bismillahirrahmanirrahim...
sana-sini orang sibuk berbicara mengenai status Malaysia sebagai sebuah NEGARA ISLAM. Bagaimana sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, sebuah negara yang berpengaruh dalam pertubuhan-pertubuhan Islam dunia dan sebuah negara yang pemimpinnya dimonopoli oleh seorang yang bergelar muslim, memiliki begitu banyak pusat-pusat hiburan yang sudah tentu pelbagai maksiat berlaku di dalamnya.
Buka sahaja laman sesawang, pasti ada insan yang mempersoalkan kedudukan Islam di sebuah Negara Islam. Ini bukan perkara yang baru. Sedih. Sejujurnya sedih itu memang wujud di dalam hati. Masakan tidak. Negara dipimpin oleh insan bergelar MUSLIM. Islam diangkat sebagai agama rasmi. Namun sayang, masyarakat Islam di dalam negara sendiri seperti hilang pedoman.
Konsert di sana-sini menjadi santapan. Kelab-kelab hiburan dan majlis keramaian dijadikan hidangan. Anak-anak muda sibuk berpeleseran. Budaya dan ajaran Islam seolah dilupakan.
Ya, saya masih jahil dalam banyak ilmu agama. Ya, saya juga tidak tergolong dalam mereka yang sentiasa berusaha menyebarkan dakwah Islamiyah. Namun, semua ini bukan alasan untuk saya memandang remeh mengenai agama yang saya imani.
Saat ini Islamic Fashion Festival mendapat kritikan hebat dari ramai golongan muslim yang mempertikaikan kewajarannya. Kewujudan IFF memang bertujuan memperkenalkan busana yang sopan dan melambangkan Islam itu sendiri di mana mementingkan penjagaan aurat, sopan dan kemas. Namun persoalannya di sini apabila busana yang diperagakan oleh model-model ini masih terbuka dan menampakkan aurat yang sepatutnya ditutup rapat. DI MANA SEBENARNYA PAKAIAN MUSLIMAH DALAM IFF? Mengapa tidak ditapis dahulu mengikut ciri-ciri busana muslim yang sepatutnya sebelum dibenarkan membuat peragaan? -sekadar cadangan-
Bukan isu IFF sebenarnya yang ingi dikongsi dalam entry ini. Kadang-kadang ada juga terlintas di minda. Pemimpin sahaja boleh mengubah gaya hidup masyarakat hari ini dengan segera dan menyeluruh. Teringat zaman pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh. Seorang pemimpin yang saya kagumi selepas Rasulullah s.a.w dan para sahabat juga Saidina Umar Abd. Aziz. Bagaimana ketika zaman pemerintahan mereka, bumi ini begitu makmur. Umat Islam mengamalkan cara hidup yang sebenar-benarnya. Saling berkasihan antara satu sama lain. Umat yang begitu ramai ini hidup seperti sebuah keluarga besar yang sangat utuh ikatannya. Maksiat pula sangat minima bilangannya dan sentiasa dikawal daripada berlaku oleh setiap ahli masyarakat. Betapa indahnya hidup di zaman itu.
Semua bermula daripada tindakan awal seorang pemimpin. Bagaimana Saidina Abu Bakar menghapuskan golongan murtad dan nabi palsu. Bagaimana Saidina Umar Abd Aziz membuat penstrukturan semula dalam kerajaan yang diperintah beliau sehingga tiada lagi amalan rasuah dalam kalangan pemimpin dan setiap rakyat hidup aman damai serta cukup makan pakai. Bagaimana Sultan Muhammad Al- Fateh menjadikan seluruh rakyat di bawah pemerintahannya menjadi rakyat yang baik akhlaknya, terjaga ibadahnya. Semua berbalik pada cara dan gaya pemerintahan mereka. Seorang yang bergelar PEMIMPIN.
Saya sangat berharap agar suatu hari ini di bumi Malaysia ini akan lahir seorang insan yang mampu membawa sinar Islam dalam corak pemerintahan negara. Semoga insan ini dibekalkan Allah s.w.t ketabahan mengharungi dugaan yang pasti bukan calang-calang.
-rindu pada keamanan dan keharmonian zaman pemerintahan Rasulullah dan para sahabat-
Assalamu'alaikum.
ReplyDeleteNegara Islam bukan konsep "kosong", tetapi satu konsep kenegaraan yang sudah di praktekan Rasulullah di Yastrib dengan menyatukan penduduk yastrib melalui perjanjian "dustur Madinah" nama yastrib diubah menjadi "Madinah" yang maknanya tempat berlakunya Dien/aturan Allah. Dari Madinah kecil inilah kemudian Islam berkembang hingga ke seluruh penjuru dunia (khilafah fil alrd). Betol apa yang di sampaikan ukhti, Islam tidak akan "berfungsi" sebagaimana mestinya jika tidak di pegang oleh pimpinan yang "mampu" dan "amanah" kerana Pemimpin merupakan "unsur" penting dalan pelaksanaan aturan Allah.
mohon maaf jika kepanjangan.
wallahu a'lam.
wslm..syukran untuk info. ya saya juga setuju negara Islam bukan konsep yang kosong. dan saya harap moga satu saat nanti akan lahir sebuah negara Islam yang Islam dalam erti kata sebenar. insyaAllah
ReplyDelete