saya punya seorang teman. sejak tadika lagi saya mengenalinya. rapat. mesra. terlalu mesra. boleh dikatakan tiada rahsia antara kami. dari darjah satu hingga ke darjah enam kami belajar dalam satu kelas yang sama. dalam usia mentah itu, apa sahaja yang boleh difahami dengan makna persahabatan?
masuk tingkatan 1, kami dipisahkan oleh jarak. saya di Johor Bahru, dia di Gombak. semua hasil keputusan UPSR kami yang memuaskan. berjumpa di saat ada kelapangan sahaja . itu pun hanya di waktu cuti persekolahan. pantang berjumpa. pasti tak cukup waktu sejam. macam-macam yang kami kongsi bersama mengenai kehidupan asrama masing-masing. dari celik mata hingga terpejam semula. dari menu sarapan pagi hingga ke makan malam. semua kami dedahkan. gelak tawa menjadi sulaman perkhabaran.
tamat tingkatan 5, saya berhijrah ke Pulau Pinang menyambung pendidikan ke tahap seterusnya. dia masih setia di bumi Selangor - Sepang. berbeza sekali rutin kehidupan kami kini. cuti berbeza. pendekatan pelajaran juga berbeza. segalanya mula berbeza. tapi kami masih seperti sebelumnya. pantang berjumpa, segalanya dikongsi bersama. teman baru, suasana baru, tenaga pengajar baru, sistem pendidikan baru. macam-macam! kami memang belangkas bila waktu cuti menjelma. hee ^^
sekarang dia jauh. pergi ke negara terbesar di dunia- Rusia. tapi itu bukan penghalang kami untuk berhubung. percaya atau tidak sebenarnya jarak itu adalah faktor semakin kukuh silaturahim. semakin jauh insan itu pergi, semakin kuat hati ingin sentiasa mengetahui perkembangannya. kemudian semakin kerap wujud komunikasi berkualiti antara 2 pihak. mungkin inilah rasional mengapa Islam juga mengasingkan tempat tidur antara suami isteri moga-moga menjadi terapi bagi menyelesaikan masalah rumahtangga jika berlaku.
dia akan pulang setiap tahun. bermakna setiap tahun saya perlu siapkan ruang kosong untuk bersama dengan dia. menemaninya ke mana yang dia mhu. *macam Malaysia ini bukan tanah air dia pulak. hahaha*
apa sebenarnya motif entry ini? saya cuma rindu pada dia. insan yang sentiasa saya ingati. hee^^ hingga ke hari ini, usia perkenalan saya dan dia sudah pun 14 tahun. dialah isan pertama yang saya kenal sebaik masuk ke tadika. makan mi goreng dalam dulang bersama, main bola jaring bersama, gurau senda bersama, macam-macam lagi perkara dan memori kami berdua bersama. rindu pada dia. sayang pada dia. semoga ukhwah ini berkekalan ya sahabat!
No comments:
Post a Comment