Makan-makan

semalam (25 september 2010) ada sedikit jamuan raya untuk kelas pengurusan pentas. seronok ! sebab persekitaran yang sangat tenang dan aman. biasalah bila dikelilingi dengan kehijauan bumi tuhan. penuh dengan zikrullah! ini sedikit panorama di Bukit Ekspo, UPM. saya sangat suka persekitaran yang begini.





alangkah indah jika dunia macam ni. tiada pencemaran. udara segar dan bersih. sudah pasti masyarakat semua tiada masalah kesihatan berkaitan pernafasan. tapi itu cuma kalau. realitinya tidak.

baiklah kita terus bercerita mengenai makan-makan kami. tiada apa yang istimewa. juadah juga biasa-biasa tetapi semua kami bawa bersama. tiada campur tangan catering atau pihak ketiga. hehehe juadah yang dibawa : soto, mi goreng, kuih-muih, kerepek-kerepak, air mangga cap jalen, nasi impit kuah kacang. selera saya makan. biasalah 2 hari sebelum ni saya tak makan nasi langsung. jadi sangat craving for rice!

makan punya makan, saya pon kenyang. alhamdulillah. bila sudah kenyang, sesi fotografi pon bermula.

ini kumpulan saya bersama fasilitator.

ini kumpulan

saya sayang mereka ini.

tanda kasih sayang mungkin.

sesi bergambar bersama halilah. heheh


memandangkan tarikh hari ini adalah hari jadi fasilitator kami, ada sedikit surprise untuk beliau! hehehe kek hari jadi yang sedap juga untuk dijadikan dessert. yummy!


baiklah.di akhir entry kali ini, selamat hari raya rakan-rakan sekelas! juga buat encik fasilitator yang sporting : selamat ulangtahun kelahiran dan selamat hari lahir. semoga berjaya dunia juga akhirat. insyaAllah.

ehem2 birthday saya sudah dekat ni.hehehe

Kalau Binatang Ada FB

salam ! entry kali ini hanya mahu berkongsi artikel yang membuat hati ini seperti digaru-garu. hee ^^

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm kowang selalu post tu..
Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih...
Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..
Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!
Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...
Cicak : isteriku tersepit pintu
Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."
Ayam : Kawan2...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...
Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa
Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...
Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!
Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?
katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..
ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..
Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.
Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.
Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi
Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2
Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles
Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!
Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.
Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah
Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.
Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.
Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut
kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..
lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....
itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2. ...nk tiru aku le tu.. lol....
Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.
Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok
Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(
Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah
Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.
Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?
Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Untuk renungan bersama ......

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.
Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga..
Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit..
Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaahitu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta-merta bertukar menjadi cemas.Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang,wanita itu masih lagi koma. Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu. Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.
Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.
Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??
Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan... kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua am alan ibadat kakak dan suami kakak tak buat.Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah...kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan...Allah itu Maha Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini".
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarikdengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini... putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wa nita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasaseperti menggelegak. Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan...kakak ni nama saja Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judidan segala macam dosa besar.Kerana kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar hangus.Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dihidangkan puladengan minuman yang dibuat dari nanah. Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.Semua terpaksa kakak lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya terus mendengar cerita wa nita itu dengan tekun.. Terasa sungguh kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakakakan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak berjanji tak akan ingkar perintah allah akan jadi umat yg soleh. Kakak berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya termenung mendengar cerita wa nita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik am alan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk am alan kita, maka azablah kita di akhiratkelak. Alhamdulillah, wa nita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan kakak dahulu. Kakak bertaubat... kakak taubat nasuha," katanya sambil menangis-nangis.
Sejak itu wa nita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wa nita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.
"Kakak...yang kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.
"Tak apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa kakak lapar." menurut wa nita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wa nita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.
"Tak boleh Mazlan.. Kakak takut...kakak dah merasai pedihnya azab tuhan. Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu, Mazlan juga akan jadi macam kakak.Kakak betul- betul bertaubat."
Wa nita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah..."
"Kakak ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudahbawa dia masuk Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi seperti orang bukan Islam."
Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wa nita tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wa nita yang benar-benar solehah. Adakah diaberbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.
REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN
WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Aidilfitri Ini

rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Muhammad s.a.w walau di saat saya menulis ini, Syawal telah pun tiba di hari ketujuh. raya kali ni saya pulang ke kampung sebelah emak di Sabak Bernam. pulang pada 29 Ramadhan dan kembali ke Klang pada 2 Syawal. kemudian baru melanjutkan perjalanan ke Kuala Pilah.

seperti tahun-tahun sudah, persediaan raya memang memenatkan di sambung pula dengan kesibukan sambutan raya ketika 1 dan 2 Syawal. tetamu yang berziarah memang tidak putus-putus. mahu baring sebentar dalam 5 minit juga langsung tidak berpeluang. setahun sekali kecuali ada kenduri-kendara, barulah dapat bersua muka dengan saudara-mara yang semuanya ramah-tamah.hehehe

ada juga beberapa hal yang saya terfikir sepanjang beraya di rumah sanak saudara ni. ucapan yang kedengaran sangat klise. "selamat hari raya, maaf zahir batin. mintak halal makan minum dan semua yang telah diberi ye" saya memang ada juga melafazkan kata-kata yang tak jauh beza ertinya dengan susunan kalimat tadi. namun di benak sentiasa ada yang bermain. terasa seperti itu adalah ayat wajib dan hanya akan meniti tiap kali bersalaman di aidilfitri. hati gundah seketika hingga kadangkala terzahir pada riak wajah.

memohon dan memberi kemaafan
. itu seolah-olah menjadi 'acara wajib' pada tiap sambutan Aidilfitri. baguslah kalau semua umat manusia benar-benar memohon dan memberi maaf. namun sedar atau tidak, lafaz yang terucap dari bibir ini kadangkala tidak selari dengan hati nurani. saya tahu ada juga segelintir insan yang hanya mengucap 'samalah juga dengan saya. mohon maaf untuk segalanya. dosa awak pada saya, sudah saya maafkn' tetapi hakikatnya hatinya belum cukup ikhlas untuk memberi kemaafan.

secara jujur memang sukar dan berat hati untuk seseorang itu memberi maaf kepada insan yang terlalu banyak membuat onar pada dirinya. tetapi cubalah sedaya upaya untuk menghadirkan rasa ikhlas itu di dalam diri.

caranya? saya tidak tahu bagaimana tetapi tidak salah jika kita mencuba. setidaknya dapat juga membersihkan hati yang kotor ini. mungkin cara yang terbaik adalah dengan memohon kepada Pemegang Hati-hati ini. Yang Maha Membolak-balikkan hati. semoga sentiasa dijernihkan dan ditetapkan hati. kemudian banyakkanlah beristighfar. istighfar itu juga boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah membantu hati menjadi lebih gelap.

jadi buat entry kali ini, saya mohon maaf buat semua insan yang mengenali diri ini. semoga segala pemberian kalian dan jasa baik dibalas dengan seadiknya oleh Allah s.w.t. saya mungkin gagal dalam menjadi seorang sahabat, rakan dan kenalan buat kalian namun saya berharap agar kalian memberikan teguran dan dorongan untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik.


Buat Seorang Teman

entry kali ini khas buat seorang teman.

sejujurya jauh di dasar hati ini aku sangat merinduimu. kau sentiasa di sisi di saat aku memerlukanmu. aku pula? aku tidak tahu samada aku masih lagi berfungsi dengan baik dalam hidupmu. menjadi tempat untuk kau mengadu susah senang, menjadi teman yang sering menghulurkan bantuan di saat kau memerlukan. adakah aku masih lagi memberi makna dalam dirimu? maafkan aku teman.

jodoh kita memang panjang hingga ke hari ini. walau dekat dari segi geografi, sebenarnya kita jauh terpisah. jauh hingga menyebabkan aku merasa diri ini tidak berguna kerana semakin mengabaikanmu; seorang teman yang begitu berharga dan bermakna dalam hidupku.

sejak zaman persekolahan lagi memang aku lebih rapat dengan dirimu. suka-duka kita lalui bersama. aku rindukan detik-detik itu teman. detik aku menangis dan kau dakap bahuku mengalirkan semangat dalam diri ini. detik kita sama-sama berpelukan untuk merai dan mungkin menangisi keputusan peperiksaan. detik kita berkongsi masalah dan tekanan yang dihadapi. detik kita ketawa riang dan bergurau senda. juga detik kita berpelukan erat kerana tidak mahu berpisah jauh. semuanya sentiasa di ingatanku.

masih aku ingat ketika aku sakit dahulu. demam yang bukan calang-calang tempoh ziarahnya. ditambah dengan tekanan dan bebanan di minda juga hati. engkaulah satu-satunya insan di saat itu yang menyokong diri ini. ketika yang lain tidak bersetuju dengan keputusan yang kuambil, kau beri aku kekuatan untuk aku terus teguh. ketika diri semakin sepi setelah rakan yang enggan memahami seakan menjauhkan diri, kau sentiasa ada di sisi menemani. akhirnya pada suatu malam aku menangis sepuasnya di hadapanmu. meluahkan segala beban yang lama kusimpan sendiri. engkau pula? terus memujuk dan tidak putus meniup semangat ku kembali. terima kasih teman!

begitu lama aku tidak bertemu dengan dirimu. bergurau dan berkongsi ceritera kehidupan di alam kampus. kau dengan teman barumu. aku dengan teman baruku. kau sibuk dengan aktiviti fakulti dan segala macam agenda peribadimu. aku pula sibuk ke sana ke mari menghadiri program itu dan ini. sering aku berfikir dan mengatur jadual waktu peribadi. namun ruang untuk bersama denganmu walau sementara sentiasa ada halangannya. sekali lagi aku kecewa.

apa yang ingin aku katakan padamu mungkin kedengaran seperti sudah basi. namun kata-kata ni adalah sesuatu yang lahir dari hati. aku amat bersyukur dikurniakan seorang teman dan sahabat sebaik dirimu. terima kasih untuk segala kebaikan yang telah kau beri padaku. aku tahu betapa diri ini gagal dalam menjadi sahabatmu yang baik.

begitu banyak kesalahan yang aku lakukan terhadapmu tanpa kusedar. menyakiti hatimu. membuat kau berjauh hati. memandang remeh perkara yang penting bagimu. acuh tak acuh dalam perbualan denganmu. ku mohon maaf untuk setiap hal yang berlaku. sungguh aku tidak mahu langsung menyinggung apatah lagi menyakiti hatimu. jika mampu, aku ingin membuat kau terus gembira dan bahagia. agar senyumanmu terus-terusan terukir di bibir milikmu. namun itu semua hanyalah 'JIKA'.

aku doakan yang terbaik untukmu teman. semoga kita sama-sama berjaya dalam perkara yang diusahakan dan semoga dipermudahkan semua urusan dunia akhirat. sekali lagi maaf ku pohon darimu atas segala kesilapan dan keterlanjuran diriku. satu perkara yang kau harus tahu. aku sangat menyayangi dirimu kerana bagiku engkaulah anugerah terindah yang diberi Allah padaku. salam sayang dariku untukmu.

Untukmu


Kepada insan yang akan menyunting diriku untuk hidupnya,
Ketahuilah bahawa diriku tidak seperti yang kau impikan
Begitu banyak kekurangan dan kelemahan yang wujud dalam diriku
Maka janganlah kau berputus asa dalam memandu dan menasihatiku
Kerana sesungguhnya aku sentiasa memperbaiki diri setapak lebih maju
Bukan hanya untukmu tetapi demi destinasi yang kita tuju

Kepada insan yang akan menyunting diriku untuk hidupnya,
Aku wanita yang penuh dengan emosi yang kadangkala mempengaruhi diriku
Sering emosi negatifku terzahir melalui tingkah laku
Maka aku mohon agar kau memaafkan setiap khilafku
Dan bantulah aku dalam mengurus emosi ini
Supaya dirimu tidak terus aku sakiti dalam sepi

Kepada insan yang akan menyunting diriku untuk hidupnya,
Sedarlah betapa aku sukar meluahkan segala rahsia hati
Namun kerap kali aku berharap agar semuanya mampu untuk kau mengerti
Maka kupinta agar jangan hanya kau mengharapkan pada lisanku
Sebaliknya kau nilailah dari perlakuanku
Di situ pasti kau akan dapat melihat segala perasaanku padamu

Kepada insan yang akan menyunting diriku untuk hidupnya,
Semoga kekurangan yang ada pada diriku
Sempurna dengan kehadiranmu
Dan semoga kehadiranku dalam hidupmu
Menjadi pelengkap kekurangan milikmu
Terimalah diriku seadanya sebagaimana aku menerima dirimu seadanya
Cintailah diriku sekadarnya supaya aku tidak hanyut dengan selain cinta Ilahi
Sambutlah tanganku ketika aku tersungkur di landasan yang berliku ini
Agar di akhirnya nanti kita teguh di sini hingga tiba ke destinasi abadi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...