lekat kat rumah. Ingatkan bila dah belajar dekat dengan rumah ni senang nak lekat’. Tapi aku sangat bersyukur pada ALLAH kerana kurniakan aku ibu bapa yang sangat memahami aku. Walaupun aku susah nak ada kat rumah waktu cuti sampai selalu diungkit ‘cuti sampai sebulan lebih,duduk kat rumah seminggu je’ mereka langsung tak halang minat aku. Sebaliknya bagi aku nasihat, teguran dan dorongan supaya aku boleh balance both in academic and my debate. I LOVE YOU MOM AND DAD !!

Tapi sekarang program dah pon selesai. Aku pon duduk kat rumah je. Dan di saat inilah aku rasa rindu dengan suasana debat. HUHUHU. Dulu masa sibuk dengan program debat ni, sibuk tanya bila nak balik rileks2 kat rumah. Sekarang bila dah dekat rumah mula teringat-ingat debate pulak.aku faham sangat kenapa. Sebab dah tak ada idea dah apa benda yang nak dibuat bila duduk kat rumah ni. Rutin harian, tetap berjalan seperti biasa (kerja-kerja rumah). Tapi tak memadai lah sebab nak buat semua tu bukan ambil masa sampai setengah hari pon. Nak bersukan, kasut tinggal kat hostel. Nak jalan-jalan, aku tak suka buang masa macam tu. Nak membaca pulak, dah tak ada bahan bacaan. Hari-hari aku baca surat khabar. At last, hadap tv lah kerja aku kat rumah.

Adik sibuk ajak aku ikut dia pergi kem motivasi sekolah 18hb sampai 20hb Jun ni. Terasa malas nak ikut. Program budak sekolah rendah kan. Tapi ada jugak rasa teringin. Lama tak dapat motivasi. HEHEHE. *kadang-kadang rohani pon memberontak bila tak dapat makanan* dan aku ambil keputusan nak ikut dia lagipon ustazah-ustazah dia ramai yang aku rapatdan aku memang tengah cari apa-apa aktiviti yang aku boleh buat waktu cuti ni. Tengah duduk rileks depan teman setia aku kat rumah ni (tv la apa lagi kan), kak fiza mesej tanya kalau aku minat nak jadi hakim untuk debat interschool UKM. Oh no ! anda hanya terlewat sedikit. Sebab aku dah janji dengan adik nak ikut dia. Aku pon belum cukup sedia nak jadi hakim dan komen macam-macam. Jadi, aku tak pergi UKM lah.

At the same time, aku bukak page group batch rakan seperjuangan di FB dan……. ADA REUNION !!! bila? Di mana? Pukul berapa? Semua dah tercatat di situ dan aku akan pergi juga. Rindu kalian semua !! ada lagi 1 aktiviti bertambah dalam jadual aku. Tak bosan sangatlah aku nak habiskan cuti sem kali ni. Lagi? 6hb Julai aku nak pergi makan malam dengan teman kesayangan yang balik bercuti dari Rusia juga dengan guruku sayang.

Itu sahaja agaknya aktiviti aku cuti kali ni. Pengajaran yang aku dapat? Penuhi masa anda dengan kerja-kerja berfaedah dan bermanfaat. Rancang aktiviti yang menarik demi kepuasan diri sendiri, kebahagiaan keluarga dan semuanya sekali ! janganlah kata kita takcukup masa atau apa sahaja sebab kita akan rasa cukup dalam semua hal jika kualiti perkara tersebut sangat BERKUALITI. Sampai sini dahulu kali ini.

Assalamu’alaikum w.b.t. ^^

Senjata Mukmin

DOA merupakan senjata bagi orang Islam. Ini sebenarnya adalah hadiah Allah untuk kita. Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih, Maha Pemurah. Ada kalanya kita rasa kita telah berkali-kali berdoa tapi Allah belum memperkenankannya. Selain itu adalah ujian dari Allah ingin menguji keikhlasan dan keimanan kita; kita juga perlu mengkaji di mana silapnya kita. Sebenarnya banyak perkara yang boleh menjadi hijab atau penghalang kepada doa-doa kita itu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar yang pernah kita lakukan dan salah satu cara untuk mengatasinya dengan bertaubat nasuha yakni taubat yang sungguh-sungguh. Di sini dibentangkan lapan belas perkara yang menjadi hijab atau penghalang doa:

1. Orang yang membunuh orang lain tanpa tujuan.

2. Orang yang menaburkan cerita yang belum tentu sahih

3. Orang yang melakukan pekerjaan yang serupa binatang.

4. Orang yang mengekalkan minum arak atau benda-benda lain yang boleh memabukkan. ALLAH telah berfirman: "Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu dan menghalangi kamu dari mengingati ALLAH dan sembahyang, maka berhentilah kamu dari mengerjakan pekerjaan itu. " AI Maidah: 91. Keterangan di atas sesuai dengan Hadis Rasulullah SA W yang bermaksud 'Semua minuman yang memabukkan adalah arak dan semua arak adalah haram." Riwayat Muslim

5. Orang yang mengekalkan zina, iaitu dosa besar yang tidak akan diampunkan selama-lamanya.

6. Orang yang menderhakai ibubapanya atau salah seorang daripadanya. ALLAH telah berfirman; "Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dari-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. Jika seseorang di antara keduanya atau kedua-duanya telah tua jangan kamu keluarkan perkataan kasar terhadap keduanya dan hendaklah kamu ucapkan perkataan yang mulia (lemah-lembut). Rendahkanlah sayap kehinaan kerana cinta kepadanya dan hendaklah engkau katakan "Wahai Tuhan kasihilah kedua ibubapa kami dan berilah Rahmat-Mu. Biasanya terhijab doa adalah kerana dosa-dosa besar.....Untuk mengatasinya bertaubatlah dengan taubat nasuha; taubat yang sungguh-sungguh kepada keduanya, sebagaimana mereka mendidik kami di waktu kecil." Al Israk: 23-24

7. Orang yang mengerjakan suatu pekerjaan yang menyalahi syariat seperti bermain silap mata.

8. Ahli nujum yang mengkhabarkan nasib orang lain sedangkan kehidupan kita dari alam roh hingga ke akhir hayat telahpun ALLAH tetapkan sejak azali lagi.

9. Orang yang hasad dengki sesama umat Islam. Dia suka orang lain ALLAH timpakan bala malah mencemburui seandainya orang lain yang dikurniakan nikmat Tuhan.

10. Orang yang suka mengadu domba, memukul canang kepada orang lain supaya timbul pecah-belah antara kedua
belah pihak. Kadangkala mengakibatkan kedua-dua pihak itu tidak bertegur sapa selama lebih dari tiga hari tanpa keuzuran syarie.

11. Orang yang suka mengumpat hal orang lain terutama terhadap orang-orang alim yang cinta dengan ALLAH

12. Orang yang mengambil cukai dari harta manusia tanpa redha mereka. Inilah perkara yang paling
ditakuti kerana ketika di dalam kubur lagi akan ditimpakan azab yang pedih.

13. Orang yang menjual barang dengan cara yang haram, mengangkat jual beli dengan sumpah yang dusta, contohnya menaikkan harga barang-barang dua tiga kali gandanya dari harga asal. Menipu
dalam sukatan dan timbangan dan memakan harta riba.

14. Orang yang membenci para sahabat Rasulullah SAW.

15. Orang yang menunjuk-nunjuk diri dengan gayanya yang lemah-longlai seperti mayang di depan orang lain supaya mereka merasa kagum dengan kecantikkannya.

16. Orang yang bermain catur dan judi.

17. Orang yang bermain gendang yang kecil di tengahnya, luas di kedua tepinya tetapi tepi yang ada kulit
itu lebih luas daripada yang tiada berkulit. Kalau di zaman sekarang ini kompang dan gendang yang dibubuh lingkaran rotan di dalamnya supaya terdengar bunyi gentanya yang mengasyikkan.

18. Orang yang bermain rebab, biola dan seruling (serunai).


Oleh itu sebagai nasihat kepada kita bersama, jika kedapatan perkara-perkara yang dibentangkan itu pada diri kita, bertaubatlah segera dengan taubat nasuha. Agar kita mendapat falah (kemenangan) di Akhirat sebelum datangnya maut.

Tinggalkanlah perkara-perkara yang boleh melalaikan kita dari mengingati ALLAH juga perkara-perkara yang menjauhkan diri kita dari-Nya. Semoga ALLAH SWT menggantikan dengan sebesar-besar kurnia dan RahmatNya sebagai penutup segala perbuatan jahat yang lampau. Allah telah berfirman; "Sesungguhnya segala amal yang baik menghapuskan akan segala perbuatan yang jahat. "

persahabatan

Assalamualaikum,

ada sikit perkongsian nak share dengan kalian soal persahabatan. Dalam menjalinkan hubungan persahabatan, memang sukar utk menjaga hati dan perasaan seseorang sahabat. Kadang-kala apa yang dilakukan ada sahaja
yang tidak kena dan kemudian timbul cakap-cakap belakang ya
ng menyatakan rasa tidak puas hati. Namun, kita harus sedar, sebagai insan biasa kita tidak sempurna. Oleh itu, sikap saling hormat-menghormati, berterus-terang dan saling percaya penting dalam menjaga hati seseorang sahabat. Semak beberapa tips di bawah bagaimana cara untuk kita menjaga persahabatan agar terus berkekalan sehingga ke akhir hayat. Insyaallah.

1) Jangan Lempar Penghinaan

- jangan sesekali merendahkan, mengejek dan menghina sahabat dalam bentuk apapun, baik tentang keperibadian, bentuk fizikal, keadaan sosial, dan sebagainya. Elakkan berbuat demikian kerana tidak ada masalah yang selesai dengan penghinaan dan mencela bahkan yang ada nanti hanyalah perasaan sakit hati serta rasa dendam antara satu sama lain.

2) Jangan Campur Urusan Peribadi

- jangan dan jika boleh cuba elakkan mencampuri urusan peribadi sahabat yang tak ada manfaatnya jika kita terlibat. Seperti yang kita maklum, setiap individu mempunyai urusan dan masalah peribadi yang kadang-kala
tidak boleh diceritakan walaupun dengan sahabat sendiri. Ia adalah sesuatu yang sangat sensitif dan jika tersalah cakap ia boleh menimbulkan kemarahan sahabat.

3) Jangan Buat Perbandingan

-jangan sesekali membandingkan jasa, kebaikan, penampilan, harta, kedudukan seseorang sehingga sahabat yang mendengarnya merasa dirinya tidak berharga, rendah diri atau merasa terhina.

4) Jangan Menyampuk Bila Bercakap

- sungguh tidak sopan apabila kita sedang bercakap kemudian tiba-tiba dipotong dan disangkal. Latihlah diri kita untuk bersabar dalam mendengar dan mencelah perbualan dgn cara terbaik dan pada waktu yang tepat dan sesuai.

5) Jangan Ungkit Kisah Lalu

- ingatlah bahawa setiap orang memiliki rahsia dan kesilapan yang tidak mahu diceritakan kepada orang lain, begitu juga dengan diri kita sendiri. Oleh itu, janganlah cuba untuk mengungkit dan menceritakannya kepada orang lain. Takut ia akan menyakiti hati sahabat dan menjejaskan ikatan persahabatan hanya kerana telah membongkarkan kekurangan yang dimilikinya.

6) Kawal Kemarahan Dengan Baik

- apabila kamu marah, maka berhati-hatilah kerana kemarahan yang tidak terkawal boleh mempengaruhi tingkah-laku dan percakapan. Jika kemarahan tidak dikawal dengan baik, takut akan melukai hati sahabat
seterusnya menghancurkan hubungan baik dengannya. Kawal amarah dengan sebaik mungkin dan jika ia tetap terjadi, lontarkanlah kata-kata yang tidak akan menyakiti hati sahabat. Cuba redakan kemarahan dalam masa
yang singkat dan pohonlah kemaafan seandainya kata-kata yang diluahkan itu dirasa keterlaluan.

7) Jangan Ketawakan Sahabat

- jangan mentertawakan sahabat kerana kekurangan yang dimilikinya. Ini termasuklah kekurangan daripada segi penampilan, rupa, bentuk badan, dan sebagainya. Ingatlah, ketawa yang berlebihan dan tidak kena pada tempatnya akan mengundang rasa sakit hati sahabat.

Kisah Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)."

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"

Murid 1 = "Negeri China"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari"
Murid 4 = "Bintang-bintang"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan ajaran Agama."

Imam Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini?"

Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"

Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Wallahualam..

ISBAL

Tentu masih ramai antara kita yang mungkin tidak mengetahui bahkan mungkin juga sama sekali tidak pernah mendengar perkataan "Isbal". Atas sebab tidak tahu dan tidak pernah mendengar itu jugalah, ramai dari kalangan kaum muslim yang tidak mengendahkannya. Sekaligus tidak mengetahui bahawa ia merupakan suatu perbuatan yang terlarang dari sudut pandangan agama.

Malah sudah menjadi trend (budaya), bahawa isbal adalah suatu bentuk wajah masa kini yang mana sesiapa tidak melakukannya, akan kelihatan seakan-akan ketinggalan zaman dan tidak moderate. Dari itu, tulisan kali ini akan sekali lagi mengupas isu berkenaan - isbal dari sudut al-Qur'an dan as-Sunnah yang sahih serta berpandukan kefahaman para ulama bermanhaj Salafus Soleh.

Maksud Isbal:


المسبل إزاره هو الذي يطول ثوبه ويرسله إذا مشى

Maksud: Orang yang mengisbalkan (melabuhkan) pakaian, dia adalah orang-orang yang menjulurkan (memanjangkan) dan melabuhkan pakaiannya sehingga mencecah ke bumi (melebihi had). (Rujuk: Imam Ibnu Hajar, Mukaddimah Fathul Bari, 1/126)

Isbal menurut syar'i adalah melabuhkan (menjulurkan) pakaian serta membiarkannya terurai ke bawah sehingga melampaui batasan yang telah ditetapkan di dalam syari'at (melebihi mata kaki), dan perkara tersebut tidak terhad kepada isbal dengan niat sombong.

Apabila membahaskan berkenaan fenomena isbal ini, para ulama sebahagiannya mengklasifikan di antara hadis-hadis yang menyentuh isbal dengan disertai kesombongan dan juga perbuatan isbal yang tidak disertakan dengan niat sombong.

Dengan itu, untuk membolehkan para pembaca dapat melihat hadis-hadis tersebut dengan lebih baik berdasarkan perbahasan yang dimaksudkan, maka di sini diletakkan dua tajuk yang membawakan hadis-hadis tersebut
berdasarkan pembahagian di antara isbal dengan niat sombong dan juga isbal tanpa disertai niat sombong.

Isbal Tanpa Niat Sombong

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا أَسْفَلَ
مِنْ الْكَعْبَيْنِ مِنْ الْإِزَارِ فَفِي النَّارِ

Maksud: Daripada Abu Hurairah r.a, daripada Nabi s.a.w, bahawa beliau berkata:
Apa yang terjulur (labuh) ke bawah melebihi kedua mata kaki dari pakaian, maka ia berada di neraka. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/89, no. 5341)


Imam al-Bukhari meletakkan hadis ini di bawah bab:

بَاب مَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ فَهُوَ فِي النَّارِ

Maksud: Apa yang menjulur labuh ke bawah (dari pakaian) sehingga melebihi mata kaki, maka ia di neraka. (Rujuk: Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas, 18/88)

وعن المغيرة بن شعبة رضي الله عنه قال رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بحجزة سفيان بن أبي سهل فقال يا سفيان لا تسبل إزارك فإن الله لا يحب المسبلين

Maksud: Dari al-Mughirah B. Syu'bah, beliau melihat Rasulullah s.a.w mendatangi Sufyan dan menahannya, lalu
berkata: Wahai Sufyan, janganlah engkau melakukan isbal, kerana Allah s.w.t tidak mencintai orang-orang yang isbal. (Hadis Riwayat Ibnu Majah, Sunan Ibnu Majah, 10/423, no. 3564. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah Ahadis ash-Shahihah, 10/241, no. 4004. Shahih Sunan Ibnu Majah, 8/74, no. 3574. dan Shahih al-Jami' ash-Shoghir, 28/372, no. 13872)

عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ عَاصِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ الشَّرِيدَ يَقُولُ أَبْصَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَأَسْرَعَ إِلَيْهِ أَوْ هَرْوَلَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ وَاتَّقِ اللَّهَ قَالَ إِنِّي أَحْنَفُ تَصْطَكُّ رُكْبَتَايَ فَقَالَ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَإِنَّ كُلَّ خَلْقِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ حَسَنٌ فَمَا رُئِيَ ذَلِكَ الرَّجُلُ بَعْدُ إِلَّا إِزَارُهُ يُصِيبُ أَنْصَافَ سَاقَيْهِ أَوْ إِلَى أَنْصَافِ سَاقَيْهِ


Maksud: Daripada Ya'kub B. 'Ashim sesungguhnya beliau mendengar asy-Syarid berkata: Dari kejauhan, Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki yang menjulurkan (melabuhkan) pakaiannya (seluarnya) sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas menemuinya (berlari-lari anak) menuju kepada orang tersebut. Lalu beliau menegurnya:
"Angkatlah kain pakaianmu dan bertaqwalah kepada Allah s.w.t".

Maka orang tersebut pun berkata: "Sesungguhnya aku seorang yang memiliki kaki yang bengkok (seperti huruf X) dan kedua lutut-ku tidak stabil ketika berjalan". Lalu Rasulullah s.a.w tetap menyatakan: "Angkatlah pakaianmu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah s.w.t adalah bagus". Maka setelah peristiwa tersebut, tidaklah kelihatan lelaki tersebut melainkan dengan pakaiannya (seluarnya) sentiasa terangkat hingga pada tengah-tengah kedua betisnya atau di bawah sedikit. (Hadis Riwaya Ahmad, Musnad Ahmad, 39/470, no. 18656. Disahihkan oleh al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah, 4/15, no. 1441)


Daripada hadis ini, ia turut menjelaskan bahawa Nabi s.a.w datang menegur kepada pelaku isbal tanpa menanyakan terlebih dahulu sama ada si pelaku itu melakukan isbal dengan sombong atau pun tidak. Tetapi, apa yang jelas dari zahir hadis tersebut adalah, Nabi terus sahaja menegurnya supaya meninggalkan isbal, biar pun si lelaki tersebut telah memberikan alasan.


Kesimpulan:

Akibat melakukan isbal (tanpa sombong):

1 – Berdosa dan diancam dengan neraka.
2 – Tidak dicintai oleh Allah.

letter from GAZA

Asaalam Alykum,

My dear sisters and brothers I wanted to take this opportunity to
send you a message from the sisters in Gaza . Please hear our situation
and tell everyone that you know and dont know.

Our situation is dire but our eman is strong alhamdulillah, even
though we have no water to speak of, and when we do it is polluted and
we have no money to buy mineral water. When we find the money those
that sell it say that it is too dangerous for them to travel out to get
new supplies. We have no gas, and have not had for the last four
months. We cook the little food we have on real fires that we have
learned to prepare.

Our men have lost all of their jobs. They spend their days at home
now. My husband can spend a day just going from place to place just for
the basic need of water. He usually returns empty handed. There are no
schools, no banks, hardly any hospitals open. You are constantly aware
that you risk your life when you go out and when you are indoors. They
give us a curfew between 1-4pm. We can go out, they say, in safety to
get your supplies, but that is a lie. They have ofetn used that
opportnity to add more shuhada to their list.

We eat one day rice and one day bread. Meat and milk are a luxury.
They are using chemical warfare in the areas which are on the borders.

All this and we are being told that people demonstrate all over the
world. Masha Allah. the fact that you go to embassies and leave your
homes makes us feel truely that we are not alone in our struggle.

But you go home at night and lock your door. We cannot do that. I
have to leave my home on the second floor every night and stay with my
sister on the ground floor. Should there be an attack, it's quicker to
leave from the ground floor.

Yes we are tired. When we hear rockets and bombs and see planes
that fly too close to our building, I scream with my young son and my
husband feels helpless.

In all this there is no one but Allah (swt) that can save us. But
the ummah is asking where are the armies, where is the victory. Dont
forget us because you are all that we have now. Your kind sadeqat is
not reaching us, and when they open borders it only reaches a few. Keep
up the work of Allah and pray that th victory will come soon insha
Allah.

Ws.
Your sister umm Taqi.

Marble Arch, London
- 17 /1/2009-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...