S.A.H.A.B.A.T Kusayang

tiba-tiba rasa rajin pulak nak buat entry selalu. boleh dikatakan tiap hari jugalah dalam minggu ni buat entry baru. baik, entry kali ini adalah khas buat cikfatin, cikrireen, dan ciknehan. 

di seminar usahawan. ecehh

tiga dara ini adalah rakan satu kursus pengajian selama di UPM yang paling rapat dengan saya. tahniah dan terima kasih kepada kalian kerana sentiasa ada di saat diperlukan. tak kisahlah dalam apa situasi pon, kalian yang terbaik!

semester pertama
kalian bukanlah asing. saya kenal. saya tahu nama. mungkin kerana masa. sedar atau tidak, masa sebenarnya yang menjadi penentu keakraban seseorang. semakin banyak kita luangkan masa bersama -tak kisahlah telefon, mesej, berbual, jalan-jalan- semakin akrab hubungan kita dan pihak lain. samalah dengan saya. saya cuma ingat cikfatin sahaja sebab dia sama PA dengan saya. ciknehan saya kenal sebab satu bilik dengan cikfatin. cikrireen maaflah ye. tak kenal sebab awak selalu dengan cikziny dan cikroza yang saya tak kenal langsung waktu ini. yang pasti, subjek Hubungan Etnik yang betul-betul buat kita lebih dekat dengan tugasan Iban tu. waaahh! tak mahu ingat lagi. sampai terpaksa berlakonlah!

semester kedua
waktu inilah kita lebih rapat. semua ambil subjek yang sama. tak ingat sangatlah apa yang jadi sepanjang semester kedua ni. tapi perkara yang paling kekal sampai hari ini adalah wujudnya karakter Misae, Nohara, Mak Atasinchi, Mojako, Mon-mon. Baru perasan. semuanya bermula dengan 'M'.heheheh waktu kuliah kimia pulak. ok tak mahu cerita apa yang kita buat. sangat tak patut dicontohi dan diamalkan.huhu

semester ketiga
semester kali ini kita menjadi usahawan muda! semua gara-gara subjek asas keusahawanan kan? tapi yang seronoknya kita masak sama-sama. kita buat eksperimen masak pasta sama-sama. kita tidur lambat sama-sama. kita jual sama-sama. tidur lambat tu sebab dua benda. buat kerja usahawan dengan buat pentas Idola Kecil. ala-ala interior designer pulak kita.heheh fizik moden. ok tak mahu cerita jugak apa yang kita buat waktu kuliah ini. juga sangat-sangat tak patut dicontohi DAN kita dah ambil iktibar kan?huk3

semester kini
sudah bakal menjadi pelajar tahun ketiga kita semua. jadi, perlu lebih bijak membahagi masa. perlu lebih bijak menilai dan membuat keputusan. perlu kental dalam kehidupan. sebab banyak perkara yang berlaku secara tiba-tiba. biasalah, kita semua dah jadi seorang gadis berusia 21 tahun. -sila mengaku walau birthday anda lambat lagi. err termasuk saya yang paling bongsu tapi paling besar- contoh mudah ialah peristiwa ciknehan yang telah di teeeeeeetttttt. tahniah!hehe semester kali ini menyeronokkan sebab anda ajar saya bahasa yang pelbagai. ok tak mahu taip di sini. sebut je pandai.haha 

dua tahun menjadi salah seorang dalam senarai rakan kalian yang berjuta itu sememangnya satu anugerah buat saya. terima kasih untuk setiap detik, setiap ilmu, setiap kenangan dan memori selama kita hidup! hee saya bangga dengan apa jua yang kalian lakukan sebab semua demi kejayaan masa depan diri kita. semoga kita sentiasa bersama susah senang dan sentiasa menyokong satu sama lain. SAYA SAYANGKAN KALIAN! 
-dekat sini tak bolehlah nak guna bahasa kita selalu guna.keh3-

Tanggungjawab Baru

tajuk entry lebih kurang macam sebelum ini sahaja kan? jadi, kisahnya juga mungkin lebih kurang sama. sedang sibuk kelas amali digital tadi tiba terima satu panggilan telefon dari Kolej 12. perlu hadir untuk perjumpaan bersama pengetua jam 9 malam nanti.

jujur hati mula mengagak sesuatu. biasalah mereka yang lahir bulan 10 memang memiliki kata hati yg kuat. (saya ikut kata kajian personaliti saja.hehehe) pasti ini perjumpaan untuk memberitahu saya berjaya dalam temuduga Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 12. sebenar-benarnya saya tidak menginginkan jawatan. saya memang lebih cenderung menjadi mereka yang bekerja di belakang tabir sebagai orang bawahan yang sedia berkhidmat saat diperlukan. bukan tidak percaya pada potensi diri tapi saya masih merasakan kegagalan diri dalam membahagi komitmen untuk banyak perkara. itu yang merisaukan sebenarnya.

mungkin saya masih kurang berkeyakinan walau sentiasa keyakinan itu saya pamerkan. syukur kerana ada insan yang membantu saya di saat saya perlukan kata-kata rangsangan buat diri yang berbelah bahagi. antara keinginan dan ketakutan untuk menyempurnakan tanggungjawab.

bila saya filir-filirkan kembali, mengapa saya perlu menolak dengan meletakkan pelbagai alasan sedangkan saya tahu saya bukan bekerja seorang. mengapa pula saya menafikan keinginan yang lama tersimpan dengan menggunakan alasan prioriti sedangkan selama ini pernahkah prioriti itu benar-benar menjadi prioriti? setiap perkara perlu dinilai dengan cukup dalam. dinilai dari pelbagai sudut pandangan. dinilai mengikut pertimbangan akal yang dipimpin hati yang tulus.

insyaAllah saya akan cuba menjalankan tanggungjawab yang diberi. saya tahu potensi diri yang ada mungkin mereka yang lebih nampak berbanding diri saya sendiri. terima kasih buat mereka yang meletakkan kepercayaan pada diri ini. memang saya baru. maka berikan tunjuk ajar dan teguran agar kita sama-sama maju setapak dalam kehidupan. 

tanggungjawab baru ini memerlukan saya ntuk lebih komited terhadap tugas, masa, pelajaran dan semua yang saya sertai. semoga dengan adanya teman di sekeliling termasuk teman-teman baru saya, saya akan terus berdiri teguh menjadi insan yang HEBAT di dunia dan insyaAllah akhirat kelak. 


Teman-teman Baru

pertama sekali, terima kasih kepada Cik Nurfatin Darinthi. bermula dari andalah saya mula mengubah cara saya yang telah saya kenal pasti sebagai salah satu punca kepada kegagalan kehidupan saya. sebenarnya tidaklah ekstrem sangat sampai gagal dalam hidup. maksud saya, gagal dalam beberapa aspek dalam hidup. gagal berfikir selayaknya seorang khalifah Allah berfikir, gagal mengurus segala nikmat pemberian Rabbuljalil, gagal menjalankan tuntutan agama dengan penuh komited. terasa diri benar-benar teruk. tiada misi, tiada matlamat, tiada tujuan. hidup seorang manusia tanpa matlamat yang jelas sememangnya satu perkara yang tragis sekali. apa yang kita perjuangkan dalam kehidupan?kita sendiri kabur dan kurang pasti.

perkenalan dengan beberapa insan hebat memang membawa saya kepada sebuah skop pemikiran, sebuah cara pandangan yang saya tahu mengenainya tetapi jarang-jarang diamalkan. teruk kan? 

maka dalam entry kali ini, saya mahu mengungkapkan seinfiniti penghargaan buat teman-teman baru saya yang banyak membantu dalam tanpa sedar mereka. Cik Nurfatin juga.hehehe Cik Syafiqah, Cik Ummi Amira, Cik Noorfaezah, Cik Syuhada, Cik Erna, Cik Atiqah, En. Atiq, En. Fikri, En. Muhsin, En. Syimi, En. Duen, En. Eddie dan ramai lagi. mereka ini sebenarnya terlalu banyak membuka mata saya mengenai kehidupan. kehidupan yang bermatlamat dan berobjektif. kehidupan yang tiada yang mustahil di dalamnya asalkan kita berusaha mencapainya. kehidupan yang penuh dengan suasana yang memotivasikan diri.

seronokkan hidup dikelilingi insan yang positif? mereka inilah salah seorang insan yang sentiasa positif! saya sayangkan mereka ibarat sebuah keluarga yang amat rapat dan mesra! susah senang, suka duka, insyaAllah kita sama-sama harunginya. HEBAT!!

*Ya Allah, Kau permudahkan tiap pekerjaan yang kami lakukan. Kau redha dan berkatilah tiap usaha kami demi mencapai matlamat kami. Kau peliharalah ukhwah yang terjalin di antara kami. semoga kami menjadi hambaMu yang bermanfaat kepada manusia lainnya. ameen ya Rabb.


SAJAK

baiklah. ini kisah lama. yang saya cadang mahu masukkan sebagai salah satu entry sebulan yang lepas. inilah kesan kalau asyik menunda. tertangguh sehingga sebulan lamanya. sikap yang ini akan saya cuba kikis hingga tidak berbekas pun di dalam diri. baiklah, entry kali ini bukan mengenai usaha saya atau bakat saya sebagai seorang penulis sajak, pendeklamasi sajak atau apa sahaja mengenai sajak. saya cuma ingin berkongsi sebuah sajak yang dideklamasikan oleh seorang gadis ketika Majlis Makan Malam Rasmi Kolej 12, UPM.

Epilog Para Pejuang

Di sini manusia begitu asyik dengan diri sendiri
semua mencari bekal masing-masing
demi sebuah cita dan impian
maka dengan langkah yang penuh berani
mengharung segala gelombang lautan
yang adakalanya ganas menghempas benteng perjuangan

Hidup di sini sememangnya payah
terpaksa menempuh duri susah
seharian melawan rasa kantuk
berlarian di antara dewan kuliah
hingga terkadang...
langkah semakin longlai dan kian terhenti
namun, selagi impian itu belum pernah tergapai
selagi itu roh dan semangat akan terus diisi

sedarlah
perjalanan ini masih terlalu panjang
di sinilah bermulanya perjalanan 
dalam mendepani sebuah realiti kehidupan
lantas kutiplah semangat di sepanjang titian
agar kelak mutiara akan terus memancarkan seri
bayaran buat segala onak duri yang dilalui sepanjang kita di sini

perjuangan ini tidak bertepi dalam menuntun belas
percayalah
kasih yang terpateri
tidak akan pernah mati.

haaa sajak ini sebenarnya hasil gabungan beberapa buah sajak yang dijumpai di laman sesawang tetapi diolah mengikut kesesuaian suasana. jujur, ada sebahagian bait-bait kata di dalam sajak ini berjaya mengusik hati kecil ini agar terus berada dalam medan perjuangan dengan penuh semangat. insyaAllah, saya akan kuat menghadapi ujian kehidupan. bersama-sama insan-insan sekeliling yang banyak meniupkan semangat, saya lebih kuat kini dan mampu tersenyum sentiasa. Syukran Ya Ilahi. 
ha inilah pendeklamasi tu. hehehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...