Alhamdulillah dapat jugak bertemu dengan bulan yang mulia dengan ISRAK MIKRAJ ini. Hari ini 7 Rejab 1431H bersamaan 19Jun 2010M. Jadi, saya ada bawa sedikit info untuk perkongsian dengan kalian semua. Walaupun mungkinagak lewat untuk berkongsi, tetapi ilmu itu lebih baik dikongsi bersama daripada disimpan sahaja. Perkongsian kali ini mengenai fadhilat atau kelebihan bulan Rejab.
Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya dan Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi). Fadhilat jika berpuasa di dalam bulan Rejab ialah :
* 1 hari : mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
* 2 hari : dilipatgandakan pahalanya.
* 3 hari : dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* 4 hari : diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* 5 hari : aman daripada azab kubur.
* 6 hari : keluar kubur bercahaya muka.
* 7 hari : ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* 8 hari : dibuka baginya lapan pintu syurga.
* 9 hari : keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
* 10 hari : Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* 16 hari : akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
* 19 hari : dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* 20 hari : diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Namun demikian, saya ada terbaca mengenai kata-kata Imam Nawawi :
"Dan tidak ada satu hadis pun yang menunjukkan fadhilat berpuasa pada bulan rejab, dan tidak ada juga satu hadis yang melarangnya, tetapi asal hukum berpuasa adalah sunat, - yakni setiap masa –".
Walau apapun, suka saya untuk mengingatkan betapa sesungguhnya puasa itu merupakan satu ibadah dan diberi ganjaran pahala dari Allah s.w.t. Teruskanlah berpuasa. Dan Allah sahajalah Yang Maha Mengetahui.
Assalamu'alaikum. ^^
No comments:
Post a Comment