hanya mampu memandang, tidak mampu memiliki. itulah hakikatnya. bintang berada jauh di atas sana. indah menghiasi dada langit, menjadi peneman sang rembulan yang beredar mengikut sunnatullah. saya suka melihat bintang diserikan lagi dengan kehadiran bulan. entah..mungkin kerana sudah lumrah manusia cintakan keindahan atau mungkin perempuan memang sinonim dengan keindahan, kecantikan dan seumpamanya.
subhanallah allahuakbar ! sungguh saya terasa kerdil tiap kali menatap keindahan alam ciptaan-Nya. kalau alam ini terbentang luas, tidak boleh disangkal lagi betapa agung Sang Penciptanya. segala puji bagi-Mu ya rabb !
kembali kepada tujuan asal. saya selalu meletakkan bintang itu ibarat cita-cita. kenapa? saya akan ceritakan pada anda semua. insyaALLAH. semua orang ada cita-cita. saya juga. impian, harapan, dengan erti kata mudah 'TARGET' mungkin. semua orang akan sentiasa menginginkan target ini dapat dicapai. saya juga begitu. maka saya meletakkan cita-cita saya umpama sang kejora di atas sana. jauh dan mungkin sukar untuk digapai. malah nak hampiri juga mungkin sukar. tapi saya harus optimis. semua yang kita lakukan insyaALLAH akan membuahkan hasil selagi kita yakin pada usaha yang kita lakukan beserta dengan doa yang selalu kita pohonkan.
selagi kita yakin pada ALLAH, bergantung harap pada ALLAH walaupun sepanjang usaha yang kita jalankan itu menemui kesusahan, rintangan dan halangan yang sentiasa hadir, insyaALLAH semuanya akan memberikan hasil yang sangat menggembirakan.
saya pernah berputus asa. putus asa bila semua perkara yang saya lakukan sentiasa ada kekangan yang hadir. saya cuba memujuk hati dan memulihkan semangat 'ini sementara je, last2 nt mesti ok punye.yakin pada diri, kau bole buat !' tapi selalunya bertahan sementara sahaja. terbukti ALLAH maha Pengasih dan Penyayang. saat saya buntu, putus asa, ayat-ayat cinta-Nya terngiang-ngiang di telinga
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Al-Baqarah, 286
terasa seperti ada semangat yang meresap di jiwa. saya percaya malah teramat yakin dengan janji ALLAH. dan itulah yang menjadikan saya terus optimis dengan impian saya. tidak mahu lagi ada rasa kesal dalam jiwa. tidak mahu lagi mengeluh dengan ujian yang menjengah. sebaliknya saya akan terus istiqamah dalam usaha mencapai impian ini. impian kita semua. doakan saya juga seluruh saudara kita.
impian ku satu.. BERJAYA DI DUNIA JUGA DI AKHIRAT
No comments:
Post a Comment