Kasihnya Ayah

bila ingatkan kembali kenangan bersama ayah, ada detik dan ketika saya senyum sendiri. saya ingat lagi hari pertama mahu ke sekolah tadika. waktu itu usia saya baru 5 tahun. pagi-pagi lagi sudah bersiap dengan semangat yang sangat berkobar-kobar. pagi itu hanya ayah dan mak su yang ada. mak mengajar di Shah Alam. usai sarapan bersama ayah, saya gagal mencari mak su untuk ke tadika bersama. mak su bekerja sambilan di tadika tersebut sebelum mendapatkan kerja tetap. bila bertanyakan ayah, ayah katakan mak su sudah pergi. saya mula menangis. takut ke sekolah berseorangan. merayu-rayu minta ayah hantarkan. ayah buat tak endah di sofa. semakin kuat tangisan saya. habis hilang semangat yang ada sebelumnya. akhirnya ayah bangun bawa saya ke luar rumah. lagak seperti mahu hantar terus ke tadika. rupanya bawa kepada mak su yang menanti di buaian. terus saya malu sendiri. baru saya tahu ayah hanya mahu mengajar saya cuba berdikari.

masuk sekolah, saya belajar sungguh-sungguh. ayah selalu kata "belajar rajin-rajin biar sampai pandai. kalau periksa, bagi dapat nombor satu. biar jadi YANG TERBAIK!" bila saya malas, ayah umpan saya dengan macam-macam perkara. "kalau dapat nombor satu, ayah belikan basikal", "nanti kalau dapat semua A, ayah belanja makan KFC". untuk kanak-kanak seawal usia 5 tahun, semua itu adalah ganjaran yang tidak ternilai. segalanya berterusan sehinggalah saya tamat sekolah rendah. saya dimotivasi dengan cabaran dari ayah.
"asyik wakil sekolah pidato, story telling, main bola jaring, mesti UPSR nanti TAK DAPAT 5A". saya yakin saya boleh lakukan kerana saya mahu jadi YANG TERBAIK seperti yang selalu ayah sebut. dan terbukti akhirnya. TERIMA KASIH AYAH!

sekolah menengah saya jauh nun di selatan sana. dalam setahun hanya 2 kali ayah datang. sewaktu awal tahun dan sekali lagi pada hujung tahun untuk mengambil dan menghantar barang. pernah sewaktu di tingkatan 4, ada Majlis Anugerah Tun Fatimah bermula seawal jam 8 pagi. ayah tahu saya akan menerima anugerah pada hari itu. terharu hati tatkala lihat ayah tiba. ayah kata selepas subuh, ayah memandu terus ke JB. semua demi meraikan kejayaan anaknya. takut saya sedih kerana tiada keluarga saat semua teman gembira bersama keluarga mereka. selesai majlis ayah kata mahu pulang terus. tak mahu lewat sampai rumah. dalam masa sehari ayah ulang-alik dari Klang ke JB. saya tahu ayah letih. TERIMA KASIH AYAH!

sewaktu saya mula ingin serius dalam hubungan, ayah selalu pesan supaya jaga diri. walu ayah percaya pada dia, ayah kata ayah tak kan bagi muka. sebab ayah ada hanya seorang anak perempuan. ayah mahukan lelaki yang betul-betul boleh jaga anak ayah. kalau ada kawan lelaki yang datang berziarah sewaktu lebaran mahupun dia mahu ajak berjumpa, ayah akan cepat-cepat buat muka bengis. ayah kata biar mereka takut. jadi mereka risau mahu apa-apakan nak ayah. saya tahu ayah mahu lindungi saya walau saat ayah tidak ada bersama saya. sweet nya ayah saya. TERIMA KASIH AYAH!

walau ayah marah, saya tahu kerana ayah sayang saya
walau ayah tegas dan garang, saya tahu itu demi memastikan saya terkawal dan tidak liar
walau ayah menyekt pergerakan keluar bersama rakan-rakan saya, saya tahu itu kerana ayah risaukan keselamatan saya.

saya tahu semua yang ayah lakukan ada sebab dan alasannya. biar apapun orang kata. ayah tetap yang terbaik. ayah yang kelakar, ayah yang tegas, ayah yang punya kasih sayang menggunung tinggi. SAYA SAYANG AYAH!

semoga ayah sentiasa di bawah rahmatNya. setiap nafas ayah, setiap denyutan nadi ayah, setiap langkah ayah keluar mencari nafkah, setiap tindak-tanduk ayah, setiap apa yang ayah lakukan, 
semoga semuanya diberkati Ilahi. 
THE BEST PERSON IN MY LIFE
*banyak lagi mahu kongsi.huhu

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...