dalam lebih kurang dua minggu ini kerap sangat saya ulang dengar lagu di bawah ini. lagu yang perlahan tetapi mungkin disebabkan bait kata yang sangat menyentuh hati membuatkan saya benar-benar jatuh hati semula pada lagu ini. ya, saya bukan seorang isteri tapi saya seorang wanita yang boleh tersentuh hatinya dengan perkara yang kadangkala kelihatan amat remeh.
saya tahu, semua wanita di luar sana samada yang sudah berumah tangga, sedang menunggu hari untuk diijabkabulkan atau yang masih menanti risikan dan pinangan dari bakal nakhoda bahtera rumah tangga mereka PASTI MENGIMPIKAN UNTUK MENJADI ISTERI SOLEHAH. isteri yang menjadi penyejuk mata buat suami, isteri yang menjadi tulang belakang dalam perjuangan suami tercinta. namun apa sebenarnya yang ada dalam hati seorang lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami? kita pun tak tahu.
dek kerana itulah saya suka dengar lagu yang seolah-olah menunjukkan perasaan seorang suami buat isterinya. BUKAN MAHU BERANGAN. tapi jujur, lagu begitu kadangkala memang membantu saya jika ingin bermuhasabah mengenai apa yang saya inginkan. saya mahu berumah tangga. semua mahu berumah tangga memiliki keluarga sendiri. tapi apa persediaan yang kita lakukan? persediaan bukan hanya pada kursus pra-perkahwinan. persediaan bukan hanya pada simpanan kewangan yang telah ada. persediaan adalah lebih kepada apa yang ada dalam diri agar kita betah menjalankan tanggungjawab baru setelah masuk ke alam perkahwinan.
kadang-kadang bila kita ditegur oleh orang yang berlainan jantina dari kita, teguran itu lebih memberikan kesan di hati. contoh termudah kalau si bapa yang menegur anak perempuannya dari aspek perlakuan dan pemakaian. pasti terasa malu dengan bapa sendiri. itu secara psikologi. itu juga yang terjadi pada saya di saat saya mendengar lagu-lagu berkonsep seperti lagu di atas. seolah-olah si dia yang meluahkan rasa mahu saya jadi seperti itu dan secara automatik saya memulakan langkah. perlahan dan sedikit demi sedikit. kita mahu jadi yang tebaik buat insan yang kita sayangi bukan? terbaik pada pandangan Pencipta, terbaik pada pandangan keluarga dan pasti mahu jadi terbaik pada pandangan pasangan kita. namun kadang-kadang kita sendiri tak tahu bagaimana. ini cara saya. mungkin nampak macam 'ntah apa-apa' tapi setakat ini, inilah yang saya lakukan selain perlu keluar menuju ke majlis ilmu yang kadangkala terhalang kerana faktor jarak dan cuaca.
ini pula antara lagu-lagu lain yang saya dengar. menaikkan semangat kadang-kadang tu.
siapa tak nak jadi bidadari kan?huhu
*tak tahu kenapa buat entry pasal ni. pulak~~ mimpi ape tah awak ni ciklilah oiii.