kali kedua saya coretkan mengenai teman yang seorang ini. bersahabat sejak dari awal saya masuk ke tadika Islam sewaktu usia 5 tahun. teman pertama yang saya kenali sejak melangkah masuk ke alam persekolahan. mula-mula bertemu dengannya, dia sedang menangis. tak mahu mamanya pulang ke rumah. saya pulak baru lepas menangis kerana diusik ayah supaya pergi ke sekolah pada hari pertama SEORANG DIRI. tergelak kecil kalau teringat hari pertama di sekolah dahulu. Fatinah adalah orang pertama yang saya salam sewaktu di tadika itu. terlalu banyak kenangan bersamanya. Oh rindunya pada kamu! =(
ingat lagi pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan sewaktu tadika. makan mi goreng ramai-ramai di dalam dulang waktu rehat. kami memang pasangan rakan yang romantik dan tolak ansur. makan mi seurat demi seurat. saya di hujung, dia di pangkal. kami akan pastikan yang diambil itu adalah yang paling panjang. dek kerana cara makan yang terlalu romantik inilah kami antara yang lewat habis makan. tak kisahlah asalkan kami gembira dan bertambah akrab. sungguh benarkan makan berjemaah begini mengeratkan silaturrahim? rindu pada kamu.
sewaktu di sekolah rendah, kami tidak makan sebegitu rupa lagi. sudah mula menjaga adab, penampilan dan sebagainya. yang seronoknya, dari darjah 1 hingga darjah 6 kami berada di kelas yang sama. sukan yang kami sertai juga sama. memegang jawatan juga sama. faham tak maksudnya? kami memang banyak aktiviti bersama sebenarnya dari dulu. sekaligus menunjukkan, kami mempunyai kecenderungan yang sama! cuma yang berbeza, saya rendah waktu zaman sekolah dulu. tak dapatlah nak sama-sama nak pakai baju saiz sama. hehehe
sekolah menengah kami ditempatkan di sekolah yang berbeza tetapi masih dalam kumpulan sekolah yang sama. tak perlu sebutlah apa kan. memang sangat jarang jumpa kalau bukan waktu cuti sekolah. namun, aktiviti kami lebih hebat. tiap kali cuti sekolah termasuklah cuti hujung minggu, pasti kami akan bersukan bersama-sama. sukan apa lagi kalau bukan yang kami sertai di sekolah dahulu kan. seronok sangat di waktu itu.
kini di waktu menuntut di pengajian tinggi, kami memang terpisah jauh. bukan antara negara malah lebih jauh dari itu. terpisah benua. itu yang membuatkan lebih rindu. teringat-ingat selalu. tak sabar nak tunggu saat kepulangannya ke Malaysia. dapat tengok rumah dia, tengok keluarga dia, itu pun kadang-kadang terubat rindu jugaklah. nak tengok gambar tak boleh. nanti menangis rindu terus. hehehe kadang-kadang setuju dengan pepatah 'Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan' tapi dalam konteks cerita saya ni, kita lihat dari sudut teman ya.
bila berjauhan begini, sering juga berkomunikasi di alam maya. ingat-mengingati, bertukar pendapat, berkongsi masalah. semua itu memang kami lakukan sejak dahulu. namun bezanya kini adalah faktor jarak dan masa. mungkin dua faktor ini yang menguatkan jalinan hati kami. insyaAllah persahabatan ini akan kekal hingga ke syurga Allah. Ameen.
p/s : semalam dia video call saya. mahu pulang ke Malaysia 24hb. Ya Allah tak sabarnya! semoga selamat perjalanan ke sini. =))
khas untuk awak. tak tahulah pernah dengar ke tak lagu ni.
No comments:
Post a Comment