Hebatnya Penangan 'Dia'

saya ada seorang teman. lelaki jantinanya. rapat?boleh dikatakan begitu sebab saya memang sangat kurang kawan lelaki dan teman yang seorang ini sama pengajian dengan saya. itu salah satu faktor yang menyebabkan saya boleh dikira rapat dengan dia. entry kali ini boleh dikira sebagai dedikasi untuk dia. 

selalu kita dengar mengenai cinta, kasih yang tidak berbalas. selalu juga kita dengar mengenai kisah perasaan yang dikhianati teman sendiri. ada pula kisah mengenai perkasihan sesama insan yang ibarat 'habis madu, sepah dibuang'. kebanyakan dari kisah yang sangat terkenal ini, perempuan yang menjadi mangsa. lelaki selalunya dikatakan mudah mengambil kesempatan atas kelembutan yang ada pada perempuan. 

berbeza dengan teman yang seorang ini, hal yang sebaliknya berlaku. bukan dia sahaja yang pernah berkongsi kisah seperti ini dengan saya. ada lagi teman lain pernah alami situasi yang sama. dan saya rasa bertuah kerana dipilih mereka untuk memberi pandangan dan berkongsi kisah. 

perempuan. anda sesungguhnya memang dilahirkan cukup istimewa. anda menjadi tarikan pada mata setiap lelaki di luar sana. perempuan memang sangat kuat kuasa tarikannya. hingga terkadang mereka yang tertarik seolah tidak dapat melihat walau satupun kecacatan yang anda miliki walaupun sangat jelas kelihatan. peribadi buruk yang telah disenaraihitamkan oleh lelaki tiba-tiba terkeluar dari senarai. wah! anda memang sangat berpengaruh.

namun pernahkah anda tersedar dan berfikir?
- apa kesan untuk setiap tindakan yang anda lakukan
- apa kesan bagi segala kata-kata yang anda ucapkan
- bagaimana dengan keadaan mereka yang telah anda berikan harapan yang tidak pernah pasti

berfikir semula mengenai persoalan-persoalan ini, saya memang ingin menangis. mungkin dalam setiap tindak-tanduk saya ada insan yang memendam rasa. ada insan yang semakin menaruh harapan tanpa saya sedar. ada insan yang hingga ke saat ini menyimpan rasa marah dan geram pada saya atas kata-kata dan perbuatan saya pada mereka. hidup yang panjang ini memang telah saya sia-siakan dengan pelbagai jenis kesalahan bukan hanya pada Rabbuljalil malah pada sesama manusia. Astaghfirullah... maafkan saya untuk segalanya buat mereka yang pernah saya sakiti dan lukai.

apa yang ingin saya katakan di sini, sebagai perempuan, jagalah batasan pergaulan anda. bukan semua jantina yang berlawanan itu memiliki pemikiran yang sama. ada yang menganggap tiap tindakan anda itu sebagai tanda anda membalas perasaan mereka dan ada yang sebaliknya. fikirlah perasaan insan lain bagi setiap tindakan yang anda ambil. semoga di akhirnya tiada sebarang perasaan yang tidak diingini tersimpan dan terus bercambah menjadi rasa benci dan sakit hati. *saya berkata berdasarkan pengalaman* 

buat teman yang seorang ini, percayalah. tulang rusuk anda yang sebenar sedang menanti untuk disunting dengan penuh hormat pada satu hari. tetapkanlah fokus pada pelajaran terlebih dahulu. jangan pernah anda risaukan status yang masih tidak berteman. Allah tahu apa yang terbaik buat anda. janji Dia, tidak pernah sekali dimungkiri. itulah janji yang paling pasti. saya akan terus doakan kebahagiaan anda. semoga terus kuat dalam mengharung lautan luas yang penuh dengan gelora yang kadangkala ganas melanda. 

teruskan langkah dengan penuh iltizam! ^^

Migrain?

aneh. itulah yang sentiasa hadir di fikiran tiap kali memikirkan sakit kepala yang boleh dikatakan makin menjadi-jadi. kenapa aneh? mestilah aneh. punca rasa sakit tak dapat dikesan. ke pusat kesihatan membuat pemeriksaan, doktor sendiri buntu fikirkan asbab. 

blood pressure : normal
vision test : normal
response towards light : normal
what else?

akhirnya, ubat antimigrain yang diberi. 
ini adalah ubat terkawal.

kata doktor "awak cuba makan dalam seminggu ni. kalau ada perubahan, maknanya awak ada migrain. kalau sebaliknya, datang jumpa saya lagi."
ayat doktor memang membuat hati bimbang. takut kalau sakit ini sebenarnya adalah symptom untuk penyakit lain. jauhkanlah segala yang buruk itu ya Allah.

semoga rasa ini sebagai penguat untuk lebih semangat dalam berjuang di sini. bukan diri ini sahaja yang punya rasa sakit. di luar lebih ramai yang sakit malah ada yang menderita dari kecil hingga ke akhir nyawa. anda harus bersyukur wahai diri. 

doakan semuanya baik-baik belaka ya.terima kasih. jazakumullah khairan kathiran. :D

Penyayangnya Allah!

di saat menunggu makanan yang dipesan siap dimasak, saya duduk di salah satu kerusi di kafe. membaca artikel-artikel yang saya simpan di dalam cik sony merah. teringatkan tabiat saya yang satu ini, (suka membaca) saya tiba-tiba teringat kepada wahyu pertama yang diturunkan kepada baginda s.a.w. wahyu yang meminta agar insan mulia itu membaca.

saya cuba membaca dan mengingati tafsir bagi setiap ayat di dalam Surah Al-'alaq yang suatu dahulu saya hafal demi mendapat markah dalam ujian bulanan dan demi mendapat tempat dalam pertandingan hafazan sewaktu sekolah rendah. oh hinanya diri. hanya pada waktu sepi tiada teman, waktu sendiri tiada pekerjaan, waktu rasa bosan mula bertandang, barulah mahu mengingati Dia. astaghfirullah!

saya semakin tersentuh tatkala selesai lima ayat saya dapat ingati maksudnya. 

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan,
2. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
3. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah
4. Yang mengajar (manusia) dengan perantaran kalam
5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

ya Allah! hampir menitis air mata tatkala kenangkan betapa kasihnya Dia pada kita hambaNya. sedang kita?betapa Allah itu guru yang paling baik dalam kamus kehidupan kita. dan kita pula? tidak pernah endah atas setiap yang Dia ajarkan. astaghfirullah! lihatlah duhai insan. Dia menciptakan kita dengan hanya dari segumpal darah. sudahlah begitu kejadiannya, tidak dibiarkan kita hidup dalam keadaan yang tiada arah, tiada pengetahuan. Dia ajarkan pula kepada kita segala apa yang tidak kita ketahui.  

sejak lahir, dari hanya mampu terbaring dan merengek-rengek kepada ibu ayah, kita mampu untuk meniarap kemudian merangkak. tidak sampai setahun, kita sudah mampu untuk berdiri. hari demi hari kita mula pandai berjalan dan seterusnya berlari. siapa yang ajarkan? saya kira tiada ibu atau ayah yang duduk berdiri di sebelah kita mengajar cara-cara untuk merangkak satu persatu. 

ya rabbi. begitu pemurahnya Engkau sedang aku tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah Engkau berikan. sebaliknya terus-terusan meminta itu dan ini. cukupkanlah bagiku tuhan apa yang telah kau kurniakan. jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu di setiap saat dan ketika. aminn ya rabb!

Ikatan

ikatan? sila jangan mudah membuat kesimpulan dengan hanya melihat kepada entry kali ini. ini bukan ikatan seperti pertunangan, perkahwinan. sem kali ini menuntut saya belajar dengan lebih dalam mengenai ikatan (bond). 
bond..

dalam atom yang saling menjalinkan ikatan sesama atom hingga terbentuk molekul-molekul, beberapa ikatan dugunakan. oh saya adalah pelajar hasil dasar PPSMI. maaf saya gagal menggunakan istilah Bahasa Melayu dengan baik bagi istilah-istilah sains seperti ini.

baik. apa yang saya mahu ketengahkan pada konsep BOND ini adalah mengenai konsep bond itu sendiri dan apa kaitannya dengan kita sebagai manusia. dalam kimia, ikatan atau bond yang popular adalah ionic bond dan covalent bond. ionic melibatkan pemindahan dan penerimaan elektron manakala covalent melibatkan perkongsian elektron.

ionic bond

covalent bond

konsep bond dari apa yang saya belajar ialah untuk dua atom saling bercantum (combine) dengan cara berkongsi elektron yang mereka miliki atau dengan cara memindah dan menerima elektron antara satu sama lain. makna kata, atom-atom ini saling bertolak ansur dan membantu dalam usaha mereka untuk bercantum. 

kenapa atom-atom ini bercantum? atom ini akan saling bertindak balas antara satu sama lain dan membentuk ikatan yang membuat mereka stabil. mereka bukan suka-suka sahaja memberi dan menerima elektron sebaliknya memberi dan menerima secukupnya.

kaitannya pula? tiba-tiba saya terfikir. konsep bond ini sememangnya ada sesuatu. ikatan sesama manusia yang sebenarnya saling bersaudara. kalau kita hayati dan fahami konsep ikatan kimia ini dan aplikasikan dalam kehidupan. pasti situasi yang lebih baik akan wujud. saling berkongsi sesama kita. memberi dan menerima seadanya. 

masakan tidak lebih baik. hidup saling bertolak ansur dan saling membantu antara satu sama lain. konsepnya mudah. kita sama-sama mahu menjadi stabil. bukan pentingkan diri dengan sibuk mengejar kejayaan dunia akhirat untuk diri sendiri sebaliknya turut membantu saudara yang lain. seronoknya kalau hidup begitu.

di akhirnya, ikatan yang kuat dan stabil ini sudah pasti sukar untuk dileraikan. maka, sudah tentu segala anasir luar yang boleh merosakkan ikatan ini dapat dielakkan. jadi, sama-samalah kita cuba membina bonding antara satu sama lain. saling berkongsi, menerima dan memberi antara satu sama lain seadanya. 

p/s: betapa agungnya Allah dalam mencipta fenomena alam yang sangat banyak perkaitannya dengan kehidupan. subhanallah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...