Lughah 'arabiyah

sudah masuk 2 minggu kuliah bermula. apa rasa dalam dada? dada tak rasa apa-apa tapi kepala sudah mula stress.haha come on Halilah, awal lagi nak stress2 ni. sem baru ni adalah final sem untuk tahun kedua saya di kampus hijau. oh sudah lama rupanya di sini. hihihihi 5 subjek sudah didaftar untuk mencukupkan 17 jam kredit. sikit ke?sudah cukup banyak untuk kelas yang banyak betul amali.

sem kali ni ada rasa sedikit bahagia. semua kerana saya kembali belajar lughah 'arabiyah. seronoknya rasa dalam jiwa. masuk kelas dengan penuh semangat dan konsentrasi. saya suka belajar bahasa arab. tak tahu kenapa, tapi sejak awal pendedahan saya kepada bahasa Quran ini di sekolah rendah dahulu memang saya sudah menunjukkan minat. masuk sekolah menengah, kelas ini yang saya pilih sebagai subjek bahasa asing. menyeronokkan!

peluang untuk membudayakan Bahasa Arab diberikan kepada saya semasa menuntut di tingkatan 2. mewakili sekolah untuk pertandingan bercerita sempena Hari Kebudayaan Bahasa Arab. perkara yang sama berulang ketika di tingkatan 4. puas rasanya bila fasih bercerita dengan intonasi yang sesuai walau hanya menghafal dan tahu sedikit-sedikit sahaja makna. saya sangat seronok belajar Bahasa Arab. lebih seronok jika saya fasih menutur dan memahami tiap butir bicara dalam bahasa ini.

apa kaitan dengan entry kali ini? tiada apa sebenarnya. hanya saya ingin berkongsi rasa teruja tatkala melangkah masuk ke kelas untuk belajar lughah 'arabiyah. anda bagaimana?ada rasa begitu?

saya cuma inginkan bahasa indah ini tidak dilupakan. mahu terus menghayati dan sebatikan dalam diri. walaupun bahasa penjajah diangkat sebagai bahasa dunia dan saya mempelajari bahasa ini selama lebih 10 tahun, hati saya masih pada lughah 'arabiyah yang tidak menjadi sebahagian dalam sistem pendidikan yang saya lalui. banyak manfaat kalau kita pelajari bahasa ini. 
lebih memahami makna bacaan dalam solat
lebih menghayati ayat-ayat cinta Ilahi di dalam Quran
lebih mudah dalam memahami hukum Islam yang kebanyakan ditulis oleh ulamak dari Timur Tengah 


tidak kisahlah apa pandangan seseorang individu. tapi saya sayangkan bahasa ini. semoga semangat ini terus berada di dalam diri. bukan untuk subjek ini semata-mata tapi untuk semuanya. bukan untuk peroleh gred 'A' sahaja tetapi untuk membudayakan dalam kehidupan. insyaAllah

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...