Law Kaana Bainana


Assalamualaikum.
Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah Yang Esa. Ameen.

Di hujung bulan kelahiran Rasulullah ini hati menjadi lebih sayu tatkala teringatkan kembali perjalanan Baginda menyebarkan dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok dunia. Terkenang pula betapa kasih dan cintanya Baginda pada umatnya yang tidak pernah Baginda temui. Allah...sebak hati. Selawat dan salam buat Baginda, manusia paling sempurna yang dicintai Allah.

Bila bersendiri dan memikirkan keadaan diri kini, terasa malu dengan Baginda. Mengaku cintakan Nabi, kasihkan Nabi tapi sering saja larangan Baginda yang dilakukan. Rindukan Nabi tetapi lagu-lagu yang melalaikan itulah yang sentiasa meniti di bibir berbanding selawat dan salam buat Baginda.


Andai Muhammad s.a.w ada di samping kita pada saat ini, teringin sekali bersemuka dengan Baginda dan minta didoakan kesejahteraan diri di dunia akhirat. 
TETAPI
adakah mampu untuk aku lakukan? dengan keadaan diri yang penuh disaluti dosa.
dengan keadaan diri yang terlalu banyak mengabaikan sunnah-sunnah Baginda.
dan mungkin juga diri ini begitu banyak mendatangkan pandangan negatif pada Islam.
adakah Rasulullah mahu memandang aku jika aku berdiri di hadapan Baginda?
atau Baginda terus memalingkan wajah?

...Allah...
*sebak*

Di tahap mana kecintaan kita pada Baginda?
Apa reaksi kita bila tiba-tiba Baginda muncul di hadapan kita, lagi-lagi kita sedang melakukan kemungkaran?

ADAKAH KITA MAHU MENJADI UMAT YANG BAGINDA BANGGA KE ATASNYA ATAU BAGINDA MALU KE ATASNYA?

Jom kita sama-sama pilih dan lakukan sebaiknya. Rasulullah sebelum wafat ada mengatakan betapa mulianya umat akhir zaman. Baginda bangga dengan umat yang mengamalkan sunnah dan ajaran Baginda walau tidak pernah sekalipun menatap dan berjumpa Baginda. 

Khas Untuk Kita, Umat Muhammad s.a.w

Semoga di akhirat nanti kita dapat berjumpa dan tinggal bersama Baginda di jannah. ameen...

Contest I Love Hijab by Nliyate

Assalamualaikum
Semoga kita semua berada dalam dakapan kasih sayang Dia. Ameen.

Entry kali ini untuk menyahut seruan sepupuku sayang yang mengesyorkan saya untuk menyertai contest dari Nlliyate ni. Ini adalah banner untuk contest yang dimaksudkan.


Kenapa korang bertudung?

Sejujurnya permulaan mengenakan tudung hanya sekadar memenuhi peraturan sekolah rendah agama. menjangkau usia 13 tahun barulah lebih istiqamah mengenakan tudung sewaktu keluar rumah TETAPI hanya untuk keluar berjalan tidak ketika sidai baju di ampaian, buang sampah di tong sampah depan rumah dan di kawasan sekeliling rumah. Astaghfirullah! terasa jahil sangat diri dalam  TUJUAN BERHIJAB yang sebenar. Alhamdulillah hidayah Allah s.w.t itu sampai juga ke hati. Minat pada buku ilmiah akhirnya membuka mata saya pada tujuan sebenar saya bertudung. Bertudung kerana ALLAH S.W.T SEMATA-MATA. Bukan kerana fesyen, bukan kerana segan tatkala bersama teman-teman yang bertudung malah bukan kerana berada pada suasana yang memerlukan saya untuk cover my aurat. Bermula dengan bertudung ala kadar (sekadar tutup kepala), saya mula melabuhkan tudung mengikut tetapan syariat insyaAllah. Dengan bertudung sesungguhnya membuat saya rasa lebih selamat dan lebih terjaga dari perkara-perkara yang membawa kepada kemudharatan. Contoh termudah, saya terasa diri ini tidak menjadi tarikan untuk tatapan mereka yang bukan ajnabi, juga memelihara diri saya dari melebihi batas pergaulan. Jadi, jawapan pada soalan ini adalah, saya bertudung kerana Allah perintahkan saya untuk menutup aurat saya dan saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya SEBAB Dia sangat sayang setiap hambaNya. Kalau sayang Allah, kenalah ikut kata Dia kan? hee


Bertudung buat aktiviti korang terbatas tak?

Mungkin ada yang kata terbatas. Bagi saya, pemakaian tudung dan busana yang membantu kita sempurna menutup aurat sangat tidak membataskan aktiviti seharian. Dengan mengenakan tudung labuh menutup dada dan baju menutup bawah punggung pun, saya masih mengikut aktiviti lasak seperti eksplorasi gua. Dalam aktiviti ini, saya perlu merangkak, meniarap dan banyak lagi gaya perlu dilakukan untuk membolehkan diri melepasi lubang masuk dan keluar gua yang kecil. Aktiviti berakit pun saya sertai tanpa masalah. Sebaliknya, dengan berpakaian beginilah saya dapat berfikir dengan lebih kreatif on how to do this, how to do that dengan cara yang tidak melanggar syariat (tidak bersentuhan sesama yang bukan muhrim, berurusan dengan mengikut batas). Mungkin keterbatasan itu wujud pada aktiviti yang memerlukan saya mengenepikan tuntutan syarak. Sungguh dulu, saya gemar sangat-sangat menari. Pantang ada kelas atau kelab tarian, mesti mahu ikut serta tetapi alhamdulillah minat itu berjaya diketepikan tatkala Islam menjadi keutamaan saya. 

Well, Islam itu indah dan tidak memberatkan penganutnya jadi takkan Islam melarang sesuatu perkara jika perkara itu membawa kebaikan kan?

saya mahu tag

maaf, gambar saya tak letak ye. privacy. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...