ada satu ketika saya terlalu inginkan pasangan untuk berkongsi kisah suka duka, untuk berkongsi bahagia derita. ingin merasai apa sebenarnya yang dirasai oleh teman yang berada di alam percintaan. pada masa yang sama, hati ini menolak sekeras-kerasnya huluran salam oleh insan bernama lelaki yang mengajak menjalinkan hubungan yang lebih serius. saya tidak mahu ada komitmen selain keluarga dan pelajaran.
meniti hari di usia remaja dan alam peralihan menuju usia yang lebih banyak nilai angkanya memang memberi pelbagai pengajaran yang tak ternilai dalam kehidupan. saya tidak memusuhi lelaki walau saya seolah dingin dengan mereka. saya masih boleh berbual mesra berkongsi cerita dengan teman yang ada masalah dalam hubungan cinta mereka dan berkongsi kebahagiaan bersama mereka.
saya tidak suka melayan insan yang sedang mabuk cinta ini tatkala keluar ayat-ayat yang indah dan janji-janji manis dari mereka. saat itu saya terfikir. sebegitu istimewanya si dia pada mereka hingga kadang-kala janji yang ditabur itu sangat tidak logik diterima akal. namun mengapa kita tidak pernah berjanji pada Pemilik dan Pencipta Cinta? Dia yang memberikan kita perasaan yang sebegitu indah. Dia yang menggerakkan hati kita untuk menerima cinta dalam hati.
untuk insan yang sedang dibuai keindahan cinta, semoga kalian diberi petunjuk olehNya dan sentiasa berpegang pada syariat. buat insan yang sedang mencari cinta, sedarlah bahawa cinta pada Pencipta Cinta itu adalah segalanya. andai tiada cinta manusia untukmu, sesungguhnya Dia menjanjikan sesuatu yang lebih buatmu sayang. buat insan yang bercinta dalam alam rumahtangga, semoga kalian sentiasa bercinta hingga ke syurga sana.
*teringat-ingat status jiwang teman-teman di social network.
tyme bercinta kan semua nampak manis je...tambah ms awal2...takde halangan lagi, takde rintangan lagi...smpai semua boleh lupa; kawan, keluarga, org sekeliling dan jg Pencipta. Nauzubillah. moga kita bukan sebahagian dr 'mereka'
ReplyDeleteinsyaAllah. semoga kewarasan akal masih boleh terus menilai dan mentafsir baik buruk sesuatu perkara. dan semoga terus diberi panduan dalam kehidupan.
ReplyDelete