lama rasanya tidak bermanja dengan kata-kata di ruangan maya ini. biasalah kehidupan pelajar di kampus yang sentiasa bergelumang dengan tugasan dan segala macam ujian. HEHE kali ini ada sedikit perkongsian nasyid mungkin. semua kerana lagu ini membantu memulihkan kembali semangat saya di saat perasaan putus asa dan mengalah mula mengintai-intai ruangan kosong untuk bertapak di hati.
saya bukan mahasiswi yang bijak mengatur masa dan strategi dalam menuju kejayaan yang diimpikan. sering hati ini mengalah tatkala gagal merealisasikan impian dan harapan. ya, memang saya menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Menentukan. namun saya juga tahu Dia tidak akan mengubah nasib saya seandainya saya sendiri tidak berusaha untuk mengubahnya. bagi saya itulah yang paling penting- USAHA dan TERUS BERUSAHA.
perubahan itu memang memerlukan masa. dan perubahan itu juga perlu dilakukan dengan kerelaan tanpa paksaan. NAMUN jika ada dorongan dan sokongan dari insan tersayang terutamanya, proses perubahan itu akan mengambil masa yang singkat insyaAllah. setiap insan itu berbeza keadaan dirinya. itulah keunikan manusia ciptaan Allah. saya bersyukur diperkenalkan dengan beberapa orang insan yang secara tidak langsung memberi saya panduan dan pengajaran dalam meniti hari-hari di bumi Serdang ini.
insan-insan ini juga yang meniupkan semangat dalam diri di saat diri mula lemah dalam menyusun langkah perjuangan. semoga apa yang saya peroleh dari mereka ini Allah memberikan mereka ganjaran yang selayaknya. aminn.
baiklah, ini nasyid dari kumpulan UNIC berjudul LANGKAH TERCIPTA. saya suka dengar. semangat saya seolah mula terbakar dengan liriknya. ^^
halilah!!! heeee. rindu kau
ReplyDeletehehehe aku rindu kau juge payong ku...
ReplyDelete