Hebatnya Penangan 'Dia'

saya ada seorang teman. lelaki jantinanya. rapat?boleh dikatakan begitu sebab saya memang sangat kurang kawan lelaki dan teman yang seorang ini sama pengajian dengan saya. itu salah satu faktor yang menyebabkan saya boleh dikira rapat dengan dia. entry kali ini boleh dikira sebagai dedikasi untuk dia. 

selalu kita dengar mengenai cinta, kasih yang tidak berbalas. selalu juga kita dengar mengenai kisah perasaan yang dikhianati teman sendiri. ada pula kisah mengenai perkasihan sesama insan yang ibarat 'habis madu, sepah dibuang'. kebanyakan dari kisah yang sangat terkenal ini, perempuan yang menjadi mangsa. lelaki selalunya dikatakan mudah mengambil kesempatan atas kelembutan yang ada pada perempuan. 

berbeza dengan teman yang seorang ini, hal yang sebaliknya berlaku. bukan dia sahaja yang pernah berkongsi kisah seperti ini dengan saya. ada lagi teman lain pernah alami situasi yang sama. dan saya rasa bertuah kerana dipilih mereka untuk memberi pandangan dan berkongsi kisah. 

perempuan. anda sesungguhnya memang dilahirkan cukup istimewa. anda menjadi tarikan pada mata setiap lelaki di luar sana. perempuan memang sangat kuat kuasa tarikannya. hingga terkadang mereka yang tertarik seolah tidak dapat melihat walau satupun kecacatan yang anda miliki walaupun sangat jelas kelihatan. peribadi buruk yang telah disenaraihitamkan oleh lelaki tiba-tiba terkeluar dari senarai. wah! anda memang sangat berpengaruh.

namun pernahkah anda tersedar dan berfikir?
- apa kesan untuk setiap tindakan yang anda lakukan
- apa kesan bagi segala kata-kata yang anda ucapkan
- bagaimana dengan keadaan mereka yang telah anda berikan harapan yang tidak pernah pasti

berfikir semula mengenai persoalan-persoalan ini, saya memang ingin menangis. mungkin dalam setiap tindak-tanduk saya ada insan yang memendam rasa. ada insan yang semakin menaruh harapan tanpa saya sedar. ada insan yang hingga ke saat ini menyimpan rasa marah dan geram pada saya atas kata-kata dan perbuatan saya pada mereka. hidup yang panjang ini memang telah saya sia-siakan dengan pelbagai jenis kesalahan bukan hanya pada Rabbuljalil malah pada sesama manusia. Astaghfirullah... maafkan saya untuk segalanya buat mereka yang pernah saya sakiti dan lukai.

apa yang ingin saya katakan di sini, sebagai perempuan, jagalah batasan pergaulan anda. bukan semua jantina yang berlawanan itu memiliki pemikiran yang sama. ada yang menganggap tiap tindakan anda itu sebagai tanda anda membalas perasaan mereka dan ada yang sebaliknya. fikirlah perasaan insan lain bagi setiap tindakan yang anda ambil. semoga di akhirnya tiada sebarang perasaan yang tidak diingini tersimpan dan terus bercambah menjadi rasa benci dan sakit hati. *saya berkata berdasarkan pengalaman* 

buat teman yang seorang ini, percayalah. tulang rusuk anda yang sebenar sedang menanti untuk disunting dengan penuh hormat pada satu hari. tetapkanlah fokus pada pelajaran terlebih dahulu. jangan pernah anda risaukan status yang masih tidak berteman. Allah tahu apa yang terbaik buat anda. janji Dia, tidak pernah sekali dimungkiri. itulah janji yang paling pasti. saya akan terus doakan kebahagiaan anda. semoga terus kuat dalam mengharung lautan luas yang penuh dengan gelora yang kadangkala ganas melanda. 

teruskan langkah dengan penuh iltizam! ^^

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tu lah. feeling glad bila ada org nak share cite camni dgn aku. kite kan memang banyak cite kisah2 hidup. dari situ kot dpt byk pengajaran kehidupan. aku rindu semuanya pasal ko. sembang, makan, main. semualah. miss u a lot!huhu T__T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...