Ibu Ayah yang OSEM

Untuk 2-3 hari ni, aku selalu nampak post yang mengaibkan 'budak sekolah' atau biasa orang sbut 'budak baru nak naik'. Post pertama yang aku nampak berkaitan dua 'budak' ni bersembang di wall facebook benda-benda kateori 18SX. Esoknya, ada pulak post gambar-gambar dua 'budak' ni buat aksi 18SX. Aku ada go through komen-komen dekat gambar tu. Ramai yang peka. Ada yang bertindak sebagai ustaz ustazah siap dengan bagi dalil supaya tutup aib orang. Ada yang mempersoalkan. Katanya "konsep jangan sebarkan aib dalam Islam ni adalah untuk aib yang pelakunya buat secara sorok-sorok tapi kalau pelaku aib tu bangga, kita boleh sebarkan aib tu". Ada juga yang berkata "dah diorang sendiri yang bukak aib sendiri. upload benda-benda macam tu dekat social website. kira kita ni tak sebarkan pon aib die"

Ok at that point, aku terfikir. Sekalipun orang tu terang-terangan tunjuk aib dia, kita tak ada hak nak sebarkan aib dia dan malukan dia. Setidaknya, selindungkan identiti dia lah. Macam dekat dalam tv, ada je kes GRO kene tangkap dan biasanya akan diselindungkan muka mereka.Ok aku bagi contoh mudah. Aku ada seorang kawan yang tabiat dia suka kentut. Mula-mula memang kitorang selalu bahan dia. Tapi sekarang dah biasa. Bila keluar pasal kentut, memang teringat dia. Dah jadi macam trademark dah untuk dia. Tapi tak ada pon orang nak sebarkan satu alam ni yang kawan aku ni kuat kentut. Sebab tau, pada kami (kawan yang biasa) itu kebiasaan tapi mungkin untuk orang lain, itu adalah perkara yang memalukan bagi dia. Ada juga antara kami yang cakap pada dia, "kau nak kentut cover sikit. nanti kau yang malu". Dia ok je. Maknanya, teguran yang baik itu, boleh diberi. Bukan lagi nak sebarkan kisah aib dia pada semua.

Tu bukan perkara utama aku nak cerita. Benda yang aku nak cerita kali ni, adalah pendapat peribadi aku. Topik berkaitan dengan 'mukadimah' sepanjang 2 perenggan di atas tetapi dari sudut lain (sila baca balik tajuk). Aku perlu akui sebenar-benarnya, TUGAS MENDIDIK ANAK BANGSA ADALAH TUGAS IBU DAN AYAH! Fullstop! tak nak kompromi lagi.

Aku mencadangkan semua ibu bapa cuba dekati dunia 'gadget' dan dunia teknologi sekarang. SEBAB ini adalah dunia anak-anak mereka. ZAMAN anak-anak mereka. Kita ni mungkin tak semaju peredaran zaman. Aku ni LINE, WECHAT, CHAT ON, CANDYCRUSH pon tak ada tau. TAPI aku tau, benda-benda ni adalah trend yang perlu aku ambil tahu. At least kalau tak ada pon, bila orang sebut, kau boleh get into lah. Kalau tak tahu, ASK!

Aku bukan menyalahkan ibu bapa kalau anak-anak muda kini tingkah lakunya amat ******** (bukan carutan tapi tak tahu nak guna perkataan apa). Namun aku tak boleh juga lari dari mengakui bahawa memang ada juga silapnya dari ibu bapa. Bagi aku, ibu bapa perlu menjadi teman baik anak-anak TANPA menghilangkan rasa hormat anak-anak pada diri mereka sebagai seorang ibu dan bapa. Yes. Aku yakin ada ibu bapa yang percaya mereka telah beri yang terbaik untuk anak-anak. TAPI adakah itu adalah definisi terbaik yang sebenarnya pada persepsi anak-anak? Untuk bahagian ini, KOMUNIKASI adalah kunci. Aku bercakap melalui pengalaman (sendiri dan juga orang lain yang berkongsi kisah). 

SIMPLE. Tak perlu lihat ibu bapa. Lihat pada diri sendiri dan respon kita pada sekeliling. Macam mana kita komunikasi? Banyak beri input atau banyak kelaut? Aku cuba mendalami bidang psikologi dan perkembangan manusia sejak dari awal kelahiran. Doakan aku berjaya. Bukan apa. Aku punya misi untuk mendidik generasi masa hadapan yang cemerlang jiwa dan jasad. Disebabkan itu aku berpegang pada kata-kata khulafa ar-rasyideen:

"DIDIKLAH ANAKMU SESUAI DENGAN ZAMANNYA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...