ya, sememangnya kesibukan itu merupakan satu kenikmatan. tiada yang aneh dan pelik di sini. mari kita sama-sama berfikir sejenak mengenai masa. dalam Bahasa Inggeris kita gelarkannya time. dalam Bahasa Arab pula, kita sebut الوقت. semua merujuk kepada benda yang sama. MASA. satu perkara yang tak pernah pedulikan kita. sering meninggalkan kita tatkala kita terleka dan terlena. namun kadang-kala mengejar kita hingga kita letih.
Allah s.w.t. berfirman di dalam surah Al-'asr.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (Al 'Asr 103: 1-3)"
kadang-kadang saya sendiri takut bila teringatkan ayat-ayat ini. akukah yang tergolong dalam manusia yang rugi? bersabarkah aku dalam menyampaikan sesuatu kepada manusia lain? akukah yang menyatakan kebathilan kepada manusia lain? astaghfirullah! sungguh aku tidak mahu tergolong dalam golongan mereka yang rugi.
benarlah kata orang. di saat kita senang, banyak masa terluang, kita cenderung untuk tidak mengendahkannya. berbeza pula jika kita mempunyai masa yang terhad. pasti kita akan menggunakan setiap detik yang berlalu dengan penuh pengisian. ya, memang kita semua diberikan 24 jam sehari. tapi, bagaimana boleh jadi terhad? inilah jawapannya. SIBUKKANLAH DIRI KITA.
ramai manusia yang membenci kesibukan. kata mereka, sibuk hingga tiada masa untuk diri. bukan itu yang saya maksudkan. sibuk ini adalah sibuk dengan hal-hal dan perkara-perkara bermanfaat. perkara-perkara kebajikan. perkara yang mendatangkan limpahan rahmat dalam kehidupan insyaAllah.
apa kata kita sama-sama menyibukkan diri. kita lakukan segala perkara yang bermanfaat. jauhkan sifat suka membuang masa. baik yang ini silap. pasti semua orang tidak suka membuang masa tetapi ramai orang yang tidak sedar sesungguhnya mereka sedang membuang masa. jadi, ayuh kita lakukan pusingan dalam sikap kita. sikit demi sikit insyaAllah akhirnya kita akan mula istiqamah dalam menghargai masa yang dikurniakan Allah kepada kita.
cara-caranya?
- sediakan jadual waktu harian, mingguan dan bulanan. tujuannya agar kita tahu bila waktu terluang kita setelah ditolak dengan waktu-waktu prioriti.
- buangkan sikap suka menunda sebaliknya lakukan sahaja bila ada masa terluang
-ciptakan suasana yang ceria dan menyeronokkan untuk melakukan sesuatu perkara agar kita mendapat keterujaan di saat melakukan kerja.
seronok sebenarnya sibuk. memang kita akan kelihatan seperti masa senggang tetapi itu bukan perkara penting. waktu senggang itu ada. kita yang perlu lebih berdisiplin mengurus masa. sekarang pon tak disiplin, dah sibuk pula bagaimana? oh senang sahaja. logik pemikiran, manusia akan lebih terdesak bila ada situasi atau faktor tolakan. kita rasa kita tidak mampu tapi secara automatik, kita akan menjadi lebih dari mampu sebenarnya bila ada faktor tolakan ini. contohnya, jika kita dikejar anjing, kita akan berlari sekuat hati malah lebih laju dari anjing sedangkan sebelum ini, lari 100 meter sahaja perlu ambik masa hampir 2 minit. nampak tak?
jadi, mari kita sama-sama menyibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat. buangkan jauh-jauh sikap suka membazir masa dan gantikanlah dengan kebijaksanaan kita mengurus masa. insyaAllah satu saat nanti kita akan gembira dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita yang satu ini. KESIBUKAN. apa kesibukan yang kita boleh lakukan? terlalu banyak untuk disenaraikan. kita boleh sibuk berorganisasi seperti menyertai kelab dan persatuan di institut pendidikan kita, kita boleh menyumbang tenaga dan keringat membantu penghuni rumah-rumah kebajikan sebagai sukarelawan. kalau mahukan pendapatan sampingan, kita boleh mengambil kerja seperti guru tuisyen pelajar sekolah malah mungkin bekerja sampingan di mana-mana tempat.
Ya Allah, Engkau sibukkanlah aku dengan perkara-perkara kebajikan hingga aku tidak merasa sempat walau sedetik pun untuk melakukan dosa. ameen
percayalah. kesibukan itu sememangnya satu nikmat. bukan semua orang boleh merasai nikmat itu. =)
No comments:
Post a Comment