tatkala mentari tersenyum riang ditemani kicauan beburung yang berlagu merdu, aku cuba mencari ilham. ilham bagi menjawab segala perkara yang tidak tahu berapa sudah usianya lahir di kotak minda. satu-satu cuba aku leraikan. sedikit hampa apabila gagal bertemu dengan Tuan Jawapan.
aku seorang muslim. aku tahu Islam itu adalah yang paling tepat dan paling sempurna. aku tahu al-Quran itu punya segala apa yang telah difirman oleh Allah s.w.t. sunah Rasulullah s.a.w melengkapkan lagi apa yang dibawa al-Quran. aku tahu Islam itu punya segalanya. akhlak islamiyah. hukum-hukum fiqh. dan segala macam lagi. aku tahu semua itu.
TAPI aku kesal dengan diri ini.
selama 20 tahun aku hidup di dunia, menghirup udara anugerah Yang Esa, bebas ke sana sini di bumi ciptaanNya, aku masih boleh dikatakan gagal dalam menguasai ilmu-ilmu ini. ilmu yang membawa aku lebih dekat dengan Pencipta. ilmu yang membawa aku lebih dekat dengan agama yang merupakan cara hidupku yang sebenarnya. ilmu yang mencelikkan mata hatiku mengenai Islam, Iman.
aku malu sebenarnya. malu apabila persoalan asas mengenai Islam ini kadang-kala aku sendiri tidak boleh leraikan dengan baik. aku bersyukur pada Dia. hal yang berlaku memang hadir bersama berjuta hikmah yang tersembunyi. aku cuba melihat segalanya dari sudut positif yang mendatangkan aura positif juga di dalam diri.
oh sungguh indah sekali apabila semua yang dianjurkan Islam ini menjadi gaya hidup seorang muslim. pasti tiada masalah sosial, tiada masalah penyakit hati. apa yang wujud hanya suasana yang harmoni. aman. bahagia. suasana yang positif. suasana yang membawa kepada lahirnya generasi yang cemerlang akhlaknya, gemilang sahsiahnya dan terbilang juga takwanya. jauh di sudut hati aku terlalu menginginkan keadaan itu.
aku yakin. semua ini tanda Dia sayang pada diriku. Dia mahu aku terus mengenaliNya dengan lebih dekat. mungkinaku sudah jauh dari Dia. kerap aku memisahkan Dia dari kehidupan seharianku sedangkan Dia sentiasa ada untukku. tidak kira waktu. tidak kira tempat. betapa Pengasihnya Dia. Pencipta seluruh alam.
syukran ya Allah!