1st Pregnancy : Scan baby buat kali PERTAMA!

Assalamualaikum warahmatullah!

Ramai orang ada tanya bila seseorang itu mengandung. Scan dah? Dah tau jantina baby (melalui scan)? Yang paling penting sebenarnya ialah, bila boleh scan? hehehe masa awal-awal tahu aku mengandung (5 minggu kehamilan), suami call kak ipar tanya macam mana nak buat check up, upt, dan benda-benda yang perlu dibuat awal-awal pregnancy. So, kak ipar aku bagitau bila boleh buat buku, scan baby, dan macam-macam lagi. Dipendekkan cerita, suami ajak buat scan masa minggu ke-11 kehamilan. Itu pun lepas dia tanya kawan-kawan dia klinik mana area sini yang ok dari aspek perkhidmatan, dan yang penting jantina doktor. hehehe

25 MEI 2015
Isnin sebelah pagi tu, aku dan suami terus ke Klinik Melati Utama, Taman Melati. Klinik ni sederet dengan Tudung Abu Dhabi, Imadi Pet dekat Petronas Taman Melati tu. Tujuan scan awal-awal ni sebab nak tengok sama ada kandungan aku normal atau tak. Kak ipar aku pesan, penting sebab takut kandungan luar rahim pulak. Alhamdulillah kandungan aku normal. Doktor bagi dengar jantung baby. Punyalah laju macam time aku tengah terkejut. hehehe tapi doktor kata normal jugak. So, aku baru tau yang banyak aku kena belajar lagi ni. hehehe

Masa scan tu, macam jakun lah sikit suami isteri dua orang ni kan. Mata aku dok pandang screen monitor tu je tengok. Suami aku sangat banyak tanya sambil tengok screen yang sama. Tanya saiz baby, movement baby etc. Suddenly, baby tu lompat kemain tinggi lagi. Terus suami bawak keluar fon nak rekod. hahaha Aku gelak je lah. Nampaklah muka teruja suami. Macam ni rupanya pengalaman pertama mengandung ek? Banyak yang first time dalam hidup akan dilalui. ^_^


p/s: memandangkan suami aku suka main badminton, dia kata baby tu lompat sebab tengah praktis 'jumping smash'. ok lah..jumping smash pon bolehlah nak. Nanti keluar, jadi partner ayah awak training badminton ye. hahaha

1st Pregnancy : Baby Gerak (kick)!

Assalamualaikum warahmatullah!

Biasanya orang akan tertanya-tanya bila ibu akan mula merasa gerakan baby. Menurut pembacaan aku, gerakan tu kita dapat rasa berbeza mengikut individu. Bergantung kepada kehamilan sulung atau tidak, saiz badan, kulit perut tebal atau tidak dan macam-macam lagi. Kalau anak sulung, biasanya lambat sikit dapat rasa pergerakan baby memandangkan rahim baru pertama kali mengembang dan tak biasa dengan keadaan baru. hehe

Rezeki aku dapat rasa gerakan baby yang pertama waktu hari terakhir Ramadhan, selepas Asar. Aku rasa letih sangat lepas Asar. So aku baring kejap dekat dalam bilik. Tiba-tiba rasa ada benda gerak dalam perut. Aku yang blur ni dok gelakkan diri sendiri je sebab aku fikir tak kan aku lapar sangat sampai angin dok gerak dalam perut dengan agak dahsyat. haha Pastu aku perasan perut aku berombak sikit. Gerakan yang aku ingatkan angin tu pun aku rasa lagi dua tiga kali. Ok. Confirm! Tu movement dari baby dalam perut.  Terus sengih sorang-sorang. Teruja hokay!

Perasaan? Ya Allah excited sangat sampai aku kejor suami yang tengah mesin rumput kat laman rumah. Terus cerita kat dia. Hahaha tak menyempat betul. Malam raya tu, bila suami cuba nak rasa gerakan tu, tak dapat rasa pun gerakan baby. Biasalah, segan dengan orang baru. Haha dengan aku je tak segan sebab dah biasa. :p anak mak kot nanti awak ni sayang. hoho

Gerakan baby ni kena rekod. Tapi bila kandungan masuk usia 28 minggu. So selagi belum masuk 28 minggu, rilek je lah layan baby dok main-main kat dalam tu. Tujuan kena rekod pergerakan baby ni adalah untuk pantau keadaan baby sama ada aktif atau tak. InsyaAllah aku akan update pulak pasal cara rekod gerakan baby ni ye.

Oh ye! aku dapat rasa gerakan pertama baby yang halus macam ada tak ada tu waktu kandungan usia 18 minggu. ^_^

1st Pregnancy : Puasa dan Mengandung?

Assalamualaikum warahmatullah!

Rezeki tahun ni dapat puasa dengan status baru sebagai isteri dan bonusnya, mengandung. Alhamdulillah. Sebelum Ramadhan menjelang tiba, aku dah gelisah tak senang duduk. Selalu google untuk dapatkan info dan panduan puasa sewaktu mengandung. Maklumlah, waktu puasa ni, kandungan aku masih dalam fasa awal kehamilan dan alahan aku tak hilang lagi. Setiap hari masih muntah-muntah walaupun tak seteruk dulu sampai tak larat nak bangun.

Sebelum puasa, aku ada buat check up dekat Klinik Melati Utama untuk dapatkan surat sokongan doktor (sebab aku nak tangguh semester since projek aku tergendala kesan alahan yang teruk). Alang-alang tu, aku terus tanya doktor apa yang patut aku makan memandangkan aku biasanya akan 'lembik' mula lepas Zuhur. Doktor sarankan aku makan serat, protein dan buah.

Antara pesanan doktor:

  • Kalau sahur tu biasanya makan nasi, awalkan sikit dalam pukul 5 atau lebih awal.
  • Lepas makan nasi, boleh makan biskut atau roti sebagai sumber serat. Sebab serat ni badan lambat hadam, insyaAllah kita rasa kenyang lebih lama.
  • Biasakan makan kurma sebab kurma ni tinggi serat.
  • Banyakkan makan buah-buahan untuk elakkan sembelit since kita tak banyak minum air siang-siang kan.

Tu antara pesanan dari doktor yang aku ingat dan aku buat. hehe maybe ada yang aku tertinggal tapi yang aku senaraikan kat atas ni insyaAllah membantu. Tapi mungkin jugak tips atas ni sesuai untuk yang mengandung dalam fasa awal kehamilan sebab baby tak besar lagi. Kalau dah masuk trimester kedua atau ketiga, mungkin ada cara lain yang lebih sesuai. hee

Cuma, kesimpulan yang aku boleh buat, kalau kes selalu/cepat lapar tapi tak lalu nak makan banyak sangat ni (macam kes aku ni lah), banyakkan makan buah pun ok. Especially kurma. Aku banyak makan kurma, jambu batu dan epal. Macam sedap je buah tu padahal sebelum ni tak ada nak hadap sangat. hahaha Air jangan lupa! Aku ni memang jenis kuat minum air. So, alhamdulillah tak dehydrated sangat siang-siang tu. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...