Law Kaana Bainana


Assalamualaikum.
Semoga kita semua berada di dalam perlindungan Allah Yang Esa. Ameen.

Di hujung bulan kelahiran Rasulullah ini hati menjadi lebih sayu tatkala teringatkan kembali perjalanan Baginda menyebarkan dakwah Islamiyah ke seluruh pelosok dunia. Terkenang pula betapa kasih dan cintanya Baginda pada umatnya yang tidak pernah Baginda temui. Allah...sebak hati. Selawat dan salam buat Baginda, manusia paling sempurna yang dicintai Allah.

Bila bersendiri dan memikirkan keadaan diri kini, terasa malu dengan Baginda. Mengaku cintakan Nabi, kasihkan Nabi tapi sering saja larangan Baginda yang dilakukan. Rindukan Nabi tetapi lagu-lagu yang melalaikan itulah yang sentiasa meniti di bibir berbanding selawat dan salam buat Baginda.


Andai Muhammad s.a.w ada di samping kita pada saat ini, teringin sekali bersemuka dengan Baginda dan minta didoakan kesejahteraan diri di dunia akhirat. 
TETAPI
adakah mampu untuk aku lakukan? dengan keadaan diri yang penuh disaluti dosa.
dengan keadaan diri yang terlalu banyak mengabaikan sunnah-sunnah Baginda.
dan mungkin juga diri ini begitu banyak mendatangkan pandangan negatif pada Islam.
adakah Rasulullah mahu memandang aku jika aku berdiri di hadapan Baginda?
atau Baginda terus memalingkan wajah?

...Allah...
*sebak*

Di tahap mana kecintaan kita pada Baginda?
Apa reaksi kita bila tiba-tiba Baginda muncul di hadapan kita, lagi-lagi kita sedang melakukan kemungkaran?

ADAKAH KITA MAHU MENJADI UMAT YANG BAGINDA BANGGA KE ATASNYA ATAU BAGINDA MALU KE ATASNYA?

Jom kita sama-sama pilih dan lakukan sebaiknya. Rasulullah sebelum wafat ada mengatakan betapa mulianya umat akhir zaman. Baginda bangga dengan umat yang mengamalkan sunnah dan ajaran Baginda walau tidak pernah sekalipun menatap dan berjumpa Baginda. 

Khas Untuk Kita, Umat Muhammad s.a.w

Semoga di akhirat nanti kita dapat berjumpa dan tinggal bersama Baginda di jannah. ameen...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...