cuti sekolah dan cuti semester. oh sungguh bosan berada dirumah. inilah yang akan jadi bila selalu ada sahaja aktiviti yang dilakukan namun terhenti secara mendadak.
kenduri kahwin. itu agenda biasa tatkala cuti menjelma. hari ini sahaja 3 kenduri kahwin di taman perumahan aku. ada yang aku kenal,ada yang tidak. apa pun, semoga jodoh ini kekal hingga ke syurga hendaknya. juga semoga erti pernikahan itu sentiasa diingati dan direalisasikan dalam kehidupan rumah tangga.
bercerita kisah perkahwinan, ada juga antara teman di bangku persekolahan dahulu yang telah bergelar isteri orang. tahniah buat mereka. seronok melihat mereka gembira. geli hati pon ada juga. yelah, sebelum ni datang kenduri kahwin sanak saudara, teman ibu ayah tetapi kali ini datang ke kenduri teman sendiri! bagai tidak percaya rasanya.
majlis walimah aku nanti, aku hanya harap yang biasa-biasa sahaja. cukup sekadar mencapi objektif utama, memaklumkan kepada khalayak hubungan baru yang halal ini. juga untuk meraikan insan baru dalam keluarga. hehehe tidak mahu yang besar-besaran hingga ada pembaziran. semoga akan menjadi nyata. insyaAllah.
perihal kahwin pada usia muda memang memanggil banyak pihak untuk tampil memberi pendapat. pedapat peribadi saya, andai anda sudah benar-benar bersedia dalam mengharungi alam rumah tangga, dipersilakan. untuk insan yang masih menuntut ilmu di menara gading khususnya, anda harus fikir secara matang. pembahagian tugas sebagai pelajar dan juga isteri atau suami. semuanya mengenai tanggungjawab. memang ada yang mengatakan kahwin di waktu pengajian turut membantu dalam prestasi akademik namun anda harus akui wujud juga kes penceraian pada pasangan seperti ini.
segalanya terletak pada bagaimana kita berdepan dengan situasi. andai bijak dan matang dalam menanganinya, insyaAllah segalanya baik sahaja. saya tidak tahu mengapa terpanggil untuk membuat entry berkisar perkahwinan ini. mungkin disebabkan pengaruh rakan, mungkin juga kerana pengaruh kenduri kahwin sewaktu cuti kali ini. apapun, selamat melangkah ke alam rumah tangga yang lebih mencabar ya buat 2 3 orang sahabatku yang sudah bergelar isteri ! ^^