kita kerap berdoa kepada Allah agar diberikan pelbagai nikmat. selalunya nikmat yang sukar atau tak pernah kita peroleh. contoh termudah, kita sentiasa menadah tangan memohon padaNya agar dikurniakan rezeki yang melimpah ruah seperti kenaikan gaji, pemberian bonus hujung tahun dan banyak lagi. kita mahukan itu semua kerana mahu keluar dari kesempitan hidup, menjadi insan yang kaya, punyai segalanya, bebas dari kawalan masa dan segala benda.
namun pernahkah kita terfikir? kita sudah bekerja lebih dari 2 tahun namun kenaikan gaji kita? bonus hujung tahun yang diberi pada kita? jumlah keseluruhan gaji kita setahun? adakah semua ini boleh membantu kita mencapai apa yang kita impikan? saya akui kadang-kadang perancangan yang salah memang membawa kepada keputusan akhir yang kurang disenangi.
terima kasih kepada teman-teman baru yang memperkenalkan saya kepada satu kursus. sangat bermanfaat. seperti baru tersedar dari lena, saya merasakan hidup sekian lama ini tidak saya gunakan dengan sebaiknya. ya, saya kerap meminta kepadaNya agar dimurahkan rezeki, diberi pelbagai nikmat yang kadang-kala saya sendiri tahu sukar untuk diperoleh. di saat saya melihat tiada sebarang perubahan, saya seolah melupakan terus semuanya.
TETAPI saya terlupa. Allah memberikan semua itu bukan mengikut fizikal perkara yang diminta. Dia berikan kita segala yang kita mahu melalui peluang. peluang itu kita yang harus nilai dengan cukup dalam. kenapa Allah temukan kita dengan peluang? kerana kita sendiri tahu kalau mahu memberi seseorang yang miskin itu pandai, jangan berikan ikan setiap hari sebaliknya bekalkan mereka dengan pancing. setidaknya mereka akan lebih berdikari dengan pancing yang kita beri. Allah begitu sayangkan hambaNya. Dia mengajar kita berdikari. Dia mendidik kita dengan begitu halus dan lembut.
maka seharusnya kita melihat dan menilai setiap peluang yang hadir dalam hidup ini dengan cukup mendalam. nilailah dengan mata hati. tanyakan pada diri mengenai peluang itu demi sebuah perubahan dalam kehidupan. insyaAllah hasilnya nanti memuaskan hati. jadi, rebutlah peluang dalam kehidupan! semoga berjaya
No comments:
Post a Comment