rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Muhammad s.a.w walau di saat saya menulis ini, Syawal telah pun tiba di hari ketujuh. raya kali ni saya pulang ke kampung sebelah emak di Sabak Bernam. pulang pada 29 Ramadhan dan kembali ke Klang pada 2 Syawal. kemudian baru melanjutkan perjalanan ke Kuala Pilah.
seperti tahun-tahun sudah, persediaan raya memang memenatkan di sambung pula dengan kesibukan sambutan raya ketika 1 dan 2 Syawal. tetamu yang berziarah memang tidak putus-putus. mahu baring sebentar dalam 5 minit juga langsung tidak berpeluang. setahun sekali kecuali ada kenduri-kendara, barulah dapat bersua muka dengan saudara-mara yang semuanya ramah-tamah.hehehe
ada juga beberapa hal yang saya terfikir sepanjang beraya di rumah sanak saudara ni. ucapan yang kedengaran sangat klise. "selamat hari raya, maaf zahir batin. mintak halal makan minum dan semua yang telah diberi ye" saya memang ada juga melafazkan kata-kata yang tak jauh beza ertinya dengan susunan kalimat tadi. namun di benak sentiasa ada yang bermain. terasa seperti itu adalah ayat wajib dan hanya akan meniti tiap kali bersalaman di aidilfitri. hati gundah seketika hingga kadangkala terzahir pada riak wajah.
memohon dan memberi kemaafan. itu seolah-olah menjadi 'acara wajib' pada tiap sambutan Aidilfitri. baguslah kalau semua umat manusia benar-benar memohon dan memberi maaf. namun sedar atau tidak, lafaz yang terucap dari bibir ini kadangkala tidak selari dengan hati nurani. saya tahu ada juga segelintir insan yang hanya mengucap 'samalah juga dengan saya. mohon maaf untuk segalanya. dosa awak pada saya, sudah saya maafkn' tetapi hakikatnya hatinya belum cukup ikhlas untuk memberi kemaafan.
secara jujur memang sukar dan berat hati untuk seseorang itu memberi maaf kepada insan yang terlalu banyak membuat onar pada dirinya. tetapi cubalah sedaya upaya untuk menghadirkan rasa ikhlas itu di dalam diri.
caranya? saya tidak tahu bagaimana tetapi tidak salah jika kita mencuba. setidaknya dapat juga membersihkan hati yang kotor ini. mungkin cara yang terbaik adalah dengan memohon kepada Pemegang Hati-hati ini. Yang Maha Membolak-balikkan hati. semoga sentiasa dijernihkan dan ditetapkan hati. kemudian banyakkanlah beristighfar. istighfar itu juga boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang telah membantu hati menjadi lebih gelap.
jadi buat entry kali ini, saya mohon maaf buat semua insan yang mengenali diri ini. semoga segala pemberian kalian dan jasa baik dibalas dengan seadiknya oleh Allah s.w.t. saya mungkin gagal dalam menjadi seorang sahabat, rakan dan kenalan buat kalian namun saya berharap agar kalian memberikan teguran dan dorongan untuk perubahan diri ke arah yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment