Tautan Kasih Serumpun Desa

28 Mac 2010.. alhamdulillah setelah segala persiapan dan perancangan habis dirangka, program hari ini berjalan dengan lancar walaupun ada masalah sepanjang program berjalan. bagi saya itu memang perkara biasa dalam sesuatu program tapi itu tidak boleh dijadikan alasan jika program itu gagal kerana kita sendiri yang perlu memainkan peranan untuk 'menghidupkan' program tersebut.

tiba-tiba saya rasa yang saya dah mula nak merepek tak tentu pasal pulak malam ni..maaf ye ^^

bukan mudah mahu mengawal dan mendidik adik-adik supaya mereka fokus dan sentiasa memberi respon positif dalam interaksi dua hala. terus teringat kepada emak saya. juga pada guru kesayangan di sekolah. terima kasih kepada kalian semua kerana bijak menarik perhatian saya ketika seusia adik-adik ini untuk belajar! kanak-kanak memang gemar bermain dan sukar berada dalam keadaan yang statik buat satu tempoh yang 'lama' (10 minit sudah cukup lama bagi mereka)

program hari ini menemukan saya dengan adik-adik dari Kompleks Kebajikan Rukaiyah (KKR-AMAL) di mana ada antara mereka merupakan anak yatim. tenang wajah mereka ketika saya sambut kedatangan mereka di perkarangan masjid. ada rasa sayu singgah di hati melihat dalam usia yang masih muda, mereka sudah kehilangan insan yang amat disayangi. terima kasih ya ALLAH kerana masih memberi peluang kepadaku untuk terus berbakti kepada ibubapa tercinta ! sungguh saya tidak dapat membayangkan jika kedua insan ini tiada di sisi. merekalah pemberi semangat kepada saya walau tanpa mereka sedar. kerana kasih sayang mereka, kerana perhatian mereka, kerana tanggungjawabnya mereka, saya masih teguh di sini.

walau mereka tiada ibu dan ayah, mereka sangat bertuah kerana ALLAH tidak membiarkan mereka seorang diri. begitu ramai insan di dunia ini sangat menyayangi mereka. hilang kasih sayang dua atau seorag insan dalam hidup mereka, ALLAH gantikan dengan berkali ganda kasih sayang insan lain di bumi ini. sungguh ALLAH Maha Pengasih yang melahirkan rasa kasihNya pada setiap hambaNya.

baiklah saya mahu berkongsi mengenai perjalanan program ini. KELEWATAN. itu perkara yang acapkali berlaku bukan? kami juga mengalaminya. seawal jam 7.15 pagi kami diarah berkumpul, hanya pada pukul 8.00 pagi baru kami bertolak kerana...? saya kira anda boleh fikir sendiri mengapa. program gotong-royong dijalankan sejurus tamat majlis perasmian. saya dan sahabat-sahabat di bawah jawatankuasa motivasi bertanggungjawab untuk mengemaskan rumah ALLAH - Masjid Jamiurrahmah. alhamdulillah. kerana sejak hari sabtu saya mohon kepada mereka agar ada satu kumpulan mengemas masjid.

di masjid - KAGUM !
sungguh saya kagum bila melihat keadaan masjid yang teratur, kemas, bersih. cuma mungkin fizikalnya dari luar nampak seperti suram hinggakan saya sendiri tidak perasan kewujudan masjid di situ jika kubahnya tidak kelihatan. seronok mengemas dengan kehadiran dua insan cilik membantu. Elina dan Erianna namanya jika saya tidak silap. khusyuk mereka mebantu bersama kami dan mulut tidak henti berceloteh ! hiburan buat hati mungkin. ALLAH ingin memberi peringatan kepada saya mungkin.
"dik, ada tak orang datang ambil kain kapan?"
"tak ada pulak pakcik. dari tadi kami di sini, memang tak ada orang datang pon"

saya memang tersentak sekejap. ada orang meninggal hari ini? innalillahi wainnailaihi raaji'un. kami segera mengemas supaya kami tidak mengganggu proses pengurusan jenazah nanti. hati mula berbisik

terima kasih ya ALLAH kerana mengingatkan aku pada saat yang pasti aku akan lalui. Al-Fatihah kepada jenazah (saya tak pasti lelaki atau wanita)

selesai di masjid, bersambung pula di balai raya membantu apa yang tinggal. agak terkilan bila melihat seolah-olah masyarakat di sini tidak menggunakan kemudahan yang ada dengan sebaiknya. tapi tak boleh juga menyalahkan mereka. kekangan pada hari ini yang memungkinkan semua berlaku.

2.00 petang aktiviti bermula setelah selesai makan tengah hari serta solat zuhur di masjid. bermula dengan menyentuh hati adik-adik tersayang mengenai ibu dan ayah. sungguh saya juga terkesan. persoalan yang dilemparkan :

- pernahkah anda semua menyakitkan hati ibu dan ayah?
-adakah sayang itu dengan cara menyakitkan hati mereka?
-melawan kata mereka itukah dipanggil anak yang soleh?
-apa yang kita lakukan untuk ibu dan ayah supaya mereka ditempatkan di syurga kelak?

saya sangat berharap semua aktiviti yang dijalankan dapat memberi faedah kepada adik-adik. belajar sambil bermain atau yang lebih tepat bagi saya, bermain sambil belajar ! ^^

sedikit terkilan bila ada beberapa insan yang tidak mahu terlibat dalam aktiviti ini dengan alasan "program ini tidak akan menjadi dan tak akan mendapat sambutan". sungguh saya terkilan walau bukan saya dengar dengan telinga sendiri. namun cukup memberi kesan kepada dua rakan sepasukan. kerana ketika itu, kami masih melakukan kerja-kerja persiapan dan masalah muncul di saat-saat akhir. ALLAH kuatkan hati kami walau semangat kami sudah agak luntur kerana kata-kata itu ! saya yakin, niat yang baik di samping usaha dan keyakinan itu yang bakal menentukan kejayaan. dan sudah terbukti ! Hafsah, Izzaty, Shameerul, A. Amir,terim kasih atas usaha dan kerjasama kalian untuk program ini berjalan lancar.

apa yang saya dapat simpulkan di sini, hargailah ibu dan ayah dalam hidup kita tidak kira mereka masih hidup atau sudah tiada, tidak kira betapa 'keras'nya mereka mendidik kita, tidak kira betapa tidak bertanggunggjawabnya mereka. kerana tanpa mereka kita tidak mampu lahir di bumi ALLAH ini sebagai khalifahNya. kedua, kasihilah anak yatim kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w amat menyayangi anak yatim dan diujanjikan pahala walau sekadar mengusap ubun-ubun mereka. ketiga, rajinkan diri mengimarahkan dan membersihkan rumah ALLAH kerana membversihkan rumah ALLAH itu ibarat membuang habuk di mata Rasulullah s.a.w. keempat, jangan lupa pada kematian. beribadat ibarat kita akan mati pada keesokan hari, bekerja ibarat kita akan hidup 1000 tahun lagi

wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...