lama sungguh menyepi tanpa sebarang entry. banyak perkara yang berlaku dan memberi kesan dalam diri ini. bermula sejak tamat peperiksaan semester kedua, latihan debat berpusat, keputusan semester2, pertandingan debat diraja. kini, di rumah bersenang-lenang merehatkan diri *setiap masa pon rehat sebenarnya*
fokus cuti semester kali ini memang pada debat yang menjadi sebahagian dari diri ini. mungkin persepsi orang negatif pada mereka yang sukakan debat. bagi aku, debat mengajar aku asas dalam penilaian sesuatu perkara. debat mengajar aku berfikir dengan lebih matang untuk satu-satu isu. debat juga memberi aku pendedahan pada dunia global yang belum tentu akan aku peduli seandainya aku tidak bergelar pendebat.
debat diraja kali ini memang sangat memberi kesan pada hati juga diri. sebulan tempoh bersama sudah cukup menjadikan hubungan yang berlandaskan minat yang samamenjadi seolah sebuah keluarga yang sangat bahagia. gurau-senda, tangis tawa, semuanya menjadi rencah yang sangat enak dalam resipi kebahagiaan kami. semua kami hadapi bersama. aku memang masih baru dalam komuniti tapi rasa yang terbina bersama mereka seolah sudah bertahun lama kami bersama. SAYANG ANDA SEMUA !!
team wanita. cubaan berani mati oleh senior dan jurulatih. itu pasukan aku. 4 orang wanita yang berbeza karakter. disatukan menjadi satu pasukan yang memberi saingan hebat kepada pasukan yang lain. saling menyokong antara satu sama lain. saling membantu saat kesusahan. sangat sayang mereka. kegigihan, perkongsian rasa, semangat sepasukan..aku tak kan lupa!
selepas tahun ini, ramai yang akan meninggalkan arena debat IPT. masing-masing mula beralih fokus pada yang lebih utama. kerjaya mungkin. kami masih mentah. persis kanak-kanak yang masih memerlukan ibu bapa dan pembimbing. kata-kata semangat dari mereka akan aku ingat.
jangan mudah berputus asa
teruskan melakar corak dalam dunia perdebatan
setiap usaha pasti ada ganjaran yang setimpal
mulai tarikh akhir bersama, aku mula memahat azam. perjalanan aku dalam debat tidak akan hanya pada satu tahap. aku akan terus usaha untuk lebih maju. aku akan terus melangkah bersama dengan teman sepasukan, keluarga debat tersayang dalam menggapai impian kami.
buat senior tersayang,
a.syam, a.amir, a.ammar, k.ida, k.fara, a.fazil.
kalian memang sentiasa memberi inspirasi. terima kasih atas segala ilmu, nasihat dan memori bersama.
buat teman sepasukan,
k.syebi, k.fiza, cheyah, hajar, bella, sham, badri, zahir.
ayuh bersama menggegar dunia!hoho
semoga kita teguh dalam usaha mencapai cita-cita.
buat alumni,
k.shida, k.pai, a.boan.
kalian sangat menyokong. walau kita tidaklah serapat mana namun debat menyatukan kita. terima kasih atas pengorbanan dan juga sokongan kalian. semoga setia bersama KDBM Putra!
No comments:
Post a Comment