Kongsi.







Ceramah dari Ustaz Ebit Liew.
Malam itu memang aku rasa tersentak.
Tersentak kerana isi yang diberi mengetuk jiwa aku yang seperti sudah lama mengeras.

Aku baru sedar.
Betapa selama ini aku telah mengabaikan makanan untuk rohaniku.
Aku biarkan rohani aku menderita tanpa keperluan asasnya.

Benarlah.
Dalam hidup ini, perlu peringatan itu datang selalu.
Perlu ada insan yang mengingatkan diri pada Tuhan.
Perlu ada usaha kita untuk mengenali Tuhan.
Dan aku?

Pesanan ustaz.
Kalau kita sayang Nabi, kita hidupkan sunnah Baginda s.a.w.
Kalau kita sayang ibu bapa kita, kita usaha memberi khidmat sebaiknya pada mereka selagi hayat mereka masih ada.
Kalau kita sayangkan diri kita, berhentilah dari melakukan perkara yang mendekatkan kita dengan neraka dan menjauhkan kita dari syurga.
Kalau kita sayangkan saudara kita, mudahkanlah urusan mereka. Utamakan mereka mendahului keutamaan kita.

Allah...
Beratnya diri ini mendahulukan orang.
Selalu mahu utamakan diri sendiri.
Kadang-kadang tak mahu kongsi makanan.
Kadang-kadang tak mahu kongsi pengetahuan.
Kadang-kadang tak mahu hulurkan bantuan.

Dan DAKWAH kepada yang belum Islam.
TUGAS UTAMA kita.
Nabi berdakwah hingga terluka semata-mata demi kita mendapatkan Islam.
Kita?
5 bilion penduduk Bumi ini masih belum Islam dan merea semua orang yang baik-baik.

Ustaz pesan lagi.
Lihatlah kebaikan dalam diri  setiap manusia.
Dia buat jahat, kita kata 'dia baik, cuma waktu ini dia hilang kawalan. maafkanlah dia ya Allah'

Ustaz pesan lagi.
5 bilion manusia yang belum mengenal Allah adalah orang yang baik-baik.
Sentiasalah doakan mereka 'ya Allah, dia ini orang yang baik. Kau kenalkanlah dia denganMu'
5 bilion ini termasuklah pensyarah kita, cikgu kita, pakar motivasi kita dan banyak lagi.

Entri kali ini aku tulis secara rawak.
Tiada isi utama seperti selalu.
Cuma aku mahu kongsi kepada semua.
Ilmu yang aku dapat.
Ilmu yang ustaz amanahkan untuk disebarkan.
Moga setiap kebaikan, akan berbalik kepada semua manusia.

2 comments:

  1. sedih baca sharing dear. rasa banyak sangat kekurangan diri sendiri :(
    Tuhan sentiasa mendengar doa hambaNya

    salam perkenalan dari saya
    Nabihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan buat awak juga :) mogamoga rasa sedih awak tu tanda hati masih terus subur dan sentiasa hidup memikul kalimah Allah. Saya pon tersentap bila dapat ingatan begini. Rasa banyak fikirkan dunia berbanding Dia. :'(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...