KERJA

sibuk sejak beberapa minggu kebelakangan menjadi asbab kurang mencatat di maya. cuti selama beberapa bulan ni membuat hati tekad mahu mencari pengalaman kerja sebagai promoter. mak kata kerja promoter penat. berdiri sentiasa. layan kerenah pelanggan yang pelbagai ragam. kawan pula kata, kerja promoter seronok. bertambah communication skills. jadi hati mula tertanya-tanya. apa sebenarnya perasaan bekerja part-time sebagai promoter ni?

minggu pertama bekerja saya perlu ambil shif penuh. bermula 9.30 pagi berakhir 10.30 malam. penat? hanya Allah yang tahu. hari pertama, tidak rasa sebarang sakit-sakit. hari kedua, kaki seperti berpijak di atas jalan tar tanpa sebarang alas kaki. hari ketiga, sakit-sakit belakang. ya Tuhan, apakah ini? hampir putus asa sebenarnya. namun saya yakin, alah bisa, tegal biasa. =)

akhirnya kerja berjalan lancar tanpa sebarang masalah. ada satu perkara yang 'menyeronokkan'. tempat kerja saya kali ini memang punya masalah pekerja sedikit. hingga pada saat saya masuk bekerja, saya dan teman merupakan satu-satunya staf di dalam outlet. oh, apakah? faham maknanya? tiada supervisor, tiada assistant supervisor, tiada manager, tiada staf yang lebih berpengalaman. maka, kami berdua terpaksa membanting tulang. kami yang melayan pelanggan, kami yang mencari stok di stor, kami yang mengemas stok yang baru tiba, kami yang mengemas dan membersih outlet, kami yang bertugas di kaunter, kami lah yang melakukan semuanya. ya, SEMUANYA. termasuk kerja supervisor. cek stok dan laporan stok. oh..letih dan pening.

itu yang negatif. yang positifnya sangat-sangat banyak. pertama, saya memang dapat tingkatkan kemahiran komunikasi tak banyak pun, sedikit. realiti, saya memang sangat sukar memulakan perbualan termasuk menegur sesiapa. melainkan saya sudah kenal. di sini saya mula belajar menyapa, menegur, mengajak insan yang tidak pernah saya kenal untuk berbual tanpa rasa janggal. kedua, saya peroleh kemahiran bekerja dengan pantas. yelah. terpaksa siapkan kerja yang sepatutnya dilakukan supervisor.

alhamdulillah gaji pertama saya, memang terlebih dari yang sepatutnya kalau dikira mengikut waktu bekerja saya. mungkin bonus hasil kerja lipat ganda yang dilakukan?hehe alhamdulillah rezeki Ilahi. bulan Ramadhan ni saya tak pasti bagaimana situasinya. semoga tenaga dilipatgandakan Ilahi. dapatlah jalankan kerja dengan dedikasi. hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...