Ujian kehidupan

kerap kali manusia merasakan merekalah yang paling teruk diuji. merekalah hamba Ilahi yang tidak mampu meneruskan hidup tatkala ujian yang dihadapkan pada mereka segalanya begitu mencabar dan menggugat semangat mereka selama ini. saya juga seorang manusia. memang adakalanya pemikiran begitu hadir di benak. tatkala semua yang dirancang tidak menjadi. saat diri dihadapkan dengan 1001 mehnah dari Ilahi, diri kadangkala gagal berfikir dengan waras bahawa semua itu tanda cinta dan sayangnya Allah kepada diri yang hina ini. 

satu demi satu ujian yang diberikan kepada kita sebagai hambaNya bukan untuk menyeksa dan membebankan kita sebaliknya Dia Maha Mengetahui segala hikmah dalam apa yang telah direncana buat kita. tanda sayang Dia pada kita bukan semata-mata memberikan apa yang kita mahukan, apa yang kita minta dariNya. sebaliknya Dia mengurniakan kepada kita apa sebenarnya yang kita perlukan dalam hidup. kita mohon agar dikuatkan hati dalam menempuh setiap dugaan dalam dunia sementara ini. namun lihatlah apa yang Dia berikan kepada kita. ada sahaja yang ujian yang kita terima. cuba kita fikirkan mengapa? semua kerana Allah Yang Maha Bijaksana tahu kita akan lebih kuat dengan setiap ujian yang Dia berikan. 

hebatkan Allah? sebab itu kita perlu sentiasa bersyukur dalam setiap apa yang telah diberi kepada kita. bergembiralah tatkala ada ujian yang datang bertandang dalam kehidupan. semua ujian ini membawa kita ke arah yang lebih matang. ujian Allah dalam bentuk kesenangan dan kesusahan. bergembiralah tatkala kita diuji dengan ujian kesukaran ini. kalau kita diuji dengan kesenangan, entah di mana kita kini kerana manusia ini memang mudah terleka dan hanyut tatkala kesenangan dikecapi.

sebagai pelajar, kita ada amanah yang digalas di bahu. amanah daripada keluarga, pusat pengajian kita, masyarakat di sekeliling, negara dan yang terpenting AGAMA yang kita perjuangkan dalam segenap kehidupan. untuk melaksanakan semua itu sudah pasti ada sahaja cabarannya. kerana itu kita perlu lebih teguh berdiri. tekadkan hati. kuatkan semangat. ingatlah, Allah akan menolong mereka yang menolong agamaNya. mahu berjaya dalam kehidupan dunia akhirat? mahu berjaya dalam segenap aspek kehidupan? mahukan ilmu yang diberkati? ayuh bersama kita betulkan kembali niat kita di medan pemburuan ilmu. ikhlaskan semuanya kerana Allah. sandarkan segalanya kepadaNya. insyaAllah hasilnya lebih manis terasa. meresap jauh ke dalam hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...