Ikatan

ikatan? sila jangan mudah membuat kesimpulan dengan hanya melihat kepada entry kali ini. ini bukan ikatan seperti pertunangan, perkahwinan. sem kali ini menuntut saya belajar dengan lebih dalam mengenai ikatan (bond). 
bond..

dalam atom yang saling menjalinkan ikatan sesama atom hingga terbentuk molekul-molekul, beberapa ikatan dugunakan. oh saya adalah pelajar hasil dasar PPSMI. maaf saya gagal menggunakan istilah Bahasa Melayu dengan baik bagi istilah-istilah sains seperti ini.

baik. apa yang saya mahu ketengahkan pada konsep BOND ini adalah mengenai konsep bond itu sendiri dan apa kaitannya dengan kita sebagai manusia. dalam kimia, ikatan atau bond yang popular adalah ionic bond dan covalent bond. ionic melibatkan pemindahan dan penerimaan elektron manakala covalent melibatkan perkongsian elektron.

ionic bond

covalent bond

konsep bond dari apa yang saya belajar ialah untuk dua atom saling bercantum (combine) dengan cara berkongsi elektron yang mereka miliki atau dengan cara memindah dan menerima elektron antara satu sama lain. makna kata, atom-atom ini saling bertolak ansur dan membantu dalam usaha mereka untuk bercantum. 

kenapa atom-atom ini bercantum? atom ini akan saling bertindak balas antara satu sama lain dan membentuk ikatan yang membuat mereka stabil. mereka bukan suka-suka sahaja memberi dan menerima elektron sebaliknya memberi dan menerima secukupnya.

kaitannya pula? tiba-tiba saya terfikir. konsep bond ini sememangnya ada sesuatu. ikatan sesama manusia yang sebenarnya saling bersaudara. kalau kita hayati dan fahami konsep ikatan kimia ini dan aplikasikan dalam kehidupan. pasti situasi yang lebih baik akan wujud. saling berkongsi sesama kita. memberi dan menerima seadanya. 

masakan tidak lebih baik. hidup saling bertolak ansur dan saling membantu antara satu sama lain. konsepnya mudah. kita sama-sama mahu menjadi stabil. bukan pentingkan diri dengan sibuk mengejar kejayaan dunia akhirat untuk diri sendiri sebaliknya turut membantu saudara yang lain. seronoknya kalau hidup begitu.

di akhirnya, ikatan yang kuat dan stabil ini sudah pasti sukar untuk dileraikan. maka, sudah tentu segala anasir luar yang boleh merosakkan ikatan ini dapat dielakkan. jadi, sama-samalah kita cuba membina bonding antara satu sama lain. saling berkongsi, menerima dan memberi antara satu sama lain seadanya. 

p/s: betapa agungnya Allah dalam mencipta fenomena alam yang sangat banyak perkaitannya dengan kehidupan. subhanallah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...