Keutamaan

Assalamualaikum semua khalifah Allah di bumi. =)

Pernah tak dengar kisah seorang jurugambar non-muslim yang kembali ke agama fitrah ini selepas membaca Al-Quran? Ruben Abu Bakr. Seorang warga Australia yang mempunyai pemikiran skeptikal terhadap agama ini. Islam itu katanya adalah keganasan. Muslim adalah pengganas. Bagaimana hati seorang yang benci kepada Islam ini boleh tertaut erat pada agama fitrah ini?

ha meh cari video pasal Ruben Abu Bakr dekat youtube..hee SANGAT MEMBERI INSPIRASI. Sebenarnya cuma nak cerita dekat sini. Dalam apa sahaja yang kita lakukan sebenarnya sentiasa membawa kita kepada mengingati, mengagungkan dan mengutamakan Islam. Ya, agama yang kita anuti, yang kita imani, yang merupakan cara hidup kita.

Kalau kita seorang jurugambar, jadilah jurugambar yang mengambil gambar-gambar kebesaran dan keagungan ciptaan Allah. Kalau kita doktor, jadilah doktor yang berkhidmat kerana Allah. Ilmu yang kita dapat ini adalah pemberian Dia supaya kita mampu untuk lebih mendekati Dia dan membawa insan sekeliling kita turut sama mendekati Dia. 

Ya, memang sukar meletakkan keutamaan itu pada tempat yang selayaknya. TETAPI kalau kita langsung tidak berusaha, memang akan selamanya kekal begitu. JOM! kita sama-sama meletakkan Allah sebagai keutamaan hidup. RedhaNya yang kita mahu. AmpunanNya yang kita perlu. KasihNya yang kita damba selalu.


Moga rahmat Allah sentiasa memayungi kita. Tiap helaan nafas kita, tiap denyut nadi kita, tiap degupan jantung kita. Kita HANYA punya Allah dalam waktu susah dan senang. Kita HANYA miliki Allah untuk mengadu segala suka duka. Kita HANYA mengharapkan Allah dalam meniti dugaan dan cabaran kehidupan. Sematkan dalam hati. ALLAH MATLAMATKU! insyaAllah. Semoga kita semua mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...