hari ini, masuk hari ketiga saya di IIUM untuk Interschool Debate Championship Piala Tun Sri Lanang. untuk kategori Bahas Bahasa Melayu. (saya kurang mahir English apalagi Arabic). bukan sebagai hakim. mungkin boleh tapi rasa diri belum cukup layak lagi mengadili adik-adik dalam debat.
pandangan peribadi. hanya sekadar pandangan ya. debat ini pada satu sisi memang membuatkan kita lebih terbuka minda dari aspek pengetahuan am malah lebih dari itu. saya suka melihat bagaimana insan-insan yang mampu berhujah panjang seawal usia 13 tahun hingga 17 tahun ini berfikir panjang kadang-kadang hingga tidak tercapai akal. (itu hanya kes terpencil) yang lain, majoriti masih lagi jelas pemikiran pelajar sekolah. maksud saya kurang matang dalam menilai dan membawa hujah. apapun, tahniah buat semua yang berjaya ke pusingan menang mara.
isu yang saya nak bicarakan di sini adalah hasil bualan saya bersama seorang kenalan baru. ada bagusnya dalam berdebat ini sebagai contoh, kita boleh melihat bagaimana isu mahupun topik di bawa dalam sesebuah sidang.pendebat juga dapat dilatih untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menegakkan kes yang mereka bawakan. namun persoalannya dalam usul yang berkaitan dengan pegangan dan hukum tuhan. tiba-tiba saya teringat. memang benar dalam perdebatan tidak boleh membawa isu kepercayaan termasuklah membawa dalil dan hadith Nabi s.a.w sebagai bukti untuk menyokong hujah. tiba-tiba saya berfikir. adakah wajar untuk kita menyokong perkara yang memang jelas diharamkan syariat?sebagai contoh, kita terpaksa bersetuju untuk usul yang menyokong hubungan sejenis atau mungkin menyokong usul menentang pemakaian hijab.
setakat ini alhamdulillah saya belum lagi terjumpa dengan isu sebegini. namun untuk sesetengah pendebat, mereka mungkin pernah berdepan dengan situasi sebegini. saya bukan apa, bila dilihat dengan lebih teliti, perkara sebegini sebenarnya mencipta ideologi liberal dan sekular dalam diri mereka sebagai pendebat. mereka akan mula mengambil mudah dalam hukum Islam. contohnya, mereka akan katakan, "tak apa, hanya dalam debat sahaja. lepas ni ok je". alhamdulillah kalau begitu di akhirnya namun jika kerapkali dihadapkan dengan isu sebegini, potensi untuk mereka sendiri berfikiran liberal dan sekular adalah sangat tinggi.
lebih parah seandainya apa yang mereka katakan itu berjaya mempengaruhi audiens. andai audiens yang mendengar mampu berfikir secara waras dan matang itu tidak menjadi masalah. bagaimana pula dengan audiens yang tidak mampu berfikiran begitu. maksud saya buat golongan anak-anak muda misalnya. mungkin juga golongan yang kurang pegangan agamanya. (bukan mahu kata pegangan saya begitu kuat). nauzubillah.
entahlah. ini sekadar pandangan peribadi dari saya. kadang-kadang perkara begini memang membawa kepada satu situasi kurang senang di minda. semoga isu begini tidak berlaku. semoga debat, bahas, membawa begitu banyak manfaat dan bukan mudarat. insyaAllah. =)
Salam, Kak Lilah.
ReplyDeleteMahu tahu apa pula yang saya fikirkan?
Saya rasa sebuah perbincangan lebih baik dari perdebatan. Ya, mungkin kita boleh kata bahawa kita cuma berdebat di dalam dewan. Tapi sedar tak sedar, setiap pengalaman dan hari-hari yang dilalui akan membina diri kita hari ini. Saya akui, dahulu saya suka berdebat. Saya suka bila apa yang saya fikirkan mendapat perhatian. Saya suka menang. Tapi hakikatnya, kita masih perlu akal manusia lain untuk membina suatu keadaan yang lebih baik. Dalam perdebatan, kita perlu ada suatu pendirian.. Dan kita akan KALAH kalau tidak tetap dengannya. Jad, mana letaknya hikmah? Sedangkan setiap yang diperkatakan insan lain adalah berharga. Walaupun letaknya mereka di bawah kita. Itu yang Allah dan Rasul ajar kita. Jangan pernah nafikannya.
Ingat kak lilah, tak ada orang kafir yang masuk Islam kerana kalah debat.
tak ada orang umno masuk pas sebab kalah berbahas.
itu bukan jalannya.
dan ingat juga, kita hidup bukan kerana manusia. Kita hidup kerana Pencipta. Semoga apa yang pernah kita buat didunia ini mendapat ganjarannya di akhirat kelak. Dan harapnya tya temui sebuah jawapan untuk menjawap tentang masa yang digunakan dahulu untuk berdebat di akhirat nanti. Allah. Semoga kita diberikan hidayahNya.
Maaf kak lilah, kalau ada hati yang terterbit marah padanya. Ini cuma suatu isi hati yang lama tersimpan. Yang perlu juga untuk diluahkan.
wslm tya. ya, jauh di sudut hati memang ada perasaan kurang senang dalam debat kini. (bukan sebab tya 'hasut')hehe tapi mungkin perasan dengan perubahan diri macam yang tya kata 'setiap pengalaman dan hari-hari yang dilalui akan membina diri kita hari ini'. sekarang masih di persimpangan. akak suka dengar orang berdebat tapi hati seperti sudah tawar untuk sertai debat. =(
ReplyDeleteTak ada niat pun untuk menghasut. Itu cuma sebuah nasihat buat seorang teman.
ReplyDeleteIstikharah kak. Doa. Jangan lupa pada Dia yang empunya diri dan nyawa kita ni. :)
Moga kita diberikan hidayahNya. :')
hehe faham. memang bukan perkataan yg tepat pon hasut tu. sebab tu hadir inverted comma tu.eheh insyaAllah.=) setakat ini banyak jugak pertimbangan yang dilakukan. mungkin belum peroleh lagi kata hati yang betul-betul bulat dalam keputusan. asyik berada di tengah selalu
ReplyDelete