Assalamualaikum warahmatullah!
Biasanya orang akan tertanya-tanya bila ibu akan mula merasa gerakan baby. Menurut pembacaan aku, gerakan tu kita dapat rasa berbeza mengikut individu. Bergantung kepada kehamilan sulung atau tidak, saiz badan, kulit perut tebal atau tidak dan macam-macam lagi. Kalau anak sulung, biasanya lambat sikit dapat rasa pergerakan baby memandangkan rahim baru pertama kali mengembang dan tak biasa dengan keadaan baru. hehe
Rezeki aku dapat rasa gerakan baby yang pertama waktu hari terakhir Ramadhan, selepas Asar. Aku rasa letih sangat lepas Asar. So aku baring kejap dekat dalam bilik. Tiba-tiba rasa ada benda gerak dalam perut. Aku yang blur ni dok gelakkan diri sendiri je sebab aku fikir tak kan aku lapar sangat sampai angin dok gerak dalam perut dengan agak dahsyat. haha Pastu aku perasan perut aku berombak sikit. Gerakan yang aku ingatkan angin tu pun aku rasa lagi dua tiga kali. Ok. Confirm! Tu movement dari baby dalam perut. Terus sengih sorang-sorang. Teruja hokay!
Perasaan? Ya Allah excited sangat sampai aku kejor suami yang tengah mesin rumput kat laman rumah. Terus cerita kat dia. Hahaha tak menyempat betul. Malam raya tu, bila suami cuba nak rasa gerakan tu, tak dapat rasa pun gerakan baby. Biasalah, segan dengan orang baru. Haha dengan aku je tak segan sebab dah biasa. :p anak mak kot nanti awak ni sayang. hoho
Gerakan baby ni kena rekod. Tapi bila kandungan masuk usia 28 minggu. So selagi belum masuk 28 minggu, rilek je lah layan baby dok main-main kat dalam tu. Tujuan kena rekod pergerakan baby ni adalah untuk pantau keadaan baby sama ada aktif atau tak. InsyaAllah aku akan update pulak pasal cara rekod gerakan baby ni ye.
Oh ye! aku dapat rasa gerakan pertama baby yang halus macam ada tak ada tu waktu kandungan usia 18 minggu. ^_^
Oh ye! aku dapat rasa gerakan pertama baby yang halus macam ada tak ada tu waktu kandungan usia 18 minggu. ^_^
No comments:
Post a Comment