Assalamualaikum warahmatullah!
Haaaa! Untuk semua bakal-bakal ibu, buat buku pink ni perlu sanga ok bila tahu kita mengandung. Buat dekat klinik kerajaan of course. Kalau buat dekat klinik swasta, buku dia warna lainlah agaknya. hehehe
Bila nak kena buat?
- Bila kita buat UPT dekat rumah dan tengok keputusannya positif, seeloknya terus pergi ke klinik kesihatan atau klinik desa terdekat untuk buat pengesahan bahawa kita mengandung atau tidak. Tapi macam dalam kes aku, aku pergi klinik swasta je sebab pegi waktu malam lepas suami habis kerja. hehehe
Apa dokumen yang perlu dibawa untuk buat buku pink?
- Ok. Untuk dokumen ni mungkin berbeza mengikut klinik tempat masing-masing. Tapi, basically klinik akan minta kita bawa sijil nikah, kad pengenalan suami & isteri (yg ni memang selalu bawa kan?hehe), bil utiliti macam bil air atau bil elektrik (tujuannya nak tahu alamat tempat tinggal kita supaya nurse boleh buat rawatan susulan dekat rumah bila perlu)
Lama tak masa yang diambil untuk buat buku pink ni?
- Jawapan untuk soalan di atas adalah tidak tentu. Bergantung kepada klinik masing-masing. Macam waktu aku buat dulu, tak lama sangat tapi memang lebih sejam jugaklah. hehehe Mula-mula sekali kena ambik darah. Tujuan ambik darah ni adalah untuk dapatkan maklumat darah jenis apa, rhesus positif atau negatif, ada HIV atau tak. Lepas tu, kena buat ujian air kencing untuk tengok samada kita ada kencing kotor atau tak. Ukur berat dan ketinggian untuk dapatkan BMI kita sewaktu mula buka buku ni. Ini pun penting sebab berat badan ibu mengandung sentiasa dipantau untuk mengelakkan ada masalah kesihatan lain macam darah tinggi dan diabetes.
- Selesai semua tu, baru kita akan masuk bilik nurse untuk dapatkan konsultansi dari beliau. Nanti dia akan bagi maklumat awal berkenaan penjagaan kandungan, tanda-tanda keguguran, penjagaan pemakanan dan sebagainya. Kemudian, kita kena tunggu giliran untuk jumpa doktor pula. Ini adalah wajib sebab doktor akan scan perut untuk tengok kedudukan baby dan uri dalam rahim.
Oh! aku buat buku pink ni waktu kandungan dah 12 minggu lebih kurang. Ada je yang buat lebih awal sebab waktu dia buat pengesahan kehamilan dekat klinik kesihatan, terus boleh buat buku pink.