Assalamualaikum
Semoga kita semua berada dalam dakapan kasih sayang Dia. Ameen.
Entry kali ini untuk menyahut seruan sepupuku sayang yang mengesyorkan saya untuk menyertai contest dari Nlliyate ni. Ini adalah banner untuk contest yang dimaksudkan.
Kenapa korang bertudung?
Sejujurnya permulaan mengenakan tudung hanya sekadar memenuhi peraturan sekolah rendah agama. menjangkau usia 13 tahun barulah lebih istiqamah mengenakan tudung sewaktu keluar rumah TETAPI hanya untuk keluar berjalan tidak ketika sidai baju di ampaian, buang sampah di tong sampah depan rumah dan di kawasan sekeliling rumah. Astaghfirullah! terasa jahil sangat diri dalam TUJUAN BERHIJAB yang sebenar. Alhamdulillah hidayah Allah s.w.t itu sampai juga ke hati. Minat pada buku ilmiah akhirnya membuka mata saya pada tujuan sebenar saya bertudung. Bertudung kerana ALLAH S.W.T SEMATA-MATA. Bukan kerana fesyen, bukan kerana segan tatkala bersama teman-teman yang bertudung malah bukan kerana berada pada suasana yang memerlukan saya untuk cover my aurat. Bermula dengan bertudung ala kadar (sekadar tutup kepala), saya mula melabuhkan tudung mengikut tetapan syariat insyaAllah. Dengan bertudung sesungguhnya membuat saya rasa lebih selamat dan lebih terjaga dari perkara-perkara yang membawa kepada kemudharatan. Contoh termudah, saya terasa diri ini tidak menjadi tarikan untuk tatapan mereka yang bukan ajnabi, juga memelihara diri saya dari melebihi batas pergaulan. Jadi, jawapan pada soalan ini adalah, saya bertudung kerana Allah perintahkan saya untuk menutup aurat saya dan saya yakin Allah tahu apa yang terbaik untuk saya SEBAB Dia sangat sayang setiap hambaNya. Kalau sayang Allah, kenalah ikut kata Dia kan? hee
Bertudung buat aktiviti korang terbatas tak?
Mungkin ada yang kata terbatas. Bagi saya, pemakaian tudung dan busana yang membantu kita sempurna menutup aurat sangat tidak membataskan aktiviti seharian. Dengan mengenakan tudung labuh menutup dada dan baju menutup bawah punggung pun, saya masih mengikut aktiviti lasak seperti eksplorasi gua. Dalam aktiviti ini, saya perlu merangkak, meniarap dan banyak lagi gaya perlu dilakukan untuk membolehkan diri melepasi lubang masuk dan keluar gua yang kecil. Aktiviti berakit pun saya sertai tanpa masalah. Sebaliknya, dengan berpakaian beginilah saya dapat berfikir dengan lebih kreatif on how to do this, how to do that dengan cara yang tidak melanggar syariat (tidak bersentuhan sesama yang bukan muhrim, berurusan dengan mengikut batas). Mungkin keterbatasan itu wujud pada aktiviti yang memerlukan saya mengenepikan tuntutan syarak. Sungguh dulu, saya gemar sangat-sangat menari. Pantang ada kelas atau kelab tarian, mesti mahu ikut serta tetapi alhamdulillah minat itu berjaya diketepikan tatkala Islam menjadi keutamaan saya.
Well, Islam itu indah dan tidak memberatkan penganutnya jadi takkan Islam melarang sesuatu perkara jika perkara itu membawa kebaikan kan?
saya mahu tag
maaf, gambar saya tak letak ye. privacy. hehe
salam , syukran lianna join my contest <--(bhsa rojak) huhu ! erm , tahniah da bertudung laboh . nmmpknya awk da setapak maju drpd sya . huhu !! sedey jew rsa. thanks again sbb join contest sya , ajk kwn2 laen join sma yer . salam . ;)
ReplyDeleteeheh liyana rasyiqah tu bukan nama saya sebenar..nama sebenar saya,nama fb saya..hee alhamdulillah perubahan ke arah yg lebih baik..semoga kekal istiqamah..mohon doanya juga ye sayang. =) btw, bertudung dgn fesyen bagaimanapun asalkan follow the guidelines given by our Rabb.that must be nice!hee
ReplyDeletesalam , awk terpilih sbgai pemenang tmpt ketiga . sila ke blog sya utk maklumat yg lebey lnjut .
ReplyDelete