tajuk entry lebih kurang macam sebelum ini sahaja kan? jadi, kisahnya juga mungkin lebih kurang sama. sedang sibuk kelas amali digital tadi tiba terima satu panggilan telefon dari Kolej 12. perlu hadir untuk perjumpaan bersama pengetua jam 9 malam nanti.
jujur hati mula mengagak sesuatu. biasalah mereka yang lahir bulan 10 memang memiliki kata hati yg kuat. (saya ikut kata kajian personaliti saja.hehehe) pasti ini perjumpaan untuk memberitahu saya berjaya dalam temuduga Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 12. sebenar-benarnya saya tidak menginginkan jawatan. saya memang lebih cenderung menjadi mereka yang bekerja di belakang tabir sebagai orang bawahan yang sedia berkhidmat saat diperlukan. bukan tidak percaya pada potensi diri tapi saya masih merasakan kegagalan diri dalam membahagi komitmen untuk banyak perkara. itu yang merisaukan sebenarnya.
mungkin saya masih kurang berkeyakinan walau sentiasa keyakinan itu saya pamerkan. syukur kerana ada insan yang membantu saya di saat saya perlukan kata-kata rangsangan buat diri yang berbelah bahagi. antara keinginan dan ketakutan untuk menyempurnakan tanggungjawab.
bila saya filir-filirkan kembali, mengapa saya perlu menolak dengan meletakkan pelbagai alasan sedangkan saya tahu saya bukan bekerja seorang. mengapa pula saya menafikan keinginan yang lama tersimpan dengan menggunakan alasan prioriti sedangkan selama ini pernahkah prioriti itu benar-benar menjadi prioriti? setiap perkara perlu dinilai dengan cukup dalam. dinilai dari pelbagai sudut pandangan. dinilai mengikut pertimbangan akal yang dipimpin hati yang tulus.
insyaAllah saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diberi. saya tahu potensi diri yang ada mungkin mereka yang lebih nampak berbanding diri saya sendiri. terima kasih buat mereka yang meletakkan kepercayaan pada diri ini. memang saya baru. maka berikan tunjuk ajar dan teguran agar kita sama-sama maju setapak dalam kehidupan.
tanggungjawab baru ini memerlukan saya ntuk lebih komited terhadap tugas, masa, pelajaran dan semua yang saya sertai. semoga dengan adanya teman di sekeliling termasuk teman-teman baru saya, saya akan terus berdiri teguh menjadi insan yang HEBAT di dunia dan insyaAllah akhirat kelak.
uit. cik MTM. =)
ReplyDeleteoh baiklah. bukan lagi rahsia. baru ingat nak rahsiakan.heheh
ReplyDeleteTahniah...dah jadi presiden dah.sbg ketua,nak bg org takut ngn kite..senang.tp..tp ketua yg hebat ialah apabila dia dihormati oleh org lain..
ReplyDeleteketua yang hebat? emm masih bukan saya
ReplyDelete