Assalamualaikum warahmatullah!
Alhamdulillah bulan April lepas, aku disahkan hamil anak pertama. Tak terfikir langsung aku mengandung sebab 3 bulan pertama perkahwinan, memang ternanti jugaklah kan. Lepas tu, biarlah. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau tak ada, belum ready nak jadi mak lagilah maknanya tu. hehehe
Tanda-tanda seseorang tu mengandung ada banyak sangat. Ada yang lambat datang bulan, tiba-tiba kuat makan benda masam, cepat penat, ada yang terus muntah-muntah, demam dan macam-macam lagi. Nak dijadikan cerita, aku lambat datang bulan dekat seminggu jugak. Aku tak terfikir langsung kemungkinan yang aku pregnant since macam aku cakap awal tadi, dah lepas fasa ternanti-nanti tu. hehe
Kisahnya bermula waktu aku balik Klang. Rumah family aku. Ayah suruh balik sebab ada event dekat rumah. Bukan event apa pun. Gotong-royong cegah denggi je. HAHA Alhamdulillah kawasan kejiranan aku memang meriah dengan aktiviti gotong-royong, rewang dan yang seangkatan dengannya. So, kami suami isteri pun balik Klang. Tau sangat kenapa ayah suruh balik. Nak suami aku beramah mesra dengan jiran-jiran lain lettewwww. hik hik hik
**********
12 April 2015,
Semua sibuk bergotong-royong. Kitorang yang perempuan ni biasalah, duduk readykan sarapan pastu jaga 'kaunter' makanan dan minuman. Kaunter lah sangat. Meja lipat macam kat kedai makan tu je pun. Hidang ala buffet je ha. hehehe Pastu tetiba jiran belakang rumah datang (ayah suruh datang makan sekali). Beliau ni tauke nanas. Ada kebun nanas sendiri. Maka, beliau bawa bersama 2-3 biji nanas untuk dimakan bersama-sama. Aku terliur betul tengok sebab aku memang sangat suka makan nanas lagi-lagi nanas yenki ni. Dah potong semua, aku pon nak ambik sepotong tapi suami tak bagi. Dia suruh hold dulu sebab teringat aku lambat datang bulan. Ok. Aku sedih. Serius aku sedih amat! Lamaaaaa sangat tak makan nanas woi. Sekali nak makan, tak boleh. wuwuwu
Lunch. Selesai semua makan, aku pun nak kemas-kemas. Ayah aku hulurlah nanas kedua yang dipotong kat aku. Ayah tau aku suka nanas. So beriya benor dia hulur pastu cakap sedap, manis. Aku dah tergedik nak ambik. Elok je suami aku bangun pegi toilet, aku bagitau mak aku yang aku lambat datang bulan masuk hari kelapan. Suami tak bagi makan sebab takut aku pregnant. Mak senyum je. Pastu mak cakap.
"Kalau dah sampai 8 hari tu, lekat dah lah tu"
Aku tak tau nak bagi reaksi macam mana. Tapi sebab nak sangat makan nanas tu, aku tanya mak boleh ke tidak makan nanas. Lalu mak tersayang memberi jawapan yang aku suka!
"Makan je lah. Sikit je tak pe. Kalau rahim tak kuat, tu yang senang gugur"
Aku pun apa lagi. Terus capai sepotong dan makan slow je menikmati rasa dia. Ya Allah! sedap sungguh nanas tu weh! Elok aku dah makan separuh, suami keluar toilet nak masuk solat Zuhur pastu terkejut tengok aku tengah makan nanas. Aku pon quote apa yang mak cakap. Suami aku pun sengih je lah tengok isteri dia yang macam budak-budak dapat aiskrim. kih kih kih
**********
13 April 2015,
Suami aku pergi kerja pagi tu. First day dia masuk kerja dekat Hot Burger Malaysia. Aku duduk rumah macam biasa. Suami balik time dekat maghrib jugaklah. Masa aku nak masuk toilet tu, tiba-tiba dia hulur urine pregnancy test (UPT) suruh try. Aku gelak dahsyat time tu sebab macam tak percaya sungguh suami aku ni pergi beli. Suami aku blur je tengok isteri dia macam tak betuk time maghrib. hehehe
Demi usaha menjadi isteri solehah, aku pun teruslah buat test tu. Ok. Honestly, masa buat test tu, aku nervous sangat! Makanya aku letak kat tepi dan tak tengok langsung. Pelik jugak sebab aku rasa aku tak pregnant dan insist dengan suami tak payah buat sebab aku tak pregnant. Tapi nervous dia tahap tak boleh tahanlah nak tunggu result. Yang lebih pelik, aku memang dah tau kalau keluar dua line tu maknanya positive tapi aku blur sungguh. Keluar toilet je aku tunjuk dekat suami pastu dia tanya dua line ni maknanya apa? Aku jawab, pegi refer kat manual. Pastu baru aku sengih. << dah normal lah tu maknanya, tak blur dah. HAHA On the spot si suami syukur sampai meleleh air mata! Rezeki Allah nak bagi tu kita tak duga sungguh. Hari pertama masuk kerja, dapat berita isteri pregnant pulak. Mana tak terharu dengan kasih sayang Allah?
**********
14 April 2015,
Suami bawa pergi klinik dekat setiawangsa. Untuk buat confirmation yang aku pregnant dan dapatkan consultation untuk awal kehamilan ni. Doktor tu lelaki dan bagi aku tak membantu sangat. Dah lah bil mahal. hehe Dia boleh kata, makan je apa yang nak makan termasuklah air tebu, nanas dan makanan yang kita sedia maklum 'tajam' dan tak sesuai untuk fasa awal mengandung. Tapi dia maklumkan yang aku dah 5 minggu pregnant dan dijangka bersalin 15 Disember 2015. Alhamdulillah.
Terang benderang line. Alhamdulillah ^_^ |
No comments:
Post a Comment