baiklah. ini kisah lama. yang saya cadang mahu masukkan sebagai salah satu entry sebulan yang lepas. inilah kesan kalau asyik menunda. tertangguh sehingga sebulan lamanya. sikap yang ini akan saya cuba kikis hingga tidak berbekas pun di dalam diri. baiklah, entry kali ini bukan mengenai usaha saya atau bakat saya sebagai seorang penulis sajak, pendeklamasi sajak atau apa sahaja mengenai sajak. saya cuma ingin berkongsi sebuah sajak yang dideklamasikan oleh seorang gadis ketika Majlis Makan Malam Rasmi Kolej 12, UPM.
Epilog Para Pejuang
Di sini manusia begitu asyik dengan diri sendiri
semua mencari bekal masing-masing
demi sebuah cita dan impian
maka dengan langkah yang penuh berani
mengharung segala gelombang lautan
yang adakalanya ganas menghempas benteng perjuangan
Hidup di sini sememangnya payah
terpaksa menempuh duri susah
seharian melawan rasa kantuk
berlarian di antara dewan kuliah
hingga terkadang...
langkah semakin longlai dan kian terhenti
namun, selagi impian itu belum pernah tergapai
selagi itu roh dan semangat akan terus diisi
sedarlah
perjalanan ini masih terlalu panjang
di sinilah bermulanya perjalanan
dalam mendepani sebuah realiti kehidupan
lantas kutiplah semangat di sepanjang titian
agar kelak mutiara akan terus memancarkan seri
bayaran buat segala onak duri yang dilalui sepanjang kita di sini
perjuangan ini tidak bertepi dalam menuntun belas
percayalah
kasih yang terpateri
tidak akan pernah mati.
haaa sajak ini sebenarnya hasil gabungan beberapa buah sajak yang dijumpai di laman sesawang tetapi diolah mengikut kesesuaian suasana. jujur, ada sebahagian bait-bait kata di dalam sajak ini berjaya mengusik hati kecil ini agar terus berada dalam medan perjuangan dengan penuh semangat. insyaAllah, saya akan kuat menghadapi ujian kehidupan. bersama-sama insan-insan sekeliling yang banyak meniupkan semangat, saya lebih kuat kini dan mampu tersenyum sentiasa. Syukran Ya Ilahi.
ha inilah pendeklamasi tu. hehehehe
No comments:
Post a Comment