Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya:
Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Orang tua" Murid 2 = "Guru" Murid 3 = "Teman" Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)."
Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Negeri China" Murid 2 = "Bulan" Murid 3 = "Matahari" Murid 4 = "Bintang-bintang"
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama."
Imam Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 = "Gunung" Murid 2 = "Matahari" Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
No comments:
Post a Comment