teringat

mengimbau kembali kenangan ketika menyertai pertandingan Debat Kefahaman Islam di IKIM sememangnya membuat hati berbunga. kenapa? sebab di sini saya rasa tenang, kurang tekanan. mungkin sebab struktur pertandingan yang lebih relaks berbanding dengan debat konvensional lain. walaupun dipilih di saat-saat akhir sebagai simpanan pasukan, saya tetap berterima kasih kerana inilah pengalaman yang sangat memberi kesan kepada saya.

namun maaf dipohon dari pasukan kerana untuk pusingan awal, saya tidak banyak membantu dalam pencarian bahan. hanya membantu menulis dalil dari Quran dan hadis Nabi s.a.w. dugaan menguji dalam pusingan kedua bila kami tersalah membaca usul pertandingan. Alhamdulillah kami tahu lebih awal. jadi beberapa persediaan bahan telah dilakukan. terima kasih pada seorang teman yang turut membantu dalam proses mencari dalil yang bersesuaian dengan usul. dia memang lebih arif dalam hal begini..terima kasih teman !

apa yang mahu saya kongsikan di sini ialah apa yang saya peroleh setelah berakhirnya pertandingan debat ini. struktur debatkefahaman Islam yang berbeza dengan debat konvensional lain menyebabkan saya lebih banyak membuka Al-Quran berbanding buku2 lain. bukan sekadar membaca tetapi bersama-sama pasukan kami cuba mengaitkan firman Allah s.w.t itu dengan isu, hujah mengikut usul yang diberi. SUBHANALLAH ALLAHUAKBAR ! sungguh, saya sangat terkesan dengan setiap ayat yang saya baca terutama apabila melibatkan sains dan alam semesta.

saya suka untuk kita bercakap mengenai alam semesta. kerana bagi saya, kekuasaan Allah itu lagi jelas amat terbukti dengan kejadian alam yang sangat ajaib.
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

ayat daripada surat Al-anbiya ini menunjukkan kepada kita mengenai kejadian alam ini yang sebenarnya bermula dengan 1 letupan. perkara ini akhirnya dibuktikan dengan penghasilan Teori Big Bang yang turut mengatakan perkara serupa - alam ini bermula dengan satu letupan dan terus mengembang pada setiap masa. sedangkan Albert Einstein yang kita tahu dengan ilmu sainsnya yang tinggi pun membuat teori yang salah apabila bercerita mengenai alam ketika beliau mengatakan betapa alam ini berada dalam keadaan statik dan memang sudah sedia ada. akhirnya, Albert Einstein sendiri mengakui kebenaran teori big bang ini.

Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)

ayat ini pula menekankan kepada kita betapa daripada airlah Allah menjadikan hidupan. benar bukan? manusia. bermula dengan air mani daripada bapa disatukan dengan sel telur ibu. maka bermula proses pembiakan sehingga lahir seorang manusia. tidak berhenti setakat itu, 80% badan manusia terdiri daripada air. tumbuhan mahupun haiwan juga amatt memerlukan air untuk hidup. bermula daripada airlah segala hidupan ini boleh terus hidup dengan izin-Nya.

banyak lagi yang saya peroleh mengenai kebenaran Al-Quran dalam penemuan sains. begitu agungnya Al-Quran itu sehingga diciptakan Allah ianya merentas waktu dan zaman. saya teringat kepada satu buku yang saya baca. masalah umat Islam kita pada hari ini ialah apabila hanya membaca Al-Quran sehingga habis kulit ke kulit. namun adakah ini sudah cukup dan boleh kita katakan "saya sudah beriman dengan kitab Allah". seharusnya kita perlu lebih memahami kandungan Al-Quran itu sendiri. berusaha untuk membaca tafsir Al-Quran supaya kita lebih faham, lebih mengerti ajaran, saranan dan apa jua yang terkandung di dalamnya. pesanan untuk diri saya sendiri juga buat anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...