Fesyen

Salam 'alaykum!

Fesyen? Mak pernah jugak cakap aku bukan orang yang pandai berfesyen. Kalau boleh se'simple' yang mungkin aku capai. Asalkan aku puas hati dengan apa yang aku sarung dekat badan aku ni. Macam mana tak simple kalau aku pakai benda yang memang dah sedia ada, lepas tu aku match kan dengan apa-apa yang sesuai. Selalunya memang yang warna hitam jugaklah yang aku rembat. Sampai ayah pon pilihkan untuk aku baju warna hitam masa raja dan ratu hati aku ni shopping dekat Langkawi sana tu. Mula-mula sedih jugak sebab ayah tak tahu warna feveret aku tapi bila tengok baju yang ayah pilih tu, hmmmm boleh tahan Incheklias ni. hehehe

Pendapat aku pasal fesyen sangat mudah. Dengan menjadikan syariat sebagai panduan, kita yang perempuan ni nampak sangat indah dan sudah tentu sangat awesome! SIMPLE. Ya. Perlu simple. Maksudnya, kita gunakan seminima yang mungkin aksesori dan apa sajalah asalkan tidak berlebihan *aku bukannya tahu sangat.

Pakailah apa pun. Sarunglah apa pun yang membuat kita rasa kita cantik, kita sweet, kita comel, kita anggun. ASALKAN kita mematuhi piawaian yang digariskan oleh syariat. Senang kan nak berfesyen? Berfesyen dan bebas berfesyen tanpa rasa tak selesa dengan pandangan mata orang yang tak berhenti toleh-toleh pandang kita. Tudung yang lawa-lawa tu selalunya jarang, singkat tapi memang menarik. Kan? Islam itu mudah TAPI jangan kita pandang mudah ok. Islam tak kata jangan pakai tudung tu. Islam kata tutup aurat! Maknanya, sebelum pakai apa-apa tu, kita cek dulu pakaian kita dah tutup aurat betul ke tak.

Cara mudah nak cek adalah, tanya diri sendiri. AGAK-AGAK PAKAIAN YANG AKU PAKAI SEKARANG NI BOLEH BAWA SOLAT TAK? Kenapa? Sebab semua sedia maklum yang aurat perlu ditutup sewaktu mendirikan solat. Jadi, cara kita menutup aurat sewaktu solat itulah kita perlu aplikasikan dalam kod etika pakaian kita. Mudahkan? Bila kita tengah jalan-jalan dengan teman, keluarga, kemudian mahu dirikan solat, kita cuma perlu memperbaharui wuduk saja. Selesai wuduk, silalah solat dengan bahagianya. Tak perlu menunggu giliran untuk dapatkan telekung wakaf (andai kita tak bawak telekung), tak perlu juga kita rasa tak selesa dengan keadaan telekung wakaf yang kita guna itu.

kak dina

kak irma

kak ija

kak yatt

eh?! :p

Di akhirnya, semoga kita semua berfesyen selalu sebab Islam itu tidak menghalang kita untuk berfesyen. TAPI ingat ya semua, kita perlu menjadikan Islam sebagai panduan, bukan nafsu yang kita turutkan. Kita wanita yang diangkat tinggi martabatnya oleh Islam. Jadi kita kenalah jaga martabat kita. Fesyenlah comel-comel. Sebab perempuan itu fitrahnya dekat pada kecantikan. Suka pada kecomelan. *macam ciklilah!* 

JOM BERFESYEN DENGAN SYARIAT! *love*


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...