Salam'alaykum!
Pernah tak kita terfikir sekejap mengenai kematian?
Pernah tak kita terbayang keadaan kita sewaktu kita meninggalkan dunia ini?
Pernah tak kita berdoa supaya kita tinggalkan dunia ini dalam keadaan yang baik dan semua redha atas pemergian kita?
Isnin, 10 Disember 2012.
Seawal jam 8.30 pagi dikejutkan dengan panggilan mengenai pemergian seorang junior kolej. Kemalangan motor sewaktu menuju ke kuliah. *can you imagine how it feels? sangat terkejut dan tersentap. Terus tak putus-putus hati mendoakan arwah. Pukul 9.30 pagi bergerak ke lokasi kemalangan. Semua sibuk uruskan urusan postmortem jenazah di Hospital Serdang hingga ke urusan menghantar jenazah pulang ke Tanah Merah. Alhamdulillah semuanya lancar.
Apa yang tersentuh mengenai pemergian arwah adalah status terakhir arwah di facebook.
Status-status di facebook semua berkisar mengenai pemergian arwah. Sifat arwah, kenangan bersama arwah dan juga mengenai langkah 'proaktif' untuk mengelakkan kejadian yang menimpa arwah berulang lagi.
Sesungguhnya kematian itu sangat dekat dengan kita. Bila berlaku depan mata, barulah pintu kesedaran seperti diketuk! barulah terasa mahu bertaubat sungguh-sungguh! barulah teringat semua dosa maksiat yang telah dilakukan!
Macam manalah agaknya jasad aku ni waktu aku meninggal nanti? Macam mana pulak orang bercerita mengenai aku bila aku dah tak ada lagi? Macam mana urusan jenazah aku nanti? Mudah atau banyak betul halangan?
Ya Allah, aku mohon agar andai aku pergi satu masa nanti, jasadku dalam keadaan yang elok. Pergiku diredhai keluarga, sahabat dan makhlukMu. Urusanku dipermudahkan dari dunia hingga ke alam akhirat. Dan moga semua mendoakan kebaikan buatku. ameen ya rabb!
No comments:
Post a Comment