Tautan Kasih Serumpun Desa

28 Mac 2010.. alhamdulillah setelah segala persiapan dan perancangan habis dirangka, program hari ini berjalan dengan lancar walaupun ada masalah sepanjang program berjalan. bagi saya itu memang perkara biasa dalam sesuatu program tapi itu tidak boleh dijadikan alasan jika program itu gagal kerana kita sendiri yang perlu memainkan peranan untuk 'menghidupkan' program tersebut.

tiba-tiba saya rasa yang saya dah mula nak merepek tak tentu pasal pulak malam ni..maaf ye ^^

bukan mudah mahu mengawal dan mendidik adik-adik supaya mereka fokus dan sentiasa memberi respon positif dalam interaksi dua hala. terus teringat kepada emak saya. juga pada guru kesayangan di sekolah. terima kasih kepada kalian semua kerana bijak menarik perhatian saya ketika seusia adik-adik ini untuk belajar! kanak-kanak memang gemar bermain dan sukar berada dalam keadaan yang statik buat satu tempoh yang 'lama' (10 minit sudah cukup lama bagi mereka)

program hari ini menemukan saya dengan adik-adik dari Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR-AMAL) di mana ada antara mereka merupakan anak yatim. tenang wajah mereka ketika saya sambut kedatangan mereka di perkarangan masjid. ada rasa sayu singgah di hati melihat dalam usia yang masih muda, mereka sudah kehilangan insan yang amat disayangi. terima kasih ya ALLAH kerana masih memberi peluang kepadaku untuk terus berbakti kepada ibubapa tercinta ! sungguh saya tidak dapat membayangkan jika kedua insan ini tiada di sisi. merekalah pemberi semangat kepada saya walau tanpa mereka sedar. kerana kasih sayang mereka, kerana perhatian mereka, kerana tanggungjawabnya mereka, saya masih teguh di sini.

walau mereka tiada ibu dan ayah, mereka sangat bertuah kerana ALLAH tidak membiarkan mereka seorang diri. begitu ramai insan di dunia ini sangat menyayangi mereka. hilang kasih sayang dua atau seorag insan dalam hidup mereka, ALLAH gantikan dengan berkali ganda kasih sayang insan lain di bumi ini. sungguh ALLAH Maha Pengasih yang melahirkan rasa kasihNya pada setiap hambaNya.

baiklah saya mahu berkongsi mengenai perjalanan program ini. KELEWATAN. itu perkara yang acapkali berlaku bukan? kami juga mengalaminya. seawal jam 7.15 pagi kami diarah berkumpul, hanya pada pukul 8.00 pagi baru kami bertolak kerana...? saya kira anda boleh fikir sendiri mengapa. program gotong-royong dijalankan sejurus tamat majlis perasmian. saya dan sahabat-sahabat di bawah jawatankuasa motivasi bertanggungjawab untuk mengemaskan rumah ALLAH - Masjid Jamiurrahmah. alhamdulillah. kerana sejak hari sabtu saya mohon kepada mereka agar ada satu kumpulan mengemas masjid.

di masjid - KAGUM !
sungguh saya kagum bila melihat keadaan masjid yang teratur, kemas, bersih. cuma mungkin fizikalnya dari luar nampak seperti suram hinggakan saya sendiri tidak perasan kewujudan masjid di situ jika kubahnya tidak kelihatan. seronok mengemas dengan kehadiran dua insan cilik membantu. Elina dan Erianna namanya jika saya tidak silap. khusyuk mereka mebantu bersama kami dan mulut tidak henti berceloteh ! hiburan buat hati mungkin. ALLAH ingin memberi peringatan kepada saya mungkin.
"dik, ada tak orang datang ambil kain kapan?"
"tak ada pulak pakcik. dari tadi kami di sini, memang tak ada orang datang pon"

saya memang tersentak sekejap. ada orang meninggal hari ini? innalillahi wainnailaihi raaji'un. kami segera mengemas supaya kami tidak mengganggu proses pengurusan jenazah nanti. hati mula berbisik

terima kasih ya ALLAH kerana mengingatkan aku pada saat yang pasti aku akan lalui. Al-Fatihah kepada jenazah (saya tak pasti lelaki atau wanita)

selesai di masjid, bersambung pula di balai raya membantu apa yang tinggal. agak terkilan bila melihat seolah-olah masyarakat di sini tidak menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya. tapi tak boleh juga menyalahkan mereka. kekangan pada hari ini yang memungkinkan semua berlaku.

2.00 petang aktiviti bermula setelah selesai makan tengah hari serta solat zuhur di masjid. bermula dengan menyentuh hati adik-adik tersayang mengenai ibu dan ayah. sungguh saya juga terkesan. persoalan yang dilemparkan :

- pernahkah anda semua menyakitkan hati ibu dan ayah?
-adakah sayang itu dengan cara menyakitkan hati mereka?
-melawan kata mereka itukah dipanggil anak yang soleh?
-apa yang kita lakukan untuk ibu dan ayah supaya mereka ditempatkan di syurga kelak?

saya sangat berharap semua aktiviti yang dijalankan dapat memberi faedah kepada adik-adik. belajar sambil bermain atau yang lebih tepat bagi saya, bermain sambil belajar ! ^^

sedikit terkilan bila ada beberapa insan yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti ini dengan alasan "program ini tidak akan menjadi dan tak akan mendapat sambutan". sungguh saya terkilan walau bukan saya dengar dengan telinga sendiri. namun cukup memberi kesan kepada dua rakan sepasukan. kerana ketika itu, kami masih melakukan kerja-kerja persiapan dan masalah muncul di saat-saat akhir. ALLAH kuatkan hati kami walau semangat kami sudah agak luntur kerana kata-kata itu ! saya yakin, niat yang baik di samping usaha dan keyakinan itu yang bakal menentukan kejayaan. dan sudah terbukti ! Hafsah, Izzaty, Shameerul, A. Amir,terim kasih atas usaha dan kerjasama kalian untuk program ini berjalan lancar.

apa yang saya dapat simpulkan di sini, hargailah ibu dan ayah dalam hidup kita tidak kira mereka masih hidup atau sudah tiada, tidak kira betapa 'keras'nya mereka mendidik kita, tidak kira betapa tidak bertanggunggjawabnya mereka. kerana tanpa mereka kita tidak mampu lahir di bumi ALLAH ini sebagai khalifahNya. kedua, kasihilah anak yatim kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat menyayangi anak yatim dan diujanjikan pahala walau sekadar mengusap ubun-ubun mereka. ketiga, rajinkan diri mengimarahkan dan membersihkan rumah ALLAH kerana membversihkan rumah ALLAH itu ibarat membuang habuk di mata Rasulullah s.a.w. keempat, jangan lupa pada kematian. beribadat ibarat kita akan mati pada keesokan hari, bekerja ibarat kita akan hidup 1000 tahun lagi

wallahu'alam..

H U J A N


saya baru balik dari jumpa sepupu yang menuntut di Universiti Malaya. dan sekarang ni tengah hujan. saya nak berkongsi dengan anda artikel mengenai kejadian hujan di dalam Al-Quran.

KADAR HUJAN

Satu dari butir maklumat yang diberikan dalam Al-Qur'an mengenai hujan ialah penurunan hujan dalam kadar tertentu. Hal ini disebutkan dalam surah az-Zukhruf sebagai berikut :

Dan yang menurunkan air dari langit dengan kadar (tertentu) lalu Kami hidupkan dengan air itu negeri yang mati. (Surah Zukhruf:11)

Kuantiti yang diukur dalam hujan telah ditemui oleh kajian moden. Satu anggaran yang telah dibuat iaitu setiap satu saat, dianggarkan 16 juta tan air mengewap dari permukaan bumi. Jumlah air yang mengewap dalam setahun lebih kurang 513 juta tan. Angka ini bersamaan dengan jumlah hujan yang turun ke bumi dalam setahun. Ini bererti air secara berterusan dikitarkan dalam satu kitaran yang seimbang, dalam satu 'kadar'. Hidupan dalam bumi bergantung kepada kitaran air ini. Sekalipun dengan menggunakan teknologi yang paling maju dalam dunia, mereka tidak akan mampu untuk menghasilkan kitaran ini secara tiruan.

Hanya dengan sedikit kekurangan dalam keseimbangan ini mampu untuk menimbulkan kecelaruan ekologikal yang besar yang akan memusnahkan hidupan dalam dunia. Bagaimanapun fenomena kitaran ini masih stabil dan hujan tetap turun dalam kadar kuantiti yang tepat seperti yang dinyatakan oleh Al-Qur'an.

FORMASI HUJAN

Bagaimana pembentukan hujan kekal sebagai misteri besar untuk beberapa lama. Hanya setelah penciptaan radar cuaca barulah peringkat-peringkat pembentukan hujan dapat di ketahui.

Berdasarkan hal ini, pembentukan hujan terjadi dalam 3 peringkat. Pertama, bahan asas dalam hujan naik ke udara melalui tiupan angin. Kemudian, awan pun terbentuk dan akhirnya titisan hujan pun timbul.

Penilaian Al-Qur'an mengenai formasi hujan merujuk secara tepat kepada proses ini. Dalam sepotong ayat, pembentukan ini diterangkan sebagai berikut :

"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (Surah Ar-Rum: 48)

Zarah-zarah yang mengelilingi titisan garam dan zarah-zarah habuk semakin menebal dan membentuk titisan hujan. jadi, titisan yang menjadi lebih berat daripada udara akan meninggalkan gumpalan awan dan mula untuk gugur ke bumi sebagai hujan.

Sepertimana yang kita lihat, setiap peringkat dalam pembentukan hujan adalah berkaitan dengan ayat-ayat di dalam Al-Qur'an. Selanjutnya, semua peringkat ini diterangkan secara tepat dengan tertib yang tepat. Sama seperti fenomena semulajadi lain yang berlaku di bumi. Tuhan memberikan penjelasan yang paling tepat seperti fenomena-fenomena ini dan memaklumkan kepada manusia di dalam kitab Al-Qur'an beberapa abad sebelum ianya diketahui. Dalam ayat lain, maklumat berikut diterangkan mengenai pembentukan hujan :

"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (Surah An-Nur: 43)

Para saintis yang mengkaji jenis-jenis awan menemui keputusan yang amat mengejutkan berkenaan dengan formasi gumpalan awan hujan. Gumpalan-gumpalan awan terbentuk berdasarkan kepada susunan dan peringakat yang amat jelas. Peringkat pembentukan awan Kumulonimbus, satu jenis dari awan seperti beriku.

Suatu yang harus diingat bahawa pakar meteorologi hanya mengetahui maklumat terperinci pembentukan hujan, struktur dan fungsinya hanya di akhir-akhir ini dan melalui peralatan canggih seperti kapal terbang, satelit, computer dan lain-lain. Ianya adalah bukti bahawa Tuhan telah memberikan kita cebisan maklumat yang tidak diketahui 1400 tahun dahulu.


http://www.harunyahya.com/malaysian/keajaiban03.php

teringat

mengimbau kembali kenangan ketika menyertai pertandingan Debat Kefahaman Islam di IKIM sememangnya membuat hati berbunga. kenapa? sebab di sini saya rasa tenang, kurang tekanan. mungkin sebab struktur pertandingan yang lebih relaks berbanding dengan debat konvensional lain. walaupun dipilih di saat-saat akhir sebagai simpanan pasukan, saya tetap berterima kasih kerana inilah pengalaman yang sangat memberi kesan kepada saya.

namun maaf dipohon dari pasukan kerana untuk pusingan awal, saya tidak banyak membantu dalam pencarian bahan. hanya membantu menulis dalil dari Quran dan hadis Nabi s.a.w. dugaan menguji dalam pusingan kedua bila kami tersalah membaca usul pertandingan. Alhamdulillah kami tahu lebih awal. jadi beberapa persediaan bahan telah dilakukan. terima kasih pada seorang teman yang turut membantu dalam proses mencari dalil yang bersesuaian dengan usul. dia memang lebih arif dalam hal begini..terima kasih teman !

apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah apa yang saya peroleh setelah berakhirnya pertandingan debat ini. struktur debatkefahaman Islam yang berbeza dengan debat konvensional lain menyebabkan saya lebih banyak membuka Al-Quran berbanding buku2 lain. bukan sekadar membaca tetapi bersama-sama pasukan kami cuba mengaitkan firman Allah s.w.t itu dengan isu, hujah mengikut usul yang diberi. SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR ! sungguh, saya sangat terkesan dengan setiap ayat yang saya baca terutama apabila melibatkan sains dan alam semesta.

saya suka untuk kita bercakap mengenai alam semesta. kerana bagi saya, kekuasaan Allah itu lagi jelas amat terbukti dengan kejadian alam yang sangat ajaib.
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

ayat daripada surat Al-anbiya ini menunjukkan kepada kita mengenai kejadian alam ini yang sebenarnya bermula dengan 1 letupan. perkara ini akhirnya dibuktikan dengan penghasilan Teori Big Bang yang turut mengatakan perkara serupa - alam ini bermula dengan satu letupan dan terus mengembang pada setiap masa. sedangkan Albert Einstein yang kita tahu dengan ilmu sainsnya yang tinggi pun membuat teori yang salah apabila bercerita mengenai alam ketika beliau mengatakan betapa alam ini berada dalam keadaan statik dan memang sudah sedia ada. akhirnya, Albert Einstein sendiri mengakui kebenaran teori big bang ini.

Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

ayat ini pula menekankan kepada kita betapa daripada airlah Allah menjadikan hidupan. benar bukan? manusia. bermula dengan air mani daripada bapa disatukan dengan sel telur ibu. maka bermula proses pembiakan sehingga lahir seorang manusia. tidak berhenti setakat itu, 80% badan manusia terdiri daripada air. tumbuhan mahupun haiwan juga amatt memerlukan air untuk hidup. bermula daripada airlah segala hidupan ini boleh terus hidup dengan izin-Nya.

banyak lagi yang saya peroleh mengenai kebenaran Al-Quran dalam penemuan sains. begitu agungnya Al-Quran itu sehingga diciptakan Allah ianya merentas waktu dan zaman. saya teringat kepada satu buku yang saya baca. masalah umat Islam kita pada hari ini ialah apabila hanya membaca Al-Quran sehingga habis kulit ke kulit. namun adakah ini sudah cukup dan boleh kita katakan "saya sudah beriman dengan kitab Allah". seharusnya kita perlu lebih memahami kandungan Al-Quran itu sendiri. berusaha untuk membaca tafsir Al-Quran supaya kita lebih faham, lebih mengerti ajaran, saranan dan apa jua yang terkandung di dalamnya. pesanan untuk diri saya sendiri juga buat anda.

bintang


hanya mampu memandang, tidak mampu memiliki. itulah hakikatnya. bintang berada jauh di atas sana. indah menghiasi dada langit, menjadi peneman sang rembulan yang beredar mengikut sunnatullah. saya suka melihat bintang diserikan lagi dengan kehadiran bulan. entah..mungkin kerana sudah lumrah manusia cintakan keindahan atau mungkin perempuan memang sinonim dengan keindahan, kecantikan dan seumpamanya.

subhanallah allahuakbar ! sungguh saya terasa kerdil tiap kali menatap keindahan alam ciptaan-Nya. kalau alam ini terbentang luas, tidak boleh disangkal lagi betapa agung Sang Penciptanya. segala puji bagi-Mu ya rabb !

kembali kepada tujuan asal. saya selalu meletakkan bintang itu ibarat cita-cita. kenapa? saya akan ceritakan pada anda semua. insyaALLAH. semua orang ada cita-cita. saya juga. impian, harapan, dengan erti kata mudah 'TARGET' mungkin. semua orang akan sentiasa menginginkan target ini dapat dicapai. saya juga begitu. maka saya meletakkan cita-cita saya umpama sang kejora di atas sana. jauh dan mungkin sukar untuk digapai. malah nak hampiri juga mungkin sukar. tapi saya harus optimis. semua yang kita lakukan insyaALLAH akan membuahkan hasil selagi kita yakin pada usaha yang kita lakukan beserta dengan doa yang selalu kita pohonkan.

selagi kita yakin pada ALLAH, bergantung harap pada ALLAH walaupun sepanjang usaha yang kita jalankan itu menemui kesusahan, rintangan dan halangan yang sentiasa hadir, insyaALLAH semuanya akan memberikan hasil yang sangat menggembirakan.

saya pernah berputus asa. putus asa bila semua perkara yang saya lakukan sentiasa ada kekangan yang hadir. saya cuba memujuk hati dan memulihkan semangat 'ini sementara je, last2 nt mesti ok punye.yakin pada diri, kau bole buat !' tapi selalunya bertahan sementara sahaja. terbukti ALLAH maha Pengasih dan Penyayang. saat saya buntu, putus asa, ayat-ayat cinta-Nya terngiang-ngiang di telinga

"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Al-Baqarah, 286

terasa seperti ada semangat yang meresap di jiwa. saya percaya malah teramat yakin dengan janji ALLAH. dan itulah yang menjadikan saya terus optimis dengan impian saya. tidak mahu lagi ada rasa kesal dalam jiwa. tidak mahu lagi mengeluh dengan ujian yang menjengah. sebaliknya saya akan terus istiqamah dalam usaha mencapai impian ini. impian kita semua. doakan saya juga seluruh saudara kita.

impian ku satu.. BERJAYA DI DUNIA JUGA DI AKHIRAT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...